Thursday, November 27, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (2)

BERANGKAT KE MEKAH.
Telah disebutkan tadi bahawa ayahanda Syeikh Suhaimi itu, iaitu Haji Abdullah, diwaktu itu ialah seorang saudagar yang terbilang di-Wonosobo. Maka apakala Haji Abdullah itu melihat bahawa anak-anaknya sekalian sudah cukup umur dan masing-masing boleh membuat pekerjaan sendiri maka Haji Abdullah itu pun berkatalah kepada mereka lebih-kurang begini: "Kamu semua sudah besar-besar dan sudah boleh membuat pekerjaan sen­diri. Oleh itu sementara ayahanda masih ada umur dan boleh memberi kamu wang untuk berniaga, eloklah kamu semua mula belajar berniaga." Lalu ia terus hulurkan wang kepada tiap-tiap seorang anaknya itu sekadar men­cukupi untuk tujuan yang tersebut tadi. Hanya Syeikh Suhaimi sahaja tidak mahu berniaga. Ia telah berkata kepada ayahandanya itu begini: "Saya mo­hon diizinkan berniaga ke-Mekah sahaja." Jawab ayahandanya: "Negeri Mekah itu tidak ada apa-apa melainkan ianya tempat untuk mengerjakan `ibadat sahaja." Tetapi disebabkan oleh kuat dan bersungguh-sungguh per­mohonan Syeikh' Suhaimi kepada ayahandanya itu maka cita-citanya tadi telah diperkenankan oleh ayahandanya.

Sebelum Syeikh Suhaimi berangkat belayar ke-Mekah Al-Mukarramah maka Haji Abdullah telah bermimpi bahawa dirinya ada mempunyai banyak layang-layang, tetapi layang-layang tadi tidak ada yang boleh naik ke-udara kecuali satu sahaja yang boleh naik. Dengan mimpi itu ayahandanya terus faham bahawa layang-layang yang satu itu ialah memberi alamat bahawa anaknya Muhammad (iaitu Syeikh Suhaimi) itulah yang akan naik namanya dan masyhur serta tinggi sebutannya pada orang ramai.

BERTUKAR CARA HIDUP.
Ketika Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) berada di-negeri Mekah Al­Mukarramah itu, ia telah kelihatanlah oleh kawan-kawan bahawa kelakuan­

nya dan bawaan hidupnya samalah seperti seorang anak saudagar, bukan seperti seorang pelajar atau penuntut biasa kerana pakaiannya ranggi setiap hari sama-ada tentang jubahnya atau serbannya atau lain-lain lagi. Memang begitulah disitu keadaan para penuntut-penuntut yang mengaji ilmu Syari'at diantara anak-anak saudagar dan orang-orang yang mempunyai banyak harta.

Tetapi Syeikh Suhaimi itu tidak berkelakuan seperti itu selama-lama­nya, kerana kemudiannya cara kehidupannya itu telah berubah seperti kehidupan seorang darwisy, iaitu seorang yang tidak sempurna pakaiannya dan sedikit makannya sehingga sepikul beras cukup atau tidak habis di­makan selama setahun oleh dirinya dan isterinya, kerana kemudiannya isteri­nya itu telah datang ke-Mekah untuk tinggal bersamanya, dan isterinya itu juga telah mengikut jejak langkahnya mengurangkan makan dan menahan lapar. Maka daripada ketika inilah Syeikh Suhaimi telah mula mencari dan belajar ilmu Hakikat dan ilmu Tasauwuf.

ISTERINYA MENYERTAINYA DI-MEKAH.
Setelah lebih-kurang enam tahun Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) bermukim atau menahun di-negeri Mekah Al-Mukarramah maka iapun telah diikut oleh isterinya Nyaii Qani'ah binti Kiahi 'Abdur-Rahim itu, dan Nyaii Qani'ah telah terus bersama-sama menahun di-Mekah dengan suaminya itu.

Adapun sebab-sebab isteri Syeikh Suhaimi belayar ke-Mekah men­dapatkan suaminya itu ialah kerana semenjak ia ditinggalkan oleh Syeikh Suhaimi untuk menahun di-Mekah itu maka ingatan isterinya itu tidak lufut terhadap suaminya. Hatinya rindu kepada suaminya, malah rindunya se­makin bertambah untuk bertemu, sehingga menjadi bingung fikirannya dan hilang ketenteraman jiwanya, lalu ia telah pergi tidur pada satu malam di­kubur "Kang Embah" (iaitu gelaran bagi seorang yang sangat alim) di-tanah perkuhuran "Karang Sari" yang terletak didalam Kampung Kali Beber itu. Maka didalam tidur itu ia telah mendapat mimpi bahawa dirinya itu telah dibawa naik ke-udara oleh suatu makhluk yang tidak terang rupanya dan sifatnya. Setelah pagi maka iapun segeralah pergi menceritakan mimpinya itu kepada salah seorang bapa saudaranya, lalu telah dijawab oleh bapa saudaranya itu: "Kalau benar diri mu telah bermfmpi begitu, insya'.-lllah. engkau tidak lama lagi akan menziarah dan mendapatkan suami mu di-negeri Mekah Al-Mukarramah itu." Telah dijawab oleh Nyaii Qani'ah begini: "Ba­gaimana saya boleh mendapatkan dia di-Mekah padahal saya seorang perem­puan yang lemah, tidak ada daya upaya." Lalu dijawab lagi oleh bapa sau­daranya itu, "Perkara yang seperti itu tidak mustahil kalau Allah Ta'ala menghendakinya. "

MIMPI ITU TERLAKSANA.

Ta'bir mimpi yang telah tersebut itu telah benar terlaksana kerana Nyaii Qani'ah tidak lama kemudian telah dapat belayar ke-Mekah AI-Musyar­rafah dan telah dapat berada bersama suaminya dengan selamat, serta telah dapat pula mengikut menahun di-Mekah bersama-samanya sehingga mereka berdua pulang bersama-sama ke-Jawa dan kemudian berpindah ke-Singapura hingga isterinya itu wafat di-Singapura pada malam Juma'at 3 Zulhijjah tahun 1313, dan telah dikebumikan di-tanah perkuburan Bukit Wakaf di­ Grange Road, berhampiran dengan Orchard Road. (Tetapi sekarang magam itu telah dipindahkan ke Pusara Aman, Jurong).

ILMU-ILMUNYA DAN GURU-GURUNYA.

Adapun Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ketika bermukim dan mena­hun di-Mekah Al-Mukarramah itu setiap hari tidak ketinggalan mengaji dan belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk meneruskan atau menyam­bungkan pengajiannya yang telah lalu, seperti ilmu-ilmu Nahu, Saraf, Fikih, Tafsir Al-Quran, Hadits, Tauhid, Usul Fikih, Falak, Sejarah IsIam, dan lain­lain ilmu lagi.

Adapun setengah daripada guru-gurunya dan masyaikh-masyaikhnya waktu ia berada di-Mekah Al-Mukarramah itu ialah: Maulana Saiyid Ahmad Dahlan (Mufti Mekah), Maulana Saiyid Bakri Syatta, Maulana Syeikh Na­wawi Bantan, Maulana Saiyid Abdullah Zawawi, dan lain-lain masyaikh lagi dari bangsa Mekah, Mesir dan Jawa.

Sanya, setelah Allah Ta'ala mengurniakan fahaman kepada Syeikh Suhaimi terhadap ilmu-ilmu Syari'at dan ilmu-ilmu lain sebagaimana yang telah tersebut itu maka Syeikh Suhaimi telah berasa pula ingin hendak menuntut ilmu Tasauwuf dan ilmu Hakikat serta ilmu-ilmu yang mensucikan hati (atau roh) dan ilmu-ilmu yang menyatakan berkenaan adab dan ke­lakuan para Wali-wali Allah dan orang-orang yang salih.

Tetapi ilmu-ilmu yang seperti itu tidak mudah tercapai dan tidak lekas mendatangkan hasilnya melainkan hendaklah juga disertakan dengan men­jauhkan diri daripada tarikan dunia, banyak berpuasa dan mengurangkan makan, banyak berjaga dan beribadat selepas tengah malam, dan juga ban­yak menziarah kubur para Wali-wali Allah dan orang-orang salih, dan lebih­lebih lagi kubur Rasul-rasul dan Nabi-nabi ('alaihimus-salatu-wassalam) serta mendapatkan guru yang layak.

Syeikh Suhaimi telah mulalah meninggalkan pakaian-pakaian yang lawa atau ranggi kerana pakaian-pakaian yang seperti itu boleh mendatang­kan perasaan 'ujub, ria' dari takabbur. Dan begitu juga tentang makan­minumnya itu telah dikurangkan olehnya sedikit demi sedikit hingga beras sebanyak sepikul itu cukup dimakan oleh dirinya dan isterinya selama setahun sebagaimana telah dikatakan dahulu itu.

Dan begitu juga tentang percampurannya dengan kawan-kawan dan sahabat-sahabat telah dikurangkan. Ini bukanlah bererti bahawa ia ada mena­ruh jahat sangka kepada kawan-kawannya itu, tetapi hanya dengan men­gurangkan percampuran itu ia berasa dirinya lebih selamat dan hatinya lebih tenteram, dan juga ia takut kalau-kalau dirinya terkotor dengan perangai atau tabi'at yang tidak baik, kerana perangai baik atau jahat bagi seseorang itu kerap datang daripada kawan dan campuran.

MENZIARAH MAKAM-MAKAM ATAU KUBUR-KUBUR.
Apakala Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) sudah berasa hatinya lapang dan tenteram memasuki cara kehidupan yang baharu itu, tegasnya menjalan­kan cara kehidupan ahli-ahli Hakikat maka hatinya mulalah suka hendak mengembara dan menjelajah untuk menziarah makam para Rasul-rasul, Nabi­nabi, Wali-wali, dan orang-orang yang salih di-negeri Syam, Mesir, Baghdad, Baitul-Makdis dan lain-lain tempat lagi pada tiap-tiap tahun selepas men­gerjakan 'ibadat Haji.

Setengah daripada makam-makam atau kubur-kubur yang telah di­ziarah oleh Syeikh Suhaimi itu ialah makam Nabi Ibrahim, Nabi Ya'kub, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Lut, Nabi Salih, dan lain-lain Nabi lagi. Dan makam sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. juga telah diziarah olehnya ter­masuk makam-makam mereka yang di-negeri Syam, dan makam Sahabat Abu Aiyub AI-Ansari di-Kota Istanbul, dan lain-lain lagi. Dan ia juga telah menziarah makam Sidi Abdul Qadir Jailani, Sidi Yazid Bustami, Sidi Qasim Junaid Al-Baghdadi, Imam Abu Hanifah, dan lain-lainnya. Dan juga di­Baghdad ia telah menziarah banyak makam-makam Ahlil-Bait (iaitu makam-makam keluarga Rasulullah s.a.w.)

Dan di-Syam ia telah menziarah makam Imam Al-Ghazzali, dan di­Mesir pula ia telah menziarah makam Imam Asy-Syafi'i dan makam Syeikh Abul- Hasan Asy- Syazali dan makam Saiyidina Husain dan lain-lainnya dari keluarga Rasulullah s.a.w. dan makam Wali-wali dan orang-orang salih yang ada di-negeri Mesir itu.

Adapun ziarahnya ke-makam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat­sahabat di-Madinah Al-Munauwarah itu maka boleh dikatakan ia telah melakukannya setiap tahun.

IKHTIARNYA UNTUK KESELAMATAN.
Adapun kelakuan dan keadaan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) didalam masa ia mengembara itu ialah memakai pakaian cara orang-orang Darwisy atau cara Badwi (iaitu orang Arab desa). Dan pula wang yang dibawa olehnya untuk bekalan itu ditaruhkan didalam kasutnya yang sudah lama dan buruk, dan kemudian dilapiskan dengan kulit lalu dijahit. Maka sebabnya dibuat begitu ialah supaya wang itu terpelihara daripada kena samun atau kena curi oleh penyamun-penyamun atau pencuri-pencuri yang memang banyak ada ditempat-tempat yang sepi disana. Dengan ikhtiar yang secara ini, Alhamdulillah, Syeikh Suhaimi telah dikumiakan keselamatan: hartanya tidak pernah kena rompak atau kena curi.

Kelakuannya yang sedemikian itu menunjukkan elok tadbirnya dan cukup ikhtiarnya yang memang disuruh oleh ajaran Syari'at IsIam, dan sa­yugia dijadikan tauladan oleh kita sekalian.

Kemudian, apabila Syeikh Suahimi tiba disesuatu tempat atau bandar, dan disitu ia perlu menggunakan wang maka ia asingkan dirinya daripada orang lain lalu ditetasnya jahitan kasut tadi, dan setelah itu dibetulkan dandijahitnya semula kasut itu. Jika ia masuk kedalam sesebuah mesjid atau makam maka ia letakkan sahaja kasut tadi ditempat yang biasa tetapi ter­asing sedikit, ialah supaya tiada orang boleh menyangka bahawa kasutnya itu luarbiasa.

KEJADIAN-KEJADIAN YANG GANJIL ATAU LUARBIASA.
Sanya, diantara keiadian-kejadian dan perkara-perkara yang dialami oleh Syeikh Suhaimi (hafizah-UIIah) ketika ia mengembara itu banyak yang aneh dan luarbiasa, tetapi didalam Manakib ini akan dinyatakan hanya apa-apa yang saya ingat dan yang saya rasa perlu sahaja, seperti berikut ini:

Pada suatu masa Syeikh Suhaimi sudah berasa penat didalam per­jalanannya, oleh kerana ia sudah berjalan sangat jauh, dan masa itu pula sudah masuk waktu Maghrib, padahal ia belum berjumpa kampung atau desa, lalu iapun berikhtiarlah mencari tempat untuk berlindung pada malam itu. Didalam mencari-cari itu iapun berjumpalah suatu lobang yang seperti gua rupanya, bahkan ada air pula didalamnya, lalu Syeikh Suhaimi pun masuk­lah kesitu dan berhenti untuk berihat dan bermalam didalamnya. Tetapi setelah kira-kira satu jam lamanya tiba-tiba datangfah seorang ketempat itu, dan Syeikh Suhaimi dapat melihatnya menoleh-noleh dan menjenguk-jenguk disekelilingnya, dan setelah itu iapun masuklah kedalam gua tadi sambil me­manggil-manggil: "Hai Muhammad, bangunlah. Tuan dipersilakan ke-rumah saya. Tuan sekarang jadi tetamu saya."

Syeikh Suhaimi telah berasa hairan dan terperanjat kerana ada orang memanggilnya pada waktu malam ditempat yang begitu sunyi dan jauh dari­pada orang, tetapi sesudah kuat pendapatnya bahawa orang itu memang hendak mencarinya dan bersungguh-sungguh mengajaknya ke-rumahnya untuk berihat disana pada malam itu, maka ia telah menerimalah ajakan itu, lalu mereka pun berjalanlah bersama-sama menuju ke-rumah orang itu. Tetapi tidak sampai beberapa minit sahaja tiba-tiba mereka sudah pun tiba di­rumah itu didalam sebuah desa. Hal ini juga menghairankan Syeikh Suhaimi kerana waktu siang tadi desa itu tidak kelihatan sejauh mata memandang, dan menurut agakan Syeikh suhaimi sendiri bahawa walau berjalan didalam masa dua jam pun belum tentu boleh sampai ke-desa itu daripada gua tadi.

BAGAIMANA ORANG ITU DAPAT TAHU
Setelah dihormati dan dilayani dengan sepenuhnya didalam rumah itu mengikut cara dan adat bangsa Arab desa maka Syeikh Suhaimi pun ber­tanyalah kepada tuan punya rumah tadi begini : "Siapa-kah orang yang mem­beritahu kepada tuan tentang saya ada didalam gua tadi itu? Dan juga te-­tang nama saya?" Disahut oleh tuan punya rumah itu: "Ada seorang datang ke-rumah saya tadi yang saya sendiri pun tidak pernah nampak atau ken% - kan dia, lalu dia berkata kepada saya: `Didalam sebuah gua disini-sini tem-pat ada seorang yang mengembara dan namanya Muhammad. Sayugialah awak menghormatinya dan memberi sepenuh-penuh layanan kepadanya di-rumah awak pada malam ini.' Setelah berkata begitu lalu orang itupu­berjalan dan saya tidak nampak kemana perginya. Saya pun tidak lengah lagi dan tidak berfikir panjang terus pergi mencari tuan. "

Sekianlah kejadian ganjil yang pertama. Dan pula kejadian ini member: faham kepada Syeikh Suhaimi bahawa langkahnya untuk hendak mencar ilmu hakikat dan ilmu bathin itu ada mendapat perhatian dan galakan serta kawalan daripada "orang-orang bathin" atau "orang-orang dalam."

LAGI SATU KEJADIAN GANJIL.
Lagi satu kejadian ganjil yang berlaku pada Syeikh Suhaimi ketiKa didalam pengembaraannya yang tersebut itu ialah begini oufa:

Pada suatu masa Syeikh Suhaimi berasa sangat "dahaga kerana sudah ­terlalu jauh berjalan namun tidak berjumpa air sama-sekali, sedang bekalan air yang dibawa olehnya itu sudah lama habis. Kemudian, iapun berjumpalah satu tempat air, tetapi ditepi tempat air itu ada seekor harimau kumbang yang sedang memakan seekor kambing liar. Oleh kerana tidak tahan me­nunggu maka iapun bertawakal kepada Allah lalu mendekati harimau itu,tetapi harimau itu tidak menghiraukannya. Ia pun merampas kambing itu daripada si-harimau tadi lalu menyeretnya dan mencampakkannya jauh dari­pada tempat air itu. Si-harimau rupa-rupanya tidak marah kepada Syeikh Suhaimi dan tidak membuat apa-apa kepadanya, hanya harimau itu pergi sa­haja mengejar dan mendapatkan kambing yang telah diambil daripadanya itu.

Kejadian ini menunjukkan pula tentang ketabahan hati Syeikh Suhaimi dan keyakinannya bahawa ada perlindungan Allah padanya dengan sebab atau perantaraan amalan-amalannya dan tujuan-tujuannya yang baik dan hak itu.

DITOLONG OLEH IKAN MERAH.
Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah menceritakan bahawa pada suatu masa, ketika ia belayar menyembarangi Laut Merah (Red Sea) yang letaknya disebelah barat Tanah Arab maka perahu layar yang dinaikinya itu telah karam dengan sebab ribut. Sedang ia berada didalam air laut itu, tiba­tiba datanglah seekor ikan merah yang besar menghempet disebelahnya. Tetapi ikan merah itu tidak membuat apa-apa kepadanya. la telah cuba meng­halau ikan itu daripadanya, tetapi ikan itu tetap sahaja berada disebelahnya. Syeikh Suhaimi pun fahamlah bahawa ikan itu hendak menolongnya. lapun berpautlah pada belakang ikan itu maka baharulah ikan itu mula bergerak dan berenang pada muka air laut itu menuju ke-pantai sehingga sekira-kira kaki Syeikh Suhaimi jejak ke-tanah dibawah air laut itu.

Setelah Syeikh Suhaimi melepaskan pautannya daripada belakang ikan itu, maka ikan itu enggan bergerak dari situ. Akhirnya Syeikh Suhaimi telah berkata kepada ikan itu bahawa ia berjanji tidak mahu lagi memakan ikan merah, dan juga ia akan melarang anak-cucunya memakan ikan merah.

Pada ketika itu maka baharulah ikan itu berenang daripada situ dan ke­mudian menyelam dan hilang didalam air laut itu.

Peristiwa yang baharu tersebut itu telah berlaku pada masa Syeikh Suhaimi baharu-baharu memulakan langkah untuk menjalani kehidupan ahli Tarikat dan sedang mencari-cari akan panduan yang hak daripada guru-guru bathin yang terkenal.

MENDAPATKAN GURU KASYSYAF.
Oleh kerana Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) sudah banyak menziarah makam-makam dan kubur-kubur para Rasul-rasul dan Nabi-nabi, dan juga makam-makam para Wali-wali dan orang-orang yang salih, serta sudah banyak pula bertapa dan melakukan riadhah rohani, maka sepatutnya Syeikh Suhaimi sudahlah berasa senang didalam hatinya, tetapi bagaimanapun maka fikirannya masih belum tetap, sebab tanda atau alamat yang nyata dan te­rang yang menunjukkan dirinya sudah menghasili maksudnya itu belum lagi didapati olehnya, kerana orang-orang yang salih yang betul-betul sudah sampai kepada maksud mereka itu memang sudah mendapat atau mem­peroleh tanda-tanda atau alamat-alamat yang tertentu dengan nyata dan terang.

Oleh yang demikian maka semakinlah kuat cita-citanya dan azamnya hendak mencari seorang guru yang boleh memandunya supaya lekas berhasil maksudnya yang sangat dicita-citakan olehnya itu. Didalam pengembaraannya di-negeri-negeri Syam, Baghdad, Istanbul, Mesir, Semenanjung Tanah Arab, dan lain-lain lagi, maka Syeikh Suhaimi belum lagi berjumpa dengan seorang guru yang boleh memandunya dan memberinya ilmu yang dimaksudkan olehnya itu. Tetapi akhirnya ia telah mendapat khabar daripada setengah-tengah orang yang salih bahawa guru yang seperti itu ada di-negeri Mesir dan sedang menginap disebuah desa yang tertentu. Mendengar khabar itu iapun berangkatlah menuju ketempat itu dengan se­berapa segera selepas bertanya khusus-khusus berkenaan guru itu.

TIBA DI-RUMAH GURU KASYSYAF ITU.
Apabila telah sampai di-negeri Mesir dan telah tiba didesa yang tersebut serta telah berjumpa rumah guru kasysyaf itu maka Syeikh Suhaimi pun memberi salam. Tidak berapa lama kemudian maka keluarlah seorang tua dengan memegang sebatang tongkat yang besar, lalu orang tua itu terus mengangkat tongkat itu hendak memukul Syekh Suhaimi dari atas. Syekh Suhaimi pun segeralah undur dari hadapan orang tua itu, kerana jika ia tidak undur nescaya ia akan kena pukul dengan tongkat yang besar itu.

Syeikh Suhaimi telah berasa bingung dan sangat hairan memikirkan kelakuan orang tua tadi. Hal itu tidak patut serta menyalahi sama-sekali akan ajaran Syari'at, iaitu tetamu wajiblah dihormati, lebih-lebih lagi tetamu yang datang dari jauh, tiba-tiba begini pula kelakuan guru yang dikatakan oleh ramai orang-orang sebagai guru bathin atau guru kasysyaf atau guru untuk memimpin kepada darjat rohani yang tinggi.

Setelah beberapa ketika bertafakkur maka Syeikh Suhaimi pun ber­pendapat bahawa kelakuan atau perbuatan orang tua yang sangat ganjil itu bukanlah untuk hendak betul-betul memukulnya, tetapi hanyalah untuk hendak menduga atau mencubanya sahaja, kerana memang seorang yang hendak mendapatkan darjat yang tinggi itu tak-dapat-tiada dicuba atau diuji lebih dahulu.

Sesudah difikirkan perkara itu betul-betul oleh Syeikh Suhaimi maka iapun berazam hendak mengadap lagi guru itu. Tetapi baharu sahaja ia sam­pai dimuka pintu rumah itu tiba-tiba kelihatan guru tadi sudah pun me­nunjukkan tongkatnya yang besar itu dan menghayunnya, maka Syeikh Suhaimi hampir-hampir kena tongkat itu jika ia tidak cepat mengelak dan menepi daripada situ.

BERSERAH KEPADA ALLAH.
Akhirnya Syeikh Suhaimi telah membuat keputusan hendak berserah sahaja kepada Allah, lalu iapun sekali lagi mendatangi guru itu dengan tidak menghiraukan jika ia dipukul, atau dibunuh sekalipun. Dari itu apabila guru tadi mengangkat tongkatnya hendak memukul Syeikh Suhaimi maka ia tetap sahaja berdiam ditempatnya, tidak undur dan tidak mencuba men­gelak, hanya memejamkan matanya sahaja.

Rupa-rupanya henarlah sebagaimana yang disangka oleh Syeikh Suhai­mi, kerana guru itu tidak jadi memukulnya, bahkan ia hanya memegang sahaja tangan Syeikh Suhaimi dan mempersilakannya masuk dan duduk. Tetapi setelah Syeikh Suhaimi duduk maka ia tidaklah ditanya apa-apa dan tidak diberi apa-apa minuman atau makanan sebagaimana yang biasa dibuat oleh seorang tuan rumah kepada tetamunya. Bagaimanapun, setelah beber­apa ketika maka guru itu memanggillah akan khadamnya dan meminta segelas susu, lalu keluarlah khadamnya itu membawa segelas susu, tetapi bukanlah pula susu itu diberikan kepada tetamunya bahkan diminum oleh dirinya sendiri. Hanya setelah tinggal bakinya sedikit sahaja baharulah di­hulurkan kepada Syeikh Suhaimi, dan setelah itu baharulah orang tua itu mula mahu bercakap dengan mengeluarkan perkataan sebagaimana berikut: "Awak kemari ada hajat apa?" Dijawab oleh Syeikh Suhaimi: "Saya hendak memohon ilmu yang ada pada tuan. "

DIKUNCI DIDALAM BILIK.
Syeikh Suhaimi pun disuruhlah masuk kedalam sebuah bilik, lalu pintu bilik itu terus ditutup dan dikunci dari luar. Didalam bilik itu kelihatan ada cukup alat-alat untuk beribadat dan untuk bersuci. Tiap-tiap pagi ia di­beri segelas susu dan sebijik roti, tetapi tidak diberi apa-apa lain lagi sepan­jang hari dan malam, dan lamanya hal itu ialah empat puluh hari dan empat puluh malam. Tetapi setelah habis masa yang tersebut itu tiba-tiba didapati roti itu masih ada cukup empat puluh bijik, yakni Syeikh Suhaimi hanya minum susu sahaja sebanyak empat puluh gelas sepanjang empat puluh hari dan empat puluh malam itu, sedang roti-roti itu tidak dimakan olehnya barang sedikit pun.

Setelah selesai riadhah rohani selama empat puluh hari itu maka Syeikh Suhaimi telah diizinkan pulang daripada situ, lalu iapun keluarlah daripada biliknya itu dan memohon untuk meninggalkan gurunya tadi. Kemudian iapun singgah disebuah masjid. Tetapi ketika ia masuk kedalam masjid itu tiba-tiba ia telah terperanjat besar dan hairan, kerana ia melihat orang-orang yang sedang berwudhu' atau sedang bersembahyang disitu ada yang kepala­nya berupa kera, ada pula yang berupa kambing, bahkan ada pula yang berupa anjing atau babi atau lain-lain binatang lagi, naniun ada juga yang tetap berupa manusia. Lalu terus terfikir dihati Syeikh Suhaimi bahawa orang-orang yang sembahyang pun ada yang "bersifat" seperti binatang­binatang yang tersebut itu, apatah lagi orang-orang yang tidak sembahyang sama-sekali, lalu Syeikh Suhaimi pun membaca : "La haula wala kuatu illa billah. "

Peristiwa yang ganjil ini ialah hasil yang NYATA yang mula didapati dan dialami oleh Syeikh Suhaimi, dan inilah satu daripada contoh ilmu-ilmu bathin atau kasyf yang Syeikh Suhaimi telah memperolehinya.

Maka pemandangan yang ganjil sebagaimana yang baharu tersebut itu boleh dihilangkan dan ditutup ataupun boleh diadakan bila-bila masa di­kehendaki.

Kasyf ertinya "mendedahkan" atau "membuka tirai atau penutup" maka "Ilmu Kasyf" ertinya ilmu yang hasilnya ialah seorang boleh melihat atau mengetahui perkara-perkara yang ghaib, iaitu perkara-perkara yang orang-orang kebanyakan tidak boleh melihat atau mengetahuinya.

HADITS QUDSI MENGENAI KARAMAH WALIULLAH.
Tersebut didalam kitab "Hidaayatus-Salikiin" karangan Sheikh Abdus Samad Al-Falimbani (muka surat 11) bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda

Maksudnya : Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda : "Allah Ta'ala berfirman (didalam satu Hadits Qudsi) : Apabila orang-orang menghampir­kan diri mereka kepada Aku dengan seperti mengerjakan ibadat-ibadat yang Aku wajibkan keatas mereka, dan hamba Ku itu berkekalan menghampirkan dirinya kepada Aku dengan menambah pula mengerjakan ibadat-ibadat yang sunnat, sehinggalah Aku KASIHKAN dia, maka apabila Aku kasihkan dia nescaya Aku jadilah pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan Aku jadilah penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan Aku jadilah lidahnya yang ia berkata-kata dengannya, dan Aku jadilah tangannya yang ia memukul dengannya, dan Aku jadilah kakinya yang ia berjalan dengannya, dan Aku jadilah hatinya yang ia berfikir dengannya."

Ini ialah satu Hadits Qudsi yang menyatakan bahawa apabila seseorang mengerjakan ibadat-ibadat yang wajib dan ditambah-kan pula dengan ibadat­ibadat yang sunnat, dan ia terus-menerus mengerjakan ibadat-ibadat itu sehingga Allah Ta'ala kasihkan dia, dan apabila begitu nescaya ia akan mengalami kelebihan-kelebihan yang luar-biasa yang orang-orang kebanyakan tidak dapat mengalaminya, atau dengan lain-lain perkataan, ia sudah menjadi seorang wali-Allah yang mempunyai karamah dan kasyf.

MENGETAHUI ISI GENGGAMAN TANGAN.
Ketika Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) berada di-negeri Syam (Syria) maka kebetulan seorang daripada Padri Keristien yang memang tinggal di­negeri itu telah menyatakan bahawa ia selalu mendengar ada segolongan orang-orang IsIam boleh mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi (yang dinamakan Ahli Kasysyaf). Dia ingin hendak berjumpa dengan mereka di­dalam satu majlis yang terbuka kepada orang ramai (iaitu orang ramai boleh menyaksikan apa-apa yang berlaku didalam majlis itu). Dan ia berjanji bahawa jika betul ada orang Islam yang seperti itu yang ia boleh saksikan dengan dirinya sendiri maka ia dan keluarganya akan memeluk IsIam.

Majlis itu telah dapat diadakan tidak lama kemudian, dan banyaklah orang-orang yang hadhir didalam majlis yang tersebut itu termasuk beberapa orang ahli Kasysyaf, dan turut hadhir didalam majlis itu ialah juga Syeikh Suhaimi. Padri itupun memulakan majlis itu dengan menerangkan sebab­sebab yang mendorongnya untuk mengadakan majlis itu sebagaimana telah tersebut tadi, dan setelah itu iapun tidak lengah lagi mengambil sesuatu yang tidak kelihatan oleh orang-orang yang hadhir disitu lalu ia menggenggamnya, dan iapun menoleh kesekelilingnya sambil meminta kepada sesiapa diantara orang-orang IsIam yang hadhir disitu supaya memberitahu kepadanya apakah barang yang ada didalam tangannya itu. Syeikh Suhaimi lah yang mula-mula menyahut dan menyebutkan nama barang itu kepada orang-ramai. Pelahan­lahan Padri itu menganggukkan kepalanya sambii membukakan genggaman tangannya itu lalu semua orang-orang yang hadhir dapat melihat bahawa barang itu betullah sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu.

DIMINTA SEKALI LAGI.
Tetapi Padri itu meminta ma'af dan berkata bahawa ada kemungkinan "tekaan" Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu betulnya ialah dengan kebe­tulan sahaja, sedangkan pada hakikatnya boleh jadi Syeikh Suhaimi hanya mengagak-agak sahaja. Dari itu ia berharap bahawa Syeikh Suhaimi sanggup akan menyebutkan sekali lagi barang yang kedua yang Padri itu akan geng­gam didalam tangannya. Kali ini jika Syeikh Suhaimi boleh juga menyatakan dengan tepat barang itu maka ia akan menunaikan janjinya, iaitu ia dan se­keluarganya akan memeluk IsIam.

Sekali lagi Syeikh Suhaimi telah dapat memberitahu apa barang itu dengan tepat. Lalu Padri itu pun menyatakan bahawa ia dan sekeluarganya memeluk Islam.

dipetik dari

bersambung

No comments: