Friday, November 28, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (9)

HENDAK PERGI LAMA (DENGAN CARA GHAIB).
Setelah segala yang tersebut itu maka pada suatu hari Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah memanggil setengah-tengah keluarganya dan beberapa orang murid-muridnya yang karib untuk berunding. la telah berkata kepada mereka bahawa masanya sudah sampai untuk ia "GHAIB" daripada mereka. Tetapi ia bukan mati kerana ia akan kembali semula.

Selain daripada itu maka ia juga telah menerangkan kepada mereka tentang mengapa ia akan ghaib itu, kemana ia akan pergi, dan mengapa pula ia akan kembali semula; dan siapa ia akan jadi, dan lain-lain perkara lagi.

Dan ia berkata lagi bahawa siapa yang panjang umur akan melihat dan men­jumpainya lagi. Kemudian Syeikh Suhaimi telah mengingatkan mereka ba­hawa satu daripada tanda-tanda yang penting untuk mengenalkan dia apa­bila ia kembali semula nanti ialah sebijik tahi-lalat hidup yang ada pada tempat yang tertentu dipipi kanannya, dan ia berpesan kepada mereka su­paya jangan memberitahu kepada sebarang orang tentang tempat yang tepat bagi tahi-lalat tadi kecuali kepada keluarganya dan murid-muridnya yang sudah lama dan tekun mengamalkan amalan-amalannya serta sudah nyata kejujurannya.

Maka oleh kerana ia tidak lama lagi akan "GHAIB" itu padahal ia bukan mati dan akan kembali semula, iapun telah berunding dengan me­reka yang hadhir sebagaimana telah tersebut tadi tentang apakah cara yang baik sekali ia meninggalkan mereka. Adakah lebih baik ia pergi dengan meng­hilangkan dirinya begitu sahaja, ataupun ia pergi dengan meninggalkan se­suatu yang nampaknya sahaja sebagai jasadnya untuk menggantikan dirinya yang sebenar itu (iaitu dinampakkan sahaja seolah-olah ia mati)? .

Setelah berunding maka keputusan yang telah diambil ialah: Syeikh Suhaimi janganlah pergi dengan ghaib atau hilang begitu sahaja, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan salah-sangka atau tuduhan dari orang ramai atau jiran-jiran atau lain-lainnya bahawa Syeikh Suhaimi boleh jadi sudah di­bunuh atau dicolek atau sebagainya, dan ini pula pasti akan mendatangkan fitnah dan kesusahan dengan pihak polis. Dari itu maka yang eloknya ialah Syeikh Suhaimi pergi dengan meninggalkan sesuatu yang dinampakkan se­bagai jasadnya untuk menggantikan dirinya yang sebenar itu.

"MENINGGAL"
Tiada beberapa hari selepas rundingan yang tersebut itu maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) pun "meninggallah" di-Kampung Teluk Pulai, Kelang, Selangor, pada Ahad, 21 haribulan Rejab, tahun 1343 Hijrah, ber­samaan dengan tahun 1925 Masihi, dan "ganti" Syeikh Suhaimi itu telah dikebumikan di-tanah perkuburan Kelang.

Nyatalah boleh difaham daripada apa yang telah tersebut tadi iaitu perundingan yang telah tersebut itu bahawa Syeikh Suhaimi belum wafat.

SATU BUKTI LAGI.
Selain daripada perundingan yang telah tersebut tadi yang menunjuk­kan Syeikh Suhaimi belum mati, maka dikemukakan lagi beberapa kejadian yang menguatkan hakikat itu, iaitu seperti berikut

Haji Mansor bin 'Umar (yang pada masa ditulis tulisan ini berdiam di Kampung Skudai, Johor, telah berkata kepada saya (Taha Suhaimi) bahawa ia telah diberitahu oleh Kiyahi Fadhli Bin Syafi'i (iaitu salah seorang dari Khalifah Syeikh Suhaimi, dan ia baharu meninggal di Pontian, Johor), bahawa pada masa Syeikh Suhaimi berdiam di Teluk Pulai, Kelang, itu maka Kiyahi Fadhli tadi kebetulan telah pergi ke Port Swettenham (yang sekarang di namakan Pelabuhan Kelang) kira-kira 3 kilometer jauhnya daripada Teluk Pulai itu, tiba-tiba ia telah berjumpa dengan Syeikh Suhaimi disana, dan dengan tiba-tiba juga Syeikh Suhaimi telah menyuruh Kiyahi Fadhli segera pergi ke rumah Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai itu dan lihat apa sedang berlaku disana.

Kiyahi Fadhli pun tidak lingah terus pergi ke rumah Syeikh Suhaimi itu, dan setibanya disana ia telah melihat ramai orang-orang sedang berada di rumah Syeikh Suhaimi itu, lalu ia pun segera bertanya kepada salah seorang yang berada disitu mengapa ada ramai orang di rumah Syeikh Suhaimi itu, lalu telah dijawab oleh orang itu bahawa Syeikh Suhaimi telah meninggal dunia. Kiyahi Fadhli pun terperanjat besar : Baru sahaja ia telah berjumpa Syeikh Suhaimi di Port Swettenham, dan bukan itu saja bahkan Syeikh Suhaimi sendiri yang telah menyuruhnya segera pergi ke rumah Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai itu, dan juga ia telah menyuruh Kiyahi Fadhli lihat apa yang sedang berlaku disitu. Ini bererti bahwa Syeikh Suhaimi yang masih hidup dan sedang berada di Port Swettenham telah menyuruh Kiyahi Fadhli pergi ke rumah Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai untuk menyaksikan bahawa Syeikh Suhaimi telah meninggal pula di Teluk Pulai itu - Syeikh Suhaimi sudah mati dirumahnya di Teluk Puiai tetapi dimasa itu juga ia masih hidup di Port Swettenham. Bagaimanakah kedudukan yang sebenar dalam kejadian itu?

Lalu terlintas pada hati Kiyahi Fadhli bahawa kematian Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai itu tidak mungkin berlaku bahkan Syeikh Suhaimi hendak menunjukkan satu bukti bahawa ia belum wafat, dan kematiannya yang dilihat di rumahnya itu adalah sebagai zahir sahaja, bukan hakikat.

Dan kita tentulah masih ingat mengenai perundingan Syeikh Suhaimi yang tersebut dahulu itu yang keputusannya ialah Syeikh Suhaimi akan "ghaib" dan ia belum mati.

Kita juga tentu masih ingat lagi bahawa didalam kitab Sejarah Hi dup Syeikh Suhaimi ini sudah disebutkan bahawa dengan karamahnya ia dapat menampakkan dirinya berada di dua atau tiga tempat pada samasatu masa. Dari itu tentulah ia juga dapat menampakkan "dirinya" sebagai sudah mati pada satu tempat padahal ia masih hidup dan berada ditempat lain.

TINGGAL KAIN KAPAN SAHAJA.
Lagi satu bukti yang menunjukkan bahawa Syeikh Suhaimi belum mati ialah bahawa salah seorang lagi Khalifah Syeikh Suhaimi yang dikenal dengan nama Kiyahi Mustahab telah berkata bahawa ia adalah salah seorang yang telah masuk kedalam lobang lahad (kubur) untuk menerima dan memasukkan 'ma, at' Syeikh Suhaimi kedalam lobang lahad itu. Setelah keranda Syeikh Suhaimi itu diletakkan di tepi lobang lahad tadi, maka tete­kala diangkat bahagian atas keranda itu tiba-tiba Kiyahi Mustahab dan orang­orang yang ada dekat disitu telah melihat bahawa mayat Syeikh Suhaimi tidak ada disitu, hanya yang ada ialah kain kapan sahaja.

DIKUATKAN OLEH SEORANG LAIN.
Kejadian yang aneh yang baharu tersebut tadi telah disahkan oleh seorang lain sebagaimana berikut :­

Pada tahun 1982, ketika saya (Taha Suhaimi) menjadi salah seorang Syeikh Haji Singapura, maka dua orang daripada jemaah-jemaah saya untuk rnenunaikan Haji ke Mekkah ialah Haji Ahmad Bin Haji Bakri dan isterinya Hajjah Ramlah Binti Abdullah dari Johor Bahru. Ketika kembali daripada Mekkah, dengan sebab-sebab yang tertentu mereka telah mengambil ijazah untuk mengamalkan Aurad Muhammadiah itu. Kemudian mereka dapati bahawa emak saudara Haji Ahmad itu yang bernama Sa'udah Binti Abdur­Rasyid, berdiam di Kampung Bedara Kuning, Batu Pahat, telah berkata bahawa ia dan suaminya Sayuti Bin Abdul-Mu'in juga telah mengamalkan Aurad Muhammadiah itu daripada semenjak adanya lagi Syeikh Suhaimi, dan ia telah berkata lagi bahawa bapa saudaranya yang ia ingat namanya hanya sebagai "Wa'Mail" telah berkata bahawa ketika "mayat" Syeikh Suhaimi itu diusung ke kubur untuk dikebumikan, dan setelah kerandanya diletak ditepi kubur maka ketika bahagian atas keranda itu diangkat tiba­tiba ia lihat bahawa "mayat" Syeikh Suhaimi tidak ada didalam keranda itu, bahkan yang ada hanyalah kain kapan sahaja, lalu kain kapan itu sahajalah yang telah dikembumikan didalam kubur itu.

Ini lagi adalah satu penyaksian yang menunjukkan bahawa mayat Syeikh Suhaimi itu tidak ada didalam keranda tadi, dan ini pula membukti­kan bahawa Syeikh Suhaimi belum mati.

PENGINGATAN.
Saya (Taha) percaya banyak lagi pengikut pengikut dan murid-murid Syeikh Suhaimi yang telah mengusung janazah itu telah dapat melihat dan mengetahui hal itu dan mereka tentulah telah menceritakan peristiwa itu kepada orang-orang lain, tetapi tentulah tiada siapa yang menulisnya dimasa itu, dan` banyak daripada mereka itu talah mati, dan perkara itu telah semakin senyap dan dilupakan lalu hilang kecuali dua-tiga orang sahaja yang masih hidup dan masih ingatkannya, dan dapat menyampaikan berita peristiwa itu kepada sebahagian kecil dari orang-orang kemudian, dan itu pun sudah kabur-kabur sahaja.

MASIH DIJUMPAI LAGI.
Syeikh Khairullah bin Muhammad Suhaimi (anak lelaki yang ketiga bagi Syeikh Suhaimi) telah berkata bahawa walaupun Syeikh Suhaimi sudah "ghaib", tetapi bukti yang. nyata tentang ia masih hidup itu ialah dari se­masa kesemasa (tetapi jarang-jarang) ia masih datang menjumpai atau men­ziarahi Syeikh Khairullah di-Kelang, bahkan ia telah memberi satu ayat Al Qur-an untuk di'amalkan dan dibaca jika bila-bila penting hendak menjumpainya. Tetapi Syeikh Khairullah telah berkata bahawa dimasa ke­mudian-kemudian ini Syeikh Suhaimi memberitahunya bahawa ia mungkin tidak boleh datang lagi kerana urusannya semakin bertambah dengan sebab masa ia "kembali" itu sudah semakin hampir.

Bagaimanapun, insya'Allah, ia masih tetap dapat menolong akan se­siapa daripada murid-muridnya atau pengikut-pengikutnya yang mahu me­minta pertolongan daripadanya dengan secara ghaib atau bathin itu. Bahkan Syeikh Suhaimi telah berkata lagi bahawa satu daripada tanda ia sudah ham­pir kembali itu ialah semakin ramai "orang-orang ghaib" yang akan datang kepada murid-muridnya dan menghampiri mereka untuk menjaga dan mem­beri pertolongan kepada mereka dengan syarat mereka memelihara dan me­nunaikan hukum-hukum Allah serta tekun menjalankan atau mengamalkan bacaan-bacaan yang diambil daripadanya atau daripada wakil-wakilnya.

Sudah diterangkan dahulu mengenai tuduhan bahawa "meminta tolong kepada Syeikh Suhaimi atau lain-lain makhluk itu syirik, iaitu menye­kutukan Allah dengan makhluk" maka tuduhan-tuduhan yang seperti itu sudah dijawab didalam sebuah kitab yang bertajuk "Hakikat Syirik" (atau "Apa itu Syirik").

BAGAIMANA IA TAHU?
Tadi sudah dinyatakan bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) belum mati dan ia akan kembali semula sebagai seorang yang berpangkat yang ter­tentu yang sangat besar. Bagaimanakah ia telah dapat tahu bahawa dirinya akan berpangkat dengan pangkat yang begitu besar? Syeikh Muhammad Khairullah (iaitu seorang anaknya) telah menyatakan bahawa Syeikh Suhaimi telah mengkhabarkan kepadanya bahawa "MAJLIS WALI-WALI" lah yang telah membuat keputusan memilih dan melantiknya untuk menyandang "Jawatan" yang besar itu.

Syeikh Suhaimi telah berkata lagi kepada Syeikh Khairullah bahawa ada beberapa orang telah berusaha untuk hendak mendapatkan "jawatan yang sangat besar itu, tetapi akhirnya Syeikh Suhaimi lah yang telah dipilih dan dilantik untuk menduduki "jawatan" itu.

UMUR SYEIKH SUHAIMI SEKARANG.
Telah dinyatakan pada permulaan kitab ini bahawa Syeikh Suhaimi telah dizahirkan pada tahun 1259 Hijriah, dan ia telah ghaib pada tahun 1343 Hijriah (menyamai 1925 Masihiah) iaitu ketika usianya 84 tahun Hijriah. Dan sekarang (iaitu waktu ditulis tulisan ini) ialah tahun 1410 Hijriah. Dari itu usia Syeikh Suhaimi sekarang ialah lebih-kurang 151 tahun Hijriah. Bolehkan seorang hidup sehingga usia yang seperti itu, dan kalau hidup, bolehkah ia masih sehat dan kuat seperti seorang muda?

JAWAPAN.
Sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Anas Bin Malik telah hidup didalam sehat dan kuat sehingga usianya 146 tahun Hijriah dengan barkat ia men­gamalkan ayat AlQur-an yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Demikian juga seorang sahabat yang lain yang bernama Salman AlFarisi telah berusia lebih-kurang seperti Anas Bin Malik juga.

Dan Ashabul-Kahfi (Penghuni-Penghuni Gua) telah masuk kedalam sebuah gua ketika mereka masih muda, lalu mereka telah tertidur didalam gua itu selama 309 tahun. Dan apabila mereka sedar dan bangun daripada tidur itu mereka dapati kemudaan mereka tidak berubah. Riwayat ini ada tersebut didalam AlQur-an pada Surah AlKahfi.

Demikian juga ulama' Ahlis-Sunnah wal Jama'ah percaya bahawa Nabi 'Isa a.s. belum mati walaupun 'umurnya sekarang labih-kurang 1990 tahun Masihiah.

TIDAK MUSTAHIL.
Dari itu tidaklah mustahil bahawa Syeikh Suhaimi, dengan barkat karamahnya, masih hidup sehingga sekarang didalam sehat dan kuat, walau­pun usianya sudah lebih-kurang 150 tahun Hijriah.

dipetik dari

TAMAT

wassalam
allahualam

No comments: