Friday, November 28, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (3)

KEMBALI KE-TANAH AIR.
Setelah dua belas tahun Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) bermukim atau menahun di negeri Mekah Al-Mukarramah dan Tanah Arab, serta ia berasa sudah tercapai dan berhasil maksudnya maka ia dan isterinya pun berangkatlah belayar kembali ke-Malaysia, lalu mereka diam di Singapura dan tinggal di Kampung Dalam (iaitu di dua buah rumah, nombor 21 dan 23 Clyde Street, berhadapan dengan Masjid Ma'ruf).

Sesudah berdiam di Singapura maka Syeikh Suhaimi dan isterinya baharulah pergi ke-Tanah Jawa, tetapi tidak lama disana mereka kembali semula ke-Singapura dengan membawa ibu-bapa Syeikh Suhaimi bersama, iaitu Haji Abdullah dan isterinya Aminah, dan teruslah kedua ibu-bapanya itu berada di Singapura hingga akhir hayat kedua mereka, lalu telah dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Wakaf di Grange Road (dekat Orchard Road), Singapura, berhampiran dengan kubur Nyaii Qani'ah itu.

Apabila hati Syeikh Suhaimi sudah berasa tetap suka berdiam di Singapura maka ia mulalah mengajar akan ilmu pengetahuannya kepada kawan-kawannya dari golongan orang-orang Jawa dan lain-lainnya diantara orang-orang IsIam yang tinggal di Singapura, maka setengah daripada ilmuilmu yang ia ajarkan itu ialah seperti ilmu Syari'at, 'Agaid, dan Tasauwuf. Maka apabila murid-muridnya sudah ramai, dan pula sudah nyata pada orangorang tua dan muda bahawa Syeikh Suhaimi itu boleh dibuat "pegangan" dan boleh menjadi guru (kerana dimasa itu belum banyak orang-orang 'alim yang bermukim di Singapura) maka banyaklah dari golongan orang-orang ramai telah bermuafakat dan setuju (khasnya orang-orang tua) meminta kiranya Syeikh Suhaimi mahu menjadi imam dan mengajar di Masjid Ma'ruf yang ada di Clyde Street dekat North Bridge Road itu.

MASJID MA'RUF
Masjid Ma'ruf itu ialah sebuah masjid yang mula-mula sekali didirikan oleh kawan-kawan Jawa yang berada di Singapura. Maka masjid itu dinamakan Masjid Ma'ruf ialah kerana orang yang banyak berusaha dan mula-mula menjadi imam baginya ialah almarhum Kiahi Haji Ma'ruf.

Sesudah Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) tetap menjadi imam di Masjid Ma'ruf itu maka iapun mulalah mengajar pelajaran-pelajaran Ugama kepada orang ramai di serambi mesjid itu tiap-tiap pagi selepas terbit matahari dan tiap-tiap petang selepas sembahyang 'Asar. Dan teruslah ia mengajar begitu serta menjadi imam juga disitu (sebagaimana yang telah tersebut tadi) sehingga empat puluh tahun lamanya tanpa menerima apa-apa bayaran atau gaji. Kemudian iapun mendapat sekeping tanah di Kelang, Selangor, iaitu didaerah Teluk Pulai, dan Syeikh Suhaimi telah membuat rumah disana tetapi ia tetap berulang-alik diantara Kelang dengan Singapura.

dipetik dari

bersambung

No comments: