Thursday, November 27, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (1)

Asal Usul di Jawa

SEJARAH HIDUP ATAU MANAQIB ASY-SYEIKH AS-SAIYID MUHAMMAD BIN ABDULLAH AS-SUHAIMI.
Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (hafizah-Ullah) telah di-kenal oleh murid-muridnya sekalian dengan gelaran Kiyahi Agung, kerana banyak bekas murid-muridnya telah menjadi kiyahi (iaitu guru ugama), dan banyak pula orang-orang yang memang sudah menjadi kiyahi telah belajar lagi padanya, iaitu menjadi murid-muridnya. Tetapi orang­ orang yang lain daripada murid-muridnya telah memanggilnya "Syeikh Muhammad Suhaimi" atau "Kiyahi Suhaimi" ataupun "Syeikh Suhaimi" sahaja.

NASAB ATAU ASAL-USUL SYEIKH SUHAIMI.
Nasab atau asal-usul atau keturunan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ialah Muhammad bin Abdullah bin 'Umar bin Abdur-Rahim bin Abdul­Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdur-Razzaq Al-Madani bin Hasan bin 'Ali bin Ahmad bin Abu Bakr Asy-Syaibani bin Muhammad Asadullah bin Hasan At-Turabi bin 'AIi bin Muhammad Al-Faqih bin 'Ali bin Muhammad Sahibul-Marbat bin 'Ali Khali' bin 'Alawi Ats-Tsani bin Muhammad bin 'Alawi Al-Awwal bin 'Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin 'Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin 'Ali Al-'Aridhi bin Ja'far As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin 'AIi Zainal-'Abidin bin Saiyidina Husain bin Saiyidina 'Ali bin Abu Talib, dan sedia ma'lum bahawa ibu Saiyidina Husain itu ialah Saiyidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w.

TEMPAT ZAHIRNYA.
Walaupun Syeikh Suhaimi itu telah berketurunan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. tetapi ia telah dizahirkan di Negeri Jawa, Indonesia, iaitu di Bandar Sudagaran di daerah Wanasaba (atau Wonosobo) pada tahun 1259 Hijriah. Pada ketika itu, kedua, ibu bapanya berada didalam keadaan yang mewah dan senang, malah bapanya pada masa itu adalah seorang saudagar yang terkenal didalam Wonosobo itu.

BUKAN UNTUK MEGAH.

Eloklah diingatkan bahawa banyak orang-orang Arab, termasuk mereka yang berketurunan daripada Rasulullah s.a.w., menetap di Negeri Jawa, dan wali-Ullah wali-Ullah yang maqam-maqam mereka banyak terdapat di Negeri Jawa, seperti Wali Songo, berasal daripada Baginda Rasulullah s.a.w. juga.

Oleh kerana begitulah nasab Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu maka anak-cucunya sekalian bersama-sama mengucapkan Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah, kerana mereka termasuk didalam golongan keturunan Rasulullah, tetapi tujuan yang sebenar dinyatakan nasab Syeikh Suhaimi itu bukanlah untuk bermegah-megah sebagaimana yang telah dituduh oleh setengah-setengah pehak, bahkan ialah kerana tujuan lain, dan rengkasnya ialah seperti berikut

Apabila Syeikh Suhaimi kembali daripada Timur Tengah dan telah membuat keputusan hendak menetap di Singapura dan Malaysia, ia pun menyatakan ia ada membawa satu 'amalan yang dinamakan Aurad Muhammadiah, dan ia menyatakan juga ia boleh mengijazahkan (mengizinkan) orang-orang lain untuk mengamalkannya bagi sesiapa yang sudi, dan ia telah menerangkan faidah-faidah dan kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Alhamdulillah, semakin-banyak orang-orang yang mahu mengambil ijazah bagi Aurad itu dan mengamalkannya. Ada orang menamakan 'amalan itu sebagai TARIQAT. Berita'amalan ini semakin tersibar, dan nampaknya mulalah juga ada orang-orang yang tidak suka kapadanya, lalu mereka mulalah menyibarkan tuduhan bahawa TARIQAT Muhammadiah itu adalah karut, kerana pengasas sesuatu Tariqat yang benar mestilah seorang yang berketurunan daripada Rasulullah s.a.w., sedangkan Syeikh Suhaimi atau Kiyahi Suhaimi adalah seorang Jawa sahaja, dan dengan sebab itu tidak mungkin ia menjadi pengasas sesuatu Tariqat yang sebenar.

Syeikh Suhaimi telah memberitahu .kepada anak-anaknya bahawa ia dan mereka adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w. dan ia telah menunjuk­kan kepada mereka catitan keturunan itu, tetapi keturunan yang dicatitkan oleh Syeikh Suhaimi itu hanya sampai kepada Abu Bakr Asy-Syabani sahaja. Bagaimanapun, ia berkata bahawa Abu Bakr Asy-Syabani itu adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w.

Selepas itu, apabila Syeikh Muhammad Fadhlullah (anak yang kedua bagi Syeikh Suhaimi) telah pergi ke Tanah Jawa, ia telah dapat berjumpa dengan orang-orang 'Arab yang berketurunan daripada Abu Bakr Asy­Syaibani itu disana, dan ia telah dapat menyelidik didalam majallah yang dinamakan "Arrabithah- yang diterbitkan oleh para Saiyid-Saiyid disana bahawa Abu Bakr Asy-Syaibani itu terbukti betul berketurunan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana telah tercatit silsilah keturunannya didalam nasab Syeikh Suhaimi dahulu itu.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda

Ertinya : "Tiap-tiap anak bagi seorang bapa maka nasabnya adalah kepada bapanya, kecuali anak-anak Fatimah maka sesungguhnya akulah bapa mereka."

Bagaimanapun perlulah diingat kan sabda Rasulullah s.a.w.lagi.

Ertinya : "Bahawasanya semulia-mulia orang diantara kamu, pada sisi Allah, ialah orang yang paling taat dan takut akanNya. Tiada siapa orang 'Arab melebehi orang yang bukan 'Arab kecuali jika ia lebih taqwa (iaitu lebih menjunjung perintah Allah dan menjauhkan laranganNya."

Dan sabdanya lagi

Ertinya : "Syurga itu bagi orang yang takutkan Allah walaupun ia seorang hamba yang berkulit hitam, dan neraka itu bagi orang yang menderhaka kepada Allah walaupun ia itu seorang Saiyid yang berbangsa Quraisy."

Dan ada pula satu pepatah orang Arab begini

Ertinya : "Kemuliaan itu ialah dengan sebab ilmu dan adab sopan, bukanlah dengan sebab harta dan nasab (iaitu keturunan atau baka)."

MEMBERI PERANSANG.
Bagaimanapun, ada baiknya juga bagi seorang IsIam yang berbaka atau berketurunan daripada orang-orang yang baik dan salih. kerana muga­muga perkara itu memberi peransang kepadanya untuk mengerjakan 'amal­'amal salih yang banyak serta mencari lain-lain kelebihan.

APABILA SUDAH CUKUP UMUR.
Apabila Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah "cukup umur", ia telah dikahwinkan oleh orang-tuanya dengan Nyaii Qani'ah binti 'Abdur-Rahim yang tinggal di-Kampung Kali Beber, daerah Garung, Wono-sobo. Tiada berapa lama sesudah perkahwinan itu maka Syeikh Suhaimi telah berangkatlah seorang diri untuk meneruskan pelajaran Ugama Islam dan lain­lainnya ke-Pondok Sulu Tiang didaerah Luwanuh, tetapi ia tidak lama disitu lalu ia telah berpindah pula ke-Pondok Termas didalam daerah Pacitan.

Dua buah pondok itu memang sudah masyhur banyak murid-muridnya, terutamanya Pondok Termas, kerana boleh dikatakan kebanyakan ulama' yang besar-besar di Tanah Jawa pada mula-mulanya telah mengaji dan belajar disitu, ialah dengan sebab berkat guru-gurunya dan kiahi-kiahinya, bahkan hingga sekarang masih tetap ramai murid-muridnya.

Setelah belajar beberapa tahun di Pondok Termas itu maka Syeikh Suhaimi telah kembalilah ke Wonosobo, tetapi belum lama di Wonosobo ia telah berangkat pula ke Mekah Al-Mukarramah dengan seorang diri untuk menunaikan fardu Haji dan juga untuk menyambungkan pelajarannya disana.

dipetik dari

bersambung

No comments: