Friday, November 28, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (6)

KELAKUAN DAN AMALAN SYEIKH SUHAIMI.
Kemudian daripada apa yang telah tersebut itu maka pentinglah di­sebutkan pula setengah daripada kelakuan-kelakuan dan amalan-amalan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang luarbiasa dan gamjil yang jaramg boleh jumpai pada laim-laim orang. Dan juga sifat-sifat yang mulia dan timggi yang ia pada Syeikh Suhaimi itu banyak, dan diamtaramya banyak pula yang :yugia dijadikam tauladam bagi murid-muridnya dan bagi laim-laim orang .lam juga untuk diikuti sebarapa yang terkuasa.

SEMBAHYANG BERJAMA'AH.
Setengah daripada kelakuan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu ialah memgerjakam tiap-tiap sembahyang fardhu dengan berjama'ah sama-ada di-masjid atau di-rumah, sama-ada di-rumahnya semdiri atau di-rumah orang lain sekalipun, bahkan walau ketika didalam pelayaram, siamg atau malam. Bolehlah dikatakan hal itu tidak pernah ditinggalkam olehmya.

SEMBAHYANG PADA AWAL WAKTU.
Demikian juga Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) samgat menjaga ten­tang mengerjakan tiap-tiap sembahyang fardhu pada awal waktumya, se­hingga jadilah masyhur perkara itu dikalangan ramai. Jarang sekali ia sem­bahyang terlewat sehingga keluar daripada awal waktu sembahyang fardhu itu sama-ada ia menjadi imam di-masjid atau sembahyang di-rumah, walau­pun di-rumah orang laim, bahkan walaupun ketika belayar.

RIADHAH ROHANI ATAU BERLAPAR.
Tentang senaman rohani atau riadhah rohani (iaitu berpuasa dan ber­lapar bukan sahaja pada siang hari bahkan memgurangkan makanan pada malam hari juga, atau dengan lain perkataan: bertapa) ialah suatu perkara yang tidak mudah dilakukan oleh seseorang kebanyakan, bahkan jarang juga para ulama' mahu dan boleh melakukannya. Dimasa Syeikh Suhaimi (hafi­zah-Ullah) menahun di-Mekah uan di-negeri-negeri Arab yang lain (sebagai­mana sudah disebutkan dahulu) maka kerapkalilah sahaja ia melakukan riadhah itu sehingga sebulan (atau lebih) lamanya, dengan berpuasa pada siang hari manakala pada malamnya pula ia tidak makan atau minum apa-apa kecuali sedikit buah-buahan dan air kopi sahaja. Hal yang seperti ini telah dilakukan olehnya tiap-tiap tiga bulan sekali ataupun lebih kerap lagi.

Biasanya kebanyakan orang jika hendak mengerjakan riadhah yang seperti itu maka mereka akan mengasingkan diri atau berpisah daripada orang ramai dan bersendirian ditempat-tempat yang sunyi. Tetapi Syeikh Suhaimi tidak memilih tempat. Bila-bila ia berazam hendak "menahan ma­kan" itu maka ia lakukannya dimana sahaja.

MURAH HATI ATAU MURAH TANGAN.
Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) tidaklah sekali-kali boleh dibilangkan seorang yang ada banyak harta, kerana pendapatannya bolehlah dikatakan hanya cukup untuk dibuat belanja bagi keperluan dirinya dan ahli rumahnya sendiri saja, tetapi jika dipandang pada tentang ia suka menolong orang maka bolehlah ia dihitung sebagai seorang yang bersifat pemurah hati, kerana kerapkali sahaja ia membahagi-bahagikan pakaian-pakaian kepada murid­muridnya yang miskin atau berhajat, dan kepada penjaga-penjaga masjid, peminta-peminta sedekah, dan lain-lain lagi.

Begitu juga jika ada saudara-saudara IsIam daripada bangsa apa juapun yang hendak pulang ke-negeri mereka lalu meminta bantuan pada Syeikh Suhaimi nescaya ia memberi tambang mereka. Adapun tentang berderma untuk membuat atau memperbaiki masjid-masjid dan surau-surau maka banyaklah khairat-khairat yang telah diberikan olehnya, lebih-lebih lagi ten­tang sedekah kepada orang-orang "dagang" dan orang-orang yang berhajat, dan juga berkhairat untuk mengadakan majlis membaca Maulid Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.

Eloklah diingatkan bahawa menolong orang yang susah itu sangatlah besar pahalanya, bahkan orang yang suka menolong orang-orang yang susah itu tidak akan sempit atau susah kehidupannya di-Dunia ini, bahkan lebih­lebih lagi ia akan berbahagia di-Akhirat, insya' Allah, kerana ada banyak ayat-ayat Quran dan Hadits-hadits Nabi s.a.w. yang menyatakan demikian. Dan jika kita lakukan perkara ini dengan tekun dan sabar nescaya kita akan dapati nyata kebenarannya.

Oleh yang demikian hendaknya seorang IsIam itu janganlah berasa takut akan habis hartanya jika ia menderma sebahagian daripada hartanya kepada sesuatu kebajikan atau menolong orang yang susah, kerana hartanya akan bertambah, atau sekurang-kurangnya ia tidak akan putus rezeki, dan hatinya akan berasa lega, serta kehidupannya akan menjadi tenang atau tenteram walaupun jika ia tidak menjadi kaya-raya. Sesiapa yang sudah mencuba hakikat ini nescaya ia tahu-lah benarnya, sebagaimana baharu dikatakan tadi.

MURAH HATI TENTANG MENGAJAR.
Sifat Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang baharu tersebut tadi itu ialah berkenaan perkara harta. Adapun murahnya berkenaan mengajar ilmu ­ilmu maka yang demikian itu lebih luas lagi, kerana ia tetap sahaja pada tiap­tiap pagi dan petang dan juga selepas sembahyang Juma'at sedia mahu me­nunjuk-ajar berkenaan Ugama IsIam di-mesjid, sebagiamana kita sudah sebut­kan dahulu. dan juga dari semasa-kesemasa ia pernah mengadakan majlis yang seperti itu di-rumahnya sendiri untuk kaum ibu pula. Dan sesiapa yang me­minta keterangan atau penjelasan bagi sesuatu masa'alah Ugama nescaya dengan segera dilayankan perkara itu Ialu diberi keterangan kepada orang itu dengan tidak dipayah-payahkan atau ditempoh-tempohkan. Begitu juga sekali-sekali ada orang datang meminta diajarkan sesuatu ilmu dengan se­orang diri sahaja maka ia telah kabulkan permintaan itu.

SIFAT BERANI.
Kita telah mengetahui daripada perjalanan hidup Syeikh Suhaimi (ha fizah-Ullah) yang telah tersebut dahulu bahawa pengembaraannya di-Tanah Arab dan lain-lain negeri lagi itu menunjukkan bahawa Syeikh Suhaimi mem­punyai sifat cekal dan berani. Adapun keberaniannya terhadap seteru-seteru­nya pula akan disebutkan sebagaimana berikut ini

Ketika Syeikh Suhaimi baharu-baharu menjadi imam di-Masjid Ma'ruf itu maka ada diantara kaum Jawa yang sangat memusuhinya kerana beberapa sebab. Maka mereka telah berkali-kali mendendam dan mengancam hendak memukul Syeikh Suhaimi. Apakala telah diketahui dengan jelas oleh Syeikh Suhaimi akan hal itu maka iapun tidak lengah lagi mengajak salah seorang kawannya pergi ke-rumah salah seorang setennya pada suatu malam. Rupa­rupanya diwaktu itu beberapa orang seterunya sedang berunding di-rumah itu untuk hendak melakukan kehendak hawa-nafsu mereka (iaitu hendak memukul atau memecahkan kepala Syeikh Suhaimi) lalu iapun memberi salam dan meminta izin masuk. Dan iapun berkatalah kepada seteru-seteru itu lebih-kurang begini: "Saya sudah mendengar dengan nyata dan tidak ragu-ragu lagi tuan-tuan semua hendak memukul saya. Sekarang saya sudah datang kemari. Lakukanlah maksud tuan-tuan itu. Tuan-tuan semua tidak payahlah lagi hendak mencari-cari saya. "

TIDAK MENGAKU.
Tetapi apabila mereka itu berhadapan dengan Syeikh Suhaimi (hafi zah-Ullah) tadi maka mereka bukan sahaja tidak jadi memukulnya bahkan mereka juga tidak mengaku ada niat hendak memukulnya sama-sekali. Maka begitulah hal mereka: hati terlalu hasad tetapi mereka tidak dapat hendak membuat apa-apa kepada Syeikh Suhaimi walaupun mereka pada mula-mula­nya telah berazam kuat hendak menganiayakannya. Tetapi, bagaimanapun, ketua seterunya itu tetap tidak mahu berbaik atau berdamai dengannya se­hingga orang itu mati setelah dua tahun menghidap suatu penyakit yang menyebabkan rupanya dan sifatnya menjadi tidak senonoh.

Baharu tadi telah dinyatakan tentang keberanian Syeikh Suhaimi ter­hadap sesama manusia, bahkan lebih-lebih lagi begitu juga untuk menjalan­kan atau menegakkan perkara-perkara yang hak dan benar berkenaan hu­kum-hukum Allah dan memelihara perintah-perintah-Nya sebagaimana yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. itu.

KEHEBATAN SYEIKH SUHAIMI.
Satu lagi perkara yang ganjil yang terdapat pada Syeikh Suhaimi (hafi zah-Ullah) itu ialah sifat kehebatannya. Maka sangatlah hebat dirinya dirasai oleh mereka yang menghadapnya seningga mereka berasa segan dan gerun, dan mereka berjalan melutut dihadapannya untuk hendak pergi menghadap­nya, dan apabila mereka berpisah daripadanya maka mereka undur dengan tidak membelakangkannya sambil melutut juga.

Demikian juga musuh-musuhnya dan orang-orang yang ada niat yang tidak baik kepadanya maka mereka sekalian (sama-ada kawan atau lawan) apabila berjumpa dengannya mereka tidak boleh berkata-kata panjang kerana lidah mereka menjadi kaku dan kelu. Setengahnya pula pernah bercakap diluar-luar dengan berdegar-degar dan membesar-besarkan diri bahawa ia sanggup rnenemui Syeikh Suhaimi dan berani berlawan tikam-lidah dengan­nya, kerana apakah yang hendak ditakutkan daripadanya?

Tetapi apabila orang itu sudah sampai dihadapan rumah Syeikh Su­haimi maka ia hanya boleh berjalan berulang-alik sahaja dihadapan rumah itu, tidak berani masuk kedalam rumahnya itu, apatah lagi hendak meng­hadapinya dan berlawan tikam-lidah dengannya. Akhirnya ia telah pulang begitu sahaja tanpa berjumpa dengan Syeikh Suhaimi pun.

MEREKA TIDUR NYENYAK.
Lagi seorang tua murid Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang sekarang sudah meninggal dunia, namanya digelar orang sebagai "Pak Mat Hongkong" (yang terkenal di-Geylang Serai pada masa hidupnya) telah menceritakan bagaimana pada suatu hari tiga orang samsing telah datang ke-rumah Syeikh Suhaimi untuk hendak "mencari fasal" supaya boleh memukulnya. Tetapi apabila mereka masuk kedalam rumah Syeikh Suhaimi setelah dijemput masuk maka mereka terus berasa mengantuk dan selepas sebentar mereka telah tidur nyenyak dengan tidak sedarkan diri masing-masing. Lalu ketiga­tiga mereka itu telah diangkat oleh Syeikh Suhaimi seorang diri (iaitu se­orang dari mereka diangkat diatas bahu Syeikh Suhaimi dan seorang lagi diangkat pada tangan kanannya manakala orang yang ketiga itu diangkat pada tangan kirinya). Maka dengan cara itu ia telah membawa mereka dan menghantar mereka pulang ke-rumah masing-masing sedang mereka terus­ menerus tidur dengan nyenyaknya.

AMALAN-AMALAN DAN 'IBADAT-'IBADAT SYEIKH SUHAIMI.
Selain daripada sembahyang-sembahyang fardhu yang dikerjakan pada awal waktunya maka semua sembahyang-sembahyang sunnat Rawatib Qab­liah dan Ba'diah tetap diamalkan oleh Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) den­gan tidak pernah putus-putus. Begitu juga sembahyang sunnat Witir selepas sembahyang 'Isya', dan sembahyang Dhuha, sama-ada di-rumahnya sendiri atau semasa berada di-rumah orang lain bahkan begitu juga didalam pelayar­an. Dan begitu juga sembahyang Gerhana matahari dan Gerhana bulan semua itu tidak pernah ditinggalkan olehnya kecuali jika ia uzur.

WIRID-WIRIDNYA DAN ZIKIR-ZIKIRNYA.
Sebagaimana telah diterangkan dahulu bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ada mempunyai Wirid-wirid yang tertentu yang diamalkannya setiap hari selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, dan Wirid-wirid itu men­gandungi ayat-ayat Quran dan Selawat, dan sebagimana telah disebutkan dahulu juga bahawa Syeikh Suhaimi telah mendapatnya daripada "Roh" Rasulullah s.a.w. sendiri ketika sedar atau jaga (iaitu BUKAN didalam keada­an mimpi) selepas tengah malam didalam Ka'bah di-Mekah Al-Mukarramah.

KITAB-KITAB PENGAJARANNYA.
Demikian juga sebagaimana telah disebutkan dahulu bahawa selama Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) didalam keadaan sehat dan. 'afiat maka ia tetap sahaja mengajar akan Ilmu-ilmu Ugama IsIam, iaitu Tauhid, Fiqeh dan Tasauwuf tiap-tiap hari dan selepas sembahyang Juma'at, kecuali didalam bulan Puasa (Ramadhan) maka ia mengajar hanya selepas sembahyang 'Asar sahaja, dan sekali-sekali ia mengajar juga lagi selepas sembahyang Tarawih.

Adapun nama kitab-kitab yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu ialah Syarah Fathul-Qarib, Fathul-Mu'in, Minhajul-Qawim, Syarhul-Azkia' Fi Tarikil-Aulia', Syarhu-Irsyadil-'Ibad fi Subulir-Rasyad, Tafsirul-Jalalain, dan sebuah kitab yang bernama "An-Nafhatul-Miskiah" yang dikarang oleh Syeikh Suhaimi sendiri didalam bahasa Arab dan terkandung didalamnya tiga bahagian: Kelebihan Menuntut 'llmu, Kelebihan Membaca Maulid Nabi s.a.w. dan Tahlil yang dibaca tiap-tiap kali sebelum dibaca Maulid Barzanji dan Maulid Daiba'i. Selain daripada itu maka Syeikh Suhaimi telah juga men­garang kitab-kitab didalam bahasa Arab mengenai Isra' dan Mi'raj, Tauhid atau 'Agaid dan Iain-Iain lagi.

BACAAN MAULID NABI S.A.W.
Dan sebagaimana telah disebutkan juga dahulu bahawa Syeikh Suhai­mi (hafizah-Ullah) tidak pernah meninggalkan membaca Maulid Nabi s.a.w. iaitu BARZANJI pada tiap-tiap malam Juma'at, dan DAIBAI' pada tiap-tiap malam lsnin. Dan dengan galakannya maka hingga sekarang murid-muridnya masih banyak yang membuat begitu di-masjid-masjid atau di-surau-surau ataupun di-rumah-rumah. Kaum ibu juga dibenarkan membaca Maulid itu didalam majlis mereka sendiri dengan suara yang kuat. Perkara ini telah di­tentang keras pada masa itu oleh kebanyakan Kiahi-kiahi dan Ulama' di­Singapura dan di-Tanah Jawa, tetapi sekarang para Ulama' dan Kiahi-kiahi yang tersebut nyatalah telah bersetuju dengan pendapat Syeikh Suhaimi ke­rana kita lihat sekarang disana-sini kaum wanita mengadakan majlis-majlis yang didalamnya diadakan Maulid yang dibaca oleh kaum wanita sendiri dengan suara yang kuat (nyaring) dan berlagu-lagu. Dan begitu juga mengenai bacaan Qur-an, Nasyid-Nasyid dan lain-lainnya, bahkan wanita-wanita se­karang juga berpidatu (bersyarah) atau bertanding membaca Qur-an dihadapan khalayak ramai yang ada didalamnya laki-laki dan wanita. Mereka yang tidak bersetuju dengan perkara yang tersebut tadi yang benarnya tidak mempunyai apa-apa alasan dari segi Syara , bahkan nyata mereka menurut perasaan sahaja. Bagaimanapun maka Syeikh Suhaimi lah melarang tentang diadakan pukulan kompang atau tambur didalam majlis Maulid, dan ia enggan hadhir didalam majlis-majlis yang seperti itu.

dipetik dari

bersambung

No comments: