Friday, November 28, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (5)

Syeikh Suhaimi di Malaysia

DATANG PERMUSUHAN.
Telah semakin banyaklah pengikut-pengikutnya serta telah bertambah masyhur namanya dan elok sebutannya sehingga ia sangatlah dihormati oleh murid-muridnya dan juga oleh orang ramai. Tetapi memanglah sudah men­jadi kebiasaan dunia bahawa adalah pula orang-orang yang tidak suka dan hasad kepadanya sehingga ada diantara mereka yang telah terus terang menyatakan permusuhan mereka kepadanya. Maklumlah tiap-tiap nikmat itu biasanya ada orang yang mendengkinya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.

Ertinya: "Tiap-tiap orang yang mendapat nikmat itu, didengki."

BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN TELAH DILEMPARKAN.
Setengah daripada orang-orang yang telah memusuhinya itu telah menuduh (selain daripada tuduhan-tuduhan yang telah tersebut dahulu itu) bahawa "tarikat" dan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu salah atau syirik. Erti syirik, dengan ringkas, ialah "menyekutukan atau menyamakan Allah dengan makhluk" maka hukum orang yang menyekutu­kan Allah dengan makhluk itu ialah KAFIR yang paling berat. T uduhan yang seperti ini sudah dijawab didalam sebuah kitab yang bertajuk "Hakikat Syirik".

Setengah musuhnya yang lain pula telah menuduh konon ia ada me­nubuhkan satu kumpulan jahat, bahkan ada yang lain lagi mengatakan ba­hawa Tarikat yang diajar olehnya itu bukan Tarikat, bahkan ada pula yang menghukumkan bahawa wanita-wanita membaca Maulid dengan menyaring­kan suara hukumnya haram.

Akhirnya setengah dari musuh-musuhnya yang sangat marah kepada­nya (sehingga mereka tidak dapat menahan marah mereka) telah mengadu­kan kepada pihak Pemerintah Singapura (dengan menghantar surat "me­layang", iaitu tanpa ditandatangani, atau dengan lain-lain cara lagi) tentang kesalahan-kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Syeikh Suhaimi, dan satu daripada tuduhan-tuduhan itu ialah bahawa Syeikh Suhaimi ada mem­buat wang palsu, kerana mereka melihat bahawa kehidupan Syeikh Suhaimi agak mewah sedangkan ia nampaknya tidak mempunyai pekerjaan atau perniagaan yang munasabah untuk menghasilkan wang yang lumayan.

"MEMBUAT" WANG.
Tuduhan yang telah tersebut itu dapat diketahui ialah kerana pada suatu hari seorang merinyu bangsa Inggeris berserta beberapa orang mata­mata biasa telah datang ke rumah Syeikh Suhaimi untuk menyelidik suatu pengaduan: iaitu Syeikh Suhaimi konon ada membuat wang palsu, sebagai­mana baru tersebut tadi. Syeikh Suhaimi telah menyatakan kepada pihak Polis itu bahawa ia benar boleh membuat wang, tetapi wang itu wang betul, bukan wang palsu. Dan jika pihak Polis mahu melihat bagaimana ia membuat wang itu ia akan tunjukkan. Memanglah pihak Polis itu mahu melihatnya.

Syeikh Suhaimi pun menarik salah sebuah daripada laci mejanya dan menunjukkan laci itu kepada orang-orang Polis tadi. Sekalian mereka yang ada disitu, termasuk beberapa orang murid-muridnya, selain daripada orang­orang Polis itu, dapatlah melihat dengan nyata bahawa laci itu kosong. Se­telah itu maka Syeikh Suhaimi pun sembahyang hajat dua raka'at lalu iapun berdoa'lah kepada Allah, dan kemudian ia terus menarik sekali lagi akan laci yang kosong tadi, tiba-tiba kelihatanlah oleh sekalian yang hadhir bahawa laci itu sekarang penuh dengan wang emas, lalu Syeikh Suhaimi pun berkata­lah kepada merinyu tadi bahawa begitulah caranya kalau ia hendak membuat wang, bahkan ia telah menawarkan kepada merinyu itu supaya ia mengambil sedikit daripada wang itu jika ia mahu, tetapi merinyu yang tersebut itu enggan mengambilnya.

SANGAT MEMERANJATKAN.

Setelah itu maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) pun memasukkan kembali laci tadi lalu iapun sembahyang hajat dua raka'at sekali lagi, dan kemudian, apabila ia menarik laci itu keluar semula tiba-tiba tidaklah ke­lihatan lagi wang itu, laci itu telah kosong semula,

Sanya, kejadian yang luarbiasa tadi sangatlah memeranjatkan sekalian mereka yang hadhir termasuk merinyu itu sendiri.

Dengan tidak bercakap banyak lagi maka pihak Polis itupun keluarlah meninggalkan rumah Syeikh Suhaimi itu. Dan semenjak itu maka senyaplah begitu sahaja tuduhan tentang Syeikh Suhaimi itu ada membuat wang palsu itu. Bahkan segala tuduhan-tuduhan yang lain terhadap Syeikh Suhaimi yang diadukan kepada pihak Polis itu tidak lagi mendapat apa-apa layanan, dan maksud yang jahat itu tidak memberi bekas atau menghasilkan apa-apa akibat kepada Syeikh Suhaimi,

BALASAN PERMUSUHAN-PERMUSUHAN ITU.

Dengan keadilan Allah s.w.t. maka kebanyakan orang-orang yang bermusuhan kepada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu telah menerima balasan yang buruk atau kecelakaan. Setengah daripada mereka telah kena penyakit selama bertahun-tahun sehingga rosak rupa dan sifatnya, dan setelah mati pula maka harta-bendanya telah punah-ranah. Setengahnya lagi telah kena batuk darah hingga mati, dan begitu juga telah punah-ranah harta­nya. Ada pula yang menuduh bahawa ajaran Syeikh Suhaimi itu salah dan sesat, dan orang ini juga telah kena mi ntah darah, tetapi walaupun ia akhirnya telah sembuh setelah mencari berbagai-bagai obat didalam masa yang lama dengan belanja yang banyak, namun pangkatnya telah hilang dan ia mati didalam keadaan yang terhina. Setengahnya lagi telah berubah atau hilang akalnya sehingga ia mati.

Selain daripada itu ada pula murid-muridnya yang telah berpaling­tadah dan ingkar serta mencaci akan ajaran ataupun peribadi Syeikh Suhaimi sendiri. Bahkan ada juga yang menjalankan ajarannya pada zahir sahaja sedangkan pada bathinnya atau hakikatnya ialah semata-mata hendak men­cari wang untuk kepentingan diri sendiri dengan "menjual nama" Syeikh Suhaimi. Maka orang-orang yang tersebut ini juga telah rosak akal mereka atau tidak beres kehidupan mereka sehingga akhir hayat mereka.

SESUAI DENGAN SABDA NABI S.A.W.
Akibat-akibat yang baru tersebut itu dan akibat-akibat yang sepertinya memanglah tepat dengan sabda Nabi kita Muhammad s.a.w. begini:

Ertinya: "Daging para ulama' itu racun. Barangsiapa mernakannya nescaya ia binasa."

Tujuan Hadits ini dengan lebih nyata ialah bahawa orang-orang yang suka menghina-hinakan ulama' atau sangat benci kepada mereka sehingga berani membuat fitnah terhadap mereka nescaya akan mendapat la'nat dan balak daripada Allah s.w.t. dengan sebab mulianya ulama' itu pada sisi Allah.

Adapun orang-orang yang dinamakan ulama' itu ialah mereka yang 'alim didalam ilmu-ilmu Ugama IsIam serta menjalankan amal-ibadat dan menjauhkan ma'siat, serta memelihara akhlak (iaitu budi pekerti) yang elok dan terpuji dan menjauhkan akhlak yang buruk dan keji.

BERTAUBAT DAN MEMINTA MA'AF.
Tetapi sayugialah disebutkan disini bahawa setengah daripada seteru­seteru Syeikh Suhaimi itu telah insaf lalu bertaubat pada Allah serta memohon ma'af pada Syeikh Suhaimi dihadapan Syeikh Suhaimi sendiri.

MU'JIZAH, KARAMAH, MA'UNAH DAN SIHIR.
Sebelum kita teruskan Manakib Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ini maka eloklah, bahkan pentinglah, kita menyatakan lebih dahulu bahawa tiap-tiap kejadian yang luarbiasa atau 'ajaib dan baik yang berlaku pada Rasul-rasul dan Nabi-nabi itu dinamakan "mu'jizat", dan jika kejadian­kejadian yang seperti itu berlaku pada orang-orang IsIam yang sangat salih dan kuat beribadat atau Wali-Ullah maka kejadian-kejadian itu dinamakan "karamah atau keramat", dan jika kadang-kadang kejadian yang seperti itu berlaku pada seorang ahli ibadat yang biasa maka kejadian itu dinamakan "ma'unah". Tetapi jika kejadian-kejadian yang seperti itu berlaku pada seorang yang ahli maksiat atau fasik maka kejadian itu dinamakan "sihir".

Oleh yang demikian maka saudara-saudara kita orang-orang IsIam sekalian hendaklah mengetahui dan mengingatkan perbandingan terhadap perkara-perkara yang baharu tersebut itu dengan betul supaya kita tidak terkeliru dan salah kepercayaan.

dipetik dari

bersambung

No comments: