Friday, November 28, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (4)

BACAAN AURAD.
Selain daripada perkara-perkara yang telah tersebut tadi maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ada mempunyai "Aurad" atau bacaan-bacaan yang tertentu yang mengandungi ayat-ayat Quran dan Selawat Nabi s.a.w. yang dibaca selepas tiap-tiap senbahyang. Bacaan-bacaan ini dinamakan "Aurad Muhammadiah". Dan demikian juga ia ada mempunyai bacaan TAHLI L yang tertentu yang dibaca sebelum bacaan Maulid Barzanji pada tiap-tiap malam Juma'at dan sebelum bacaan Maulid Daiba'i pada tiap-tiap matam lsnin. Hingga sekarang amalan-amalan itu masih dijalankan oleh kebanyakan murid­ muridnya lelaki dan perempuan.

Untuk hendak mengamalkannya (sebagaimana lain-lain amalan yang secorak dengannya) hendaklah dengan "Ijazah", iaitu dengan mendapat izin daripada Syeikh Suhaimi atau salah seorang dari wakil-wakil yang masih ada hingga hari ini.

Maka bacaan Maulid itu telah ditambahkan kepada bacaan Aurad tadi serta ditetapkan sebagai amalan yang penting bagi murid-murid Syeikh Su­haimi, kerana setengah daripada sebab-sebabnya ialah sebagai berikut:

Syeikh Suhaimi memang ada mengamalkan bacaan Maulid itu, tetapi ia pernah juga meninggalkannya, tiba-tiba pada suatu malam ia telah ber­mimpi dengan mimpi yang terang bahawa ia berjumpa dengan Wali-Allah Habib Nuh (rahimah-Ullah) yang pada masa itu sudah wafat (dan makamnya ada diatas bukit dekat Palmer Road, Tanjung Pagar, Singapura, hingga sekarang). Didalam mimpi itu Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Rasulullah s.a.w. yang sedang berjalan dihadapan rumah Syeikh Suhaimi, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Rasulullah: "Ya Rasulullah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi. " Tetapi Rasulullah s.a.w. telah enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya. kerana dia selalu meninggalkan bacaan Maulid saya. " Lalu telah dijawab oleh Habib Nuh: "Saya bermohonlah kepada tuan hamba supaya dia diampuni. "

Setelah itu baharulah Rasulullah s.a.w. mahu masuk dan duduk di­dalam rumah Syeikh Suhaimi itu.

Mengenai seseorang mimpikan Rasulullah s.a.w. maka ada satu Hadits yang berbunyi sebagaimana berikut:

Ertinya : Telah didapati daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia telah berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 'Barang­siapa melihat Aku didalam mimpi maka samalah seperti ia melihat Aku ketika ia jaga. Syaitan tidak boleh menyerupai Aku."' (Dirawikan oleh Muslim).

Maksud Hadits ini dengan lebih nyata ialah barang-siapa mimpi melihat Rasulullah s.a.w. maka orang itu benarlah melihat Rasulullah.s.a.w. didalam mimpinya itu atau samalah seperti ia melihat Rasulullah s.a.w. ketika ia jaga (tidak didalam mimpi), kerana Syaitan (bahkan siapa pun) tidak boleh menampakkan dirinya menyerupai seperti Rasulullah s.a.w. kepada seseorang sama-ada ketika orang itu tidur atau jaga.

Dan ada lagi satu Hadits Nabi Muhammad s.a.w. yang juga didapati daripada Abu hurairah seperti berikut

Ertinya : "Barangsiapa telah melihat ku didalam mimpi maka sesungguhnya ia samalah juga telah melihat ku ketika jaga." (Dirawikan oleh Muslim).

Maka selepas daripada mimpi yang telah tersebut tadi, Syeikh Suhaimi tidaklah lagi meninggalkan bacaan Maulid Nabi itu hatta walaupun didalam pelayaran, dan walaupun ada dua atau tiga orang sahaja didalam majlis Maulid itu. Demikian juga tentang Tahlil yang tertentu yang dibaca sebelum Maulid itu maka puncanya juga ialah daripada panduan bathin yang telah diperolehi oleh Syeikh Suhaimi.

"SUNNAT DIIKUT".
Oleh kerana jika seseorang berjumpa Rasulullah s.a.w. lama-ada di­dalam mimpi atau jaga maka ia pesti betul Rasulullah s.a.w., dari itu apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. diketika itu betullah sabda Beginda, dan dengan sebab itu Imam An-Nawawi telah berkata didalam kitab "Syarah Muslim" bahawa apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. sama-ada di­dalam mimpi atau jaga sunnatlah diikut (oleh orang yang berjumpa Rasulullah itu dan oleh orang lain yang percayakan pengakuan orang yang berjumpa Rasulullah s.a.w. itu).

TUJUAN BACAAN TAHLIL ITU.
Adapun tujuan Tahlil itu, selain daripada mendo'akan orang-orang IsIam yang sudah kembali ke-rahmatullah, ialah juga untuk menjemput "orang-orang ghaib" yang besar-besar dari golongan Wali-wali bersama hadhir dimajlis itu supaya bila-bila masa kita berhajatkan sesuatu perkara atau pertolongan maka in sya' Allah, mereka akan membantu dan bersama­sama menolong kita dengan secara bathin untuk menghasilkan hajat itu.

ASAL ATAU PUNCA AURAD MUHAMMADIAH ITU.
Adapun tentang asal atau punca Aurad Muhammadiah itu pula ialah bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah),setelah menuntut dan menjalankan amalan-amalan Tasauwuf dan amalan-amalan bathin dari ayat-ayat Quran beberapa lama maka amalan-amalan itu telah menjadi semakin banyak, bahkan seluruh Quran juga pernah ia "tapakan", padahal ayat-ayat itu hen­daklah dibaca dengan tetap pada tiap-tiap hari atau pada tiap-tiap jangka masa yang tertentu. Dari itu Syeikh Suhaimi mulalah berasa keberatan serta tiada cukup masa untuk mengamalkannya dengan sempurna, apatah lagi jika amalan-amalan itu "diturunkan" atau 'di-ijazahkan' kepada murid-muridnya kelak. Lalu iapun berdoa' dan bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ditunjukkan cara-cara untuk merengkaskan amalan-amalan itu atau apa cara jua untuk mengatasinya.

MENDAPAT "ALAMAT".

Tidak lama selepas itu maka Syeikh Suhaimi pun mendapat "alamat" menyuruhnya masuk kedalam Ka'bah selepas tengah malam yang tertentu. Apabila ia masuk kedalam Ka'bah dimasa yang telah ditentukan itu tiba-tiba ia telah berjumpa dengan roh Rasulullah s.a.w. sendiri (iaitu didalam keadaan jaga, bukan mimpi), dan Baginda Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan ke­padanya bacaan-bacaan Aurad itu serta cara-cara mengamalkannya. Maka Aurad itu jadilah sebagai ibu atau pati bagi amalan-amalannya yang banyak itu.

MENJUMPAI ROH RASULULLAH S.A.W.
Daripada kenyataan atau lapuran yang telah tersebut tadi, nyatalah Syeikh Suhaimi (ketika jaga) BUKAN menjumpai Rasulullah s.a.w. dengan keadaan Rasulullah s.a.w. hidup kembali ke Dunia daripada wafatnya (se­bagaimana yang disangka oleh setengah-setengah orang) tetapi Syeikh Suhaimi (ketika jaga) telah menjumpai ROH Rasulullah s.a.w. Mengenai seseorang secara jaga menjumpai ROH Rasulullah s.a.w. maka ada satu Hadits Nabi Muhammad s.a.w. seperti berikut

Ertinya : bahawa Abu Hurairah (seorang sahabat) telah berkata : "Aku telah mendengar Nabi s.a.w. telah bersabda : 'Barangsiapa telah melihat ku didalam mimpi maka ia akan melihat ku ketika ia jaga"'. (Hadits ini sahih, dirawikan oleh Imam Bukhari).

Ertinya yang Iebih luas ialah bahawa apabila seorang yang salih ada mengamalkan amalan tambahan yang tertentu, ia mungkin akan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. didalam mimpinya; dan jika ia terus beramal seperti itu maka mungkin pula ia,ketika jaga,akan berjumpa ROH Rasulullah s.a.w.

Hadits ini telah dibuktikan SAHnya dan benarnya oleh ramai Ahli Sufi dan orang-orang salih (yang telah mengamalkan amalan tambahan yang tertentu) telah dapat menjumpai ketika jaga akan ROH Rasulullah s.a.w.

Contohnya : Imam Alhafiz Jalaluddin Abdur-Rahman As-Sayuti, seorang ahli Sufi dan ahli Syari'at yang terkemuka telah berkata bahawa ia telah pernah berjumpa ketika jaga akan ROH Rasulullah s.a.w. serta dapat bercakap-cakap dengannya sebanyak 75 kali.

Barang diingat bahawa Imam As-Sayuti telah hidup beberapa qurun selepas wafat Rasulullah s.a.w. Dari itu apabila ia berkata bahawa ia telah menjumpai secara jaga akan Rasulullah s.a.w. maka berertilah ia telah menjumpai ROH Rasulullah s.a.w. (dan bukanlah ertinya Rasulullah ketika itu telah hidup semula dengan roh dan jasad dan kembali ke Dunia).

Dan jika ada 'ulama telah mencuba hendak menukar-tukarkan erti Hadits tadi untuk hendak menunjukkan bahawa seseorang tidak mungkin berjumpa ketika jaga akan Roh Rasulullah s.a.w. maka ahli-ahli Sufi dan orang-orang yang sangat salih telah membuktikan dengan kenyataan bahawa Hadits tadi itu benar menunjukkan bahawa orang-orang yang tertentu boleh, dengan secara jaga, menjumpai roh Rasulullah s.a.w.

Dari itu bahawa Syeikh Suhaimi telah dapat berjumpa ketika jaga akan ROH Rasulullah s.a.w. dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda adalah satu perkara yang tidak mustahil dan tidak karut serta tidak sesat, iaitu tidak sebagaimana yang telah dituduh oleh setengah-setengah orang yang kurang berpengtahuan dan pengalaman didalam perkara-perkara yang seperti ini.

DIIZINKAN UNTUK DIIJAZAHKAN KEPADA ORANG LAIN
.
Syeikh Suhaimi telah diizinkan untuk mengijazahkan Aurad itu ke­pada sesiapa yang berkehendak mengamalkannya.

Maka dengan sebab itu, kemudiannya, Syeikh Suhaimi telah meyata­kan bahawa ia sedia mahu memberi izin atau "ijazah" kepada sesiapa di­antara saudara-saudara IsIam yang mahu mengamalkannya. Maka banyaklah orang-orang yang mahukan Aurad itu dan mengamalkannya dengan tetap, sama-ada dari golongan orang-orang Jawa, Melayu, Arab, India dan lain-lain kaum lagi, malahan pengikut-pengikutnya dari kaum wanita juga tidak ke­tinggalan sehingga murid-muridnya itu berjumlah beribu-ribu orang banyak­nya dimerata tempat pada masa itu, kerana mereka yang telah mendapat ijazah dan mengamalkannya dengan betul dan tekun telah mendapat dan mengalami beberapa kelebihan dengan sebab berkatnya.

dipetik dari

bersambung

No comments: