Friday, November 28, 2008

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (8)

TANDA-TANDA KELEBIHAN SYEIKH SUHAIMI.
Selain daripada kejadian-kejadian yang luarbiasa yang telah tersebut dahulu yang telah berlaku pada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu maka sekarang akan disebutkan lagi beberapa kejadian ganjil yang telah dilakukan oleh Syeikh Suhaimi.

Pada suatu masa, Syeikh Suhaimi dan beberapa orang dari murid-muridnya sedang membersihkan dan meratakan sebidang tanah untuk mendirikan sebuah mesjid diatasnya,dan juga menggali tanah itu untuk mem­buat kolam bagi mesjid tadi, tiba-tiba salah seorang daripada murid-muridnya itu telah berkata sebagai bergurau-manja kepada Syeikh Suhaimi: "Kalaulah tengah kita haus dan penat ini kita boleh dapat buah anggur, alangkah bagus­nya?" Syeikh Suhaimi pun menjawab: "Betulkah awak semua hendak buah anggur itu sekarang?" Maka iapun berhenti dari membersihkan tanah itu se­bentar lalu menanggalkan songkok putihnya daripada kepalanya dan me­letakkannya terlentang diatas tapak-tangannya. Tiba-tiba songkok itu ke­lihatan penuh dengan buah anggur, lalu dengan tidak menunggu lagi iapun membahagi-bahagikan buah anggur itu-yang rasanya sungguh manis dan lazat-kepada mereka sekalian yang sedang bekerja membersihkan tanah itu.

PERARAKAN YANG DILARANG MENUNTUNNYA.
Ketika Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) menginap buat sementara di-Kampung Marikan, Batu Tiga, Serangoon Road, Singapura, tiba­ tiba pada suatu petang ia telah berkata begini: " Nanti malam ada perarakan di-Jalan Seranggoon ini, tetapi kamu semua jangan keluar menuntunnya." Ahli rumahnya dan murid-muridnya telah berasa hairan mendengarkan per­kataannya itu (iaitu suatu perarakan akan diadakan pada malam itu tetapi mereka dilarang pergi menuntunnya).

Rupa-rupanya pada malam itu, lebih-kurang pada tengah malam, bagi mereka yang belum tidur atau mereka yang tersedar daripada tidur, maka tiba-tiba kedengaranlah bunyi tembak-menembak. Setelah itu pada siangnya dapatlah diketahui bahawa suatu rompakan bersenjata telah berlaku di­kawasan Geylang, lalu perompak-perompak itu telah lari dan dikejar oleh pihak Polis sambil kedua-dua pihak itu bertembak-menembak. Perompak­perompak itu telah lari mengikut Paya Lebar Road, Macpherson Road dan terus ke-Seranggoon Road berhampiran dengan rumah kediaman Syeikh Suhaimi itu. Perompak-perompak itu telah terus dikejar dan akhirnya telah ditangkap.

Selepas kejadian itu maka ahli-ahli rumahnya dan murid-muridnya telah fahamlah tentang perarakan yang dimaksudkan itu dan mengapa me­reka dilarang pergi menuntunnya.

KUDA BOLEH BERKATA-KATA.
Pada suatu hari Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah berkata kepada murid-muridnya: "Tidak berapa lama lagi kamu semua akan berjumpa den­gan kuda yang pandai bercakap." Murid-muridnya terperanjat dan hairan mendengarkan yang demikian itu, lalu mereka berasa sangat ingin hendak bertemu dan melihat kuda yang pandai bercakap itu. Tidak berapa lama ke­mudian daripada itu, buat pertama kali, kereta 'beca' telah dibawa dari Negeri Cina dan digunakan di-Singapura. Sedia maklum bahawa kereta beca itu ber­jalan dengan ditarik daripada depannya oleh seorang Cina, sama sebagaimana seekor kuda menarik kereta. Diwaktu itu murid-murid Syeikh Suhaimi ter­ingatlah dan fahamlah tentang ramalan Syeikh Suhaimi bahawa mereka akan berjumpa dengan kuda yang pandai bercakap.

MERAMPAS ANAK ANGKAT.
Pada suatu masa yang lain pula maka seorang wanita dari Johor yang di dalam pertengahan umurnya, bekas isteri seorang Tengku, telah datang menghadap Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) di-Singapura dan menyatakan bahawa ketika ia masih menjadi isteri Tengku itu ia telah mengambil seorang anak kecil yang berketurunan Raja sebagai anak angkatnya dengan per­setujuan penuh daripada kedua ibu-bapa anak itu.

Tetapi apabila anak itu sudah besar sedikit dan boleh berkata-kata dan wanita itu pula sudah menjadi janda dengan sebab kematian suaminya (iaitu Tengku) itu, tiba-tiba ibu asal bagi anak itu telah mengambil anak itu semula dengan secara paksa daripada emak angkatnya tadi. Oleh kerana ibu asalnya itu berpengaruh kuat di-Johor, maka emak angkat itu tidaklah berani hendak membuat apa-apa secara terang-terang untuk hendak mencuba meminta anak angkatnya itu kembali kepadanya. Didalam keadaan hal ke­bingungannya itu, tiba-tiba ada seorang kenalannya telah menasihatkannya supaya ia pergi berjumpa Syeikh Suhaimi untuk meminta pertolongan di­dalam perkara itu.

ARAHAN SYEIKH SUHAIMI KEPADA WANITA ITU.
Setelah mendengar pengaduan wanita itu maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah menyuruh wanita itu sebagaimana berikut: "Ce' keluarlah daripada rumah sebelum pukul tujuh pagi pada hari Rabu, sekian haribulan, dan jangan iengah terus pergi kesekian julun disekian tempat dan lunggu di situ. Perhatikan kereta yang datang daripada arah sekian. Nanti. Ce' akan nampak kereta kepunyaan mereka datang. Tahanlah sahaja kereta itu nes­caya ia akan berhenti, dan anak itu ada didalamnya. Ce' jangan lengah-lengah ambil sahaja anak itu dan terus bawanya ke-Singapura, dan biarkan dia diam di-Singapura. "

Wanita itu telah menurut betul-betul sebagaimana yang telah disuruh oleh Syeikh Suhaimi itu, dan ia dapati kemudiannya bahawa apa yang telah dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu tepat berlaku dengan sepenuhnya sehingga ia telah berjaya membawa anak angkatnya itu ke-Singapura dengan selamatnya. Dan wanita itu kemudian telah berkata bahawa suatu perkara yang sangat menghairankannya didalam peristiwa mengambil anak angkatnya itu ialah bahawa apabila ia mengambil anak angkatnya itu daripada pangkuan ibu asalnya didalam kereta itu, maka ibunya itu telah terdiam sahaja dengan tidak membuat apa-apa dan tidak juga berkata apa-apa pun.

Ada orang-orang menuduh bahawa Syeikh Suhaimi boleh menelah perkara-perkara atau kejadian yang belum berlaku itu adalah satu hal yang karut dan syirik, kerana, kata mereka, Tuhan sahaja yang tahu kejadian­kejadian yang belum berlaku, sebagaimana firmanNya didalam Al-Quran

Ertinya : "Katakanlah, hai Muhammad, kepada mereka : 'Tiada siapa pun mengetahui perkara yang ghaib dilangit dan dibumi melainkan Allah."'

Kita jawab : Allah Ta'ala ada berfirman juga didalam Al Quran :

Ertinya : " . . . . dan mereka tidak boleh mengetahui apa-apa dari 'ilmu Tuhan kecuali apa yang Dia HENDAK memberitahu kepada mereka," (iaitu mereka boleh mergetahui sesuatu perkara yang ghaib atau sesuatu kejadian yang belum berlaku jika Allah Ta'ala hendak memberitahunya ke. pada mereka).

MENGHALAU PENGACAU RUMAH.
Pada suatu masa sebuah rumah yang tiga tingkat di-Jalan Sultan, Sing­apura, telah dikacau atau diganggu oleh suatu keadaan ganjil dan menakut­kan. Orang-orang yang tidur disitu kerapkali apabila bangun daripada tidur telah dapati diri mereka berada ditepi longkang disebelah jalan besar yang ada dihadapan rumah itu. Beberapa bomoh telah dipanggil untuk mengatasi perkara itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya Syeikh Suhaimi telah diundang dan ia telah dapat menghapuskan kejadian yang tersebut itu.

SYEIKH SUHAIMI SAKIT TENAT?
Pada suatu masa sedang Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ber­ada di-Kelang, Selangor, tiba-tiba ia telah tidak sedar dan tidak bergerak­ gerak seolah-olah seperti seorang yang sakit tenat. Walaupun berbagai-bagai ikhtiar telah dibuat untuk menyembuhkannya namun tidak memberi bekas apa-apa. Tetapi setelah tiga hari berada didalam keadaan yang tersebut itu tiba-tiba ia telah sedar dan pulih seperti sediakala, hanya diketika itu ada se­tengah murid-muridnya dapat memerhatikan satu tanda bekas luka yang baharu pada lengan kanan Syeikh Suhaimi itu. Bagaimanapun maka hal itu tidaklah ada sesiapa yang hendak mengambil tahu lebih jauh lagi, lalu per­kara itupun senyaplah begitu sahaja dan telah dilupakan.

Tetapi selepas beberapa minggu kemudian, pada suatu hari Juma'at apabila Syeikh Suhaimi menjadi imam di-Masjid Ma'ruf (Singapura) itu maka ada beberapa orang telah melihat seorang India IsIam (yang sedang hadhir untuk sembahyang Juma'at disitu) telah berpindah-pindah tempat didalam masjid itu sambil ia memerhatikan bersungguh-sungguh kepada Syeikh Suhaimi yang sedang membaca khutbah Juma'at pada ketika itu.

MASIH MEMERHATIKAN.
Maka sesudah sembahyang Juma'ai itu Syeikh Suhaimi (hafizah - Ullah) pun mengajarlah sebagaimana biasa akan orang ramai seperti yang telah tersebut dahulu itu. Tetapi rupa-rupanya orang India tadi masih ada duduk diantara mereka yang hadhir di-majlis itu, dan ia masih juga memer­hatikan wajah Syeikh Suhaimi dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya ada seorang murid Syeikh Suhaimi telah bertanya kepada orang India itu tentang halnya yang ganjil tadi, iaitu apa sebabnya ia ber­sungguh-sungguh memerhatikan Syeikh Suhaimi dengan tidak sudah-sudah itu. Iapun telah menjawab bahawa ketika ada pergaduhan besar di-India di­antara orang-orang Islam dan Hindu beberapa minggu yang lalu maka ia telah melihat dengan sah dan jelas bahawa Syeikh Suhaimi itulah salah seorang yang bersama-sama telah berjuang membela orang-orang Islam didalam per­gaduhan itu. Kemudian bukan itu sahaja; apabila murid-murid Syeikh Su­haimi mengira masa pergaduhan di-India itu maka didapatilah bahawa per­gaduhan itu telah berlaku tepat pada sama satu masa yang didalamnya Syeikh Suhaimi berada didalam keadaan yang tidak sedar itu.

MARILAH RENUNGKAN PERKARA INI.
Cubalah pembaca-pembaca sekalian renungkan hal ini. Apakah erti­nya? Pada mana itu tiada sesiapa yang mahu menanyakan perkara itu kepada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) , tetapi sudah nyatalah sekarang ba­hawa pada masa berlakunya pergaduhan itu di-India sebagaimana yang telah tersebut dahulu itu maka suatu kejadian yang sungguh pelik telah berlaku terhadap diri Syeikh Suhaimi, iaitu dirinya atau tubuhnya itu telah ternam­pak seolah-olah sakit atau pengsan dan terbaring di Kelang, padahal diwaktu itu juga ia sedang berada di-India berjuang membela orang-orang Islam di­dalam pergaduhan yang telah tersebut itu. Dan daripada hal ini jusa maka dapatlah kita faham tentang timbulnya tanda luka pada lengan kanannya itu setelah ia sedar daripada "sakitnya" itu.

ADA DI-DUA TEMPAT PADA SAMA SATU MASA.

Menurut kenyataan Saiyid Muhammad Nun bin Saiyid Hasan Al-Attas, iaitu salah seorang murid Syeikh Suhaimi yang karib padanya, bahawa Sy­eikh Suhaimi (hafizah-Ullah) banyak kali telah berulang-alik diantara Sing­apura dan Jawa didalam masa yang sebentar sahaja dengan tidak menaiki apa-apa kenderaan, serta membawa balik bersama-samanya barang-barang yang tertentu, bahkan ada masanya Syeikh Suhaimi sendiri memberitahu bahawa ia baharu pergi menziarah Sultan Solo yang pada masa itu menjadi Raja di-Jawa. Dan Sultan Solo itu pula dikatakan oleh orang bahawa dia adalah seorang Wali-Ullah, kerana baginda ialah seorang yang sangat salih serta ternampak padanya berbagai perkara-perkara yang ganjil.

Dan pada ketika Sultan Solo itu mangkat maka ada orang yang telah kenal baik dengan Syeikh Suhaimi berkata bahawa ia telah nampak Syeikh Suhaimi ada bersama-sama orang-orang yang menghantar jenazah baginda ke-kuburnya di-Jawa itu, padahal diketika itu juga murid-murid Syeikh Su­haimi tahu dan nampak bahawa Syeikh Suhaimi ada di-Singapura menjadi imam dan mengajar murid-muridnya seperti biasa.

ADA DI-TIGA TEMPAT PADA SAMA SATU MASA.
Seorang murid Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang dikenali dengan gelaran Wak Saniman, seorang penghulu yang tinggal di-Parit Saniman, Pon­tian, Johor , telah menceritakan satu kejadian mengenai Syeikh Suhaimi be­gini: Pada suatu masa, di-Singapura, Syeikh Suhaimi telah menyuruh salah seorang muridnya pergi kesuatu tempat yang tertentu di-Pasir Panjang pada jam satu malam tepat kerana Syeikh Suhaimi hendak menemuinya disana. Tetapi Syeikh Suhaimi telah menyuruh juga seorang muridnya yang lain pergi kesuatu tempat yang tertentu di-Geylang pula pada jam satu malam tepat juga kerana ia hendak menjumpainya disitu. Bahkan bukan setakat itu sahaja kerana ia telah menyuruh muridnya yang lain lagi supaya pergi ke­suatu tempat di-Bukit Timah pada jam satu malam tepat juga kerana ia hen­dak menjumpai murid ini disana. Dengan sebab suruhan yang ganjil ini maka timbul tanda tanya: Adakah Syeikh Suhaimi hendak bergurau-gurau sahaja dengan murid-muridnya? Bagaimanakah ia boleh berada di-tiga tempat pada sama satu masa?

Murid-murid yang bertiga orang tadi telah mematuhi suruhan Syeikh Suhaimi itu. Kemudiannya tiap-tiap seorang daripada mereka telah menyata­kan bahawa tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu maka tiap-tiap seorang daripada mereka telah betul ditemui oleh Syeikh Suhaimi pada tempat-tempat yang dijanjikan itu pada jam satu malam tepat. Ketika berjumpa dengan Syeikh Suhaimi itu maka tiap-tiap seorang dari mereka te­lah diberi nasihat dan lain-lain perkara oleh Syeikh Suhaimi.

Wak Saniman tadi telah ditanya tentang apakah sebab atau tujuan Syeikh Suhaimi melakukan perkara yang tersebut, iaitu menampakkan diri­nya pada tiga tempat yang berlainan kepada tiga orang muridnya didalam sama satu masa. Dijawab oleh Wak Saniman lebih-kurang bahawa pada masa itu ada setengah-tengah muridnya suka bertengkar-tengkar diantara satu dengan lain didalam beberapa perkara yang tertentu, dan apabila dinasihat­kan oleh Syeikh Suhaimi supaya ditinggalkan pertengkaran-pertengkaran yang seperti itu maka mereka nampaknya masih cuai hendak menurut nasi­hat itu dengan penuh. Maka dengan ditunjukkan kelebihan yang tersebut itu mereka telah lebih sedar akan hal guru mereka dan berasa insaf akan ke­lakuan mereka yang kurang elok yang telah ditegurkan oleh guru mereka itu. Lalu mereka pun telah menerima teguran atau nasihat itu, dan selepas itu maka pertengkaran-pertengkaran yang tersebut tadi telah tidak berlaku lagi

Tetapi rasanya ada lagi lain sebab Syeikh Suhaimi menunjukkan ke­lebihannya yang baru tersebut itu sebagaimana akan datang perkara itu.

BERADA DI-MEKAH DAN SINGAPURA PADA SATU MASA.
Satu kejadian yang seperti itu juga telah diceritakan oleh salah seorang murid Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) begini: Murid itu telah pergi men­gerjakan Haji di-Mekah. Sedang ia duduk didalam Almasjidil-Haram membaca "Aurad" yang termaklum itu (dengan tidak menggunakan bijian tasbih) tiba­tiba ia melihat Syeikh Suhaimi datang kepadanya lalu berkata lebih-kurang begini: Dimana tasbih awak?" Dijawab oleh murid itu: "Saya tidak ada tasbih. penembahan. " Disahut oleh Syeikh Suhaimi: " Kalau tidak ada tasbih bagaimana awak boleh menghitung bilangan bacaan-bacaan awak itu? Nah. ambillah tasbih saya ini." Lalu Syeikh Suhaimi pun menghulurkan tasbihnya itu kepada muridnya tadi. Tasbih itu berwarna hitam, dan banyak diantara murid-murid Syeikh Suhaimi kenal akan tasbihnya itu. Dan setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun berjalanlah meninggalkan murid tadi.

Kemudian, apabila murid itu balik ke-Singapura maka ia dapati baha­wa Syeikh Suhaimi sudah pun ada di-Singapura. Lalu murid tadi berkatalah kepada murid-murid lain: " Kiahi Agung rupanya baharu-baharu ini naik Haji. Aku jumpa dia di-Mekkah didalam Masjid- Haram." Dijawab oleh kawan-ka­wannya itu: "Tctapi Kiahi Agung sepanjang musim Haji yang baharu lepas ini ada di-Singapura, kerana tiap-tiap hari dia telah mengajar seperti biasa dan tiap-tiap hari juga ia telah menjadi imam di-Masjid ala'ruf." Lalu muridnya yang baharu balik dari Mekah itu telah menunjukkan tasbih yang telah diberikan kepadanya oleh Syeikh Suhaimi didalam Masjid-Haram itu, dan se­tengah daripada murid-muridnya yang melihat tasbih itu kenallah dengan segera bahawa tasbih itu memang benar dulunya kepunyaan Syeikh Suhaimi. Maka inilah lagi satu contoh kejadian yang menunjukkan bahawa Syeikh Suhaimi boleh berada di-dua tempat pada sama satu masa.

BUAH KERAS YANG BERAPI.
Pada suatu hari Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah hadhir didalam satu majlis di-Singapura. Dan hadhir bersamanya ialah besannya, iaitu Kiahi Yusuf, yang dimasa itu ialah yang menjadi ketua Tarikat Nakhsyabandiah di­Singapura Tiba-tiba didalam majlis itu ada seorang mengeluarkan sebiji buah keras pada sakunya lalu dengan tersenyum-senyum iapun menggenggam buah keras itu didalam tangannya dan buah keras itupun pecah dengan mudah sa­haja. Bunyi pecahnya itu kuat dan menarik perhatian. Orang itu telah men­geluarkan lagi beberapa buah keras daripada sakunya dan telah memecahkan­nya lagi dengan cara yang telah tersebut itu juga.

Buah keras memanglah keras, dan itulah sebab diberi nama begitu, dan memang susah hendak dipecahkan apatah lagi dengan digenggam sahaja di­dalam sebelah tangan. Orang-orang yang hadhir fahamlah dengan nyata ba­hawa orang itu memang hendak menunjuk-nunjukkan kehandalannya itu kepada mereka.

Setelah ia memecahkan buah keras itu beberapa biji, tiba-tiba Syeikh Suhaimi pun mengeluarkanlah juga sebiji buah keras daripada sakunya lalu meletakkannya dihadapan orang tadi dan mempelawanya memecahkan buah keras itu. Tiba-tiba kelihatan buah keras itu menyala dan berapi. Orang itu telah terkejut melihat yang demikian, tetapi supaya tidak malu maka iapun terpaksalah rnencekut juga buah keras yang sedang menyala itu. Tetapi ia telah mengadoi dalam kesakitan ketika menggenggam buah keras itu dan ia segera melepaskannya daripada tangannya. Tapak tangannya menjadi merah dan bengkak dan orang itu nyatalah didalam kesakitan.

Maka Syeikh Suhaimi Ialu memandang kepada besannya, Kiahi Yusuf, iaitu ketua Tarikat Nakhsyabandiah di-Singapura pada ketika itu sebagai­mana telah tersebut dahulu. Kiahi Yusuf lalu menganggukkan kepalanya dan iapun meminta segelas air sejuk daripada tuan rumah. Setelah dijampinya iapun memberi air itu kepada orang yang sedang kesakitan tadi, maka tidak lama selepas itu orang itupun tenang dan kesakitannya telah hilang.

PUASA SEHARI LEBIH DAHULU.
Seorang yang bernama Radin Kassim yang tinggal di-Fernhill Road atau Wayang Satu dan selalu sembahyang Juma'at di-Masjid Ma'ruf telah menceritakan bahawa Syeikh Suhaimi memanglah memulakan puasa Rama­dhan tiap-tiap tahun dengan hisab. Dari itu ia puasa, biasanya, sehari lebih dahulu daripada orang ramai dan ia berhari-raya sehari lebih dahulu daripada mereka, kerana mereka berpuasa dengan Ro'yah (iaitu melihat anak bulan). Perbuatan Syeikh Suhaimi tadi memanglah diikuti oleh murid-muridnya sekalian

Setengah-setengah dari orang ramai tadi telah tidak senang hati ter­hadap perjalanan Syeikh Suhaimi berpuasa dan berhari-raya sehari terdahulu daripada mereka itu. Laiu mereka telah mengadukan perkara itu kepada Kadhi Besar yang pula telah menyampaikan pengaduhan itu kepada Setia­usaha Tanah Jajahan British yang pada masa itu ialah "Tuan Farrer". Hingga sekarang namanya itu masih diingati dengan "Farrer Park", "Farrer Road" dan lain-lain lagi.

SYEIKH SUHAIMI DIUNDANG.
"Tuan Farrer" telah mengundanglah Syyeikh Suhaimi supaya menemui­nya untuk hendak menanyakan perkara itu. Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah menunaikan undangan itu dan ia telah menerangkan sebab-sebab ia ber­puasa dan berhari-raya dengan Hisab dan dengan mendahului sehari daripada orang ramai. Sebabnya ia berpuasa dengan Hisab ialah supaya ia dapat puasa penuh atau cukup sepanjang bulan ramadhan itu. Jika ia puasa dengan Ro'­yah maka biasanya puasa itu terlambat sehari, sedangkan tiap-tiap hari di­dalam bulan Ramadhan itu kelebihannya terlalu banyak bagi orang yang mempuasakannya. Dari itu jika "tercicir" satu hari daripadanya maka tentu­lah terlalu banyak pula kerugian bagi orang yang tidak mempuasakannya itu.

Begitu juga jika dengan Ro'yah maka boleh jadi seorang berpuasa pada akhir Ramadhan sedangkan pada hakikatnya boleh jadi hari itu sudah masuk awal Syawal, maka jika begitu nescaya kelebihannya sangat kurang daripada jika hari itu masih betul tiga puluh hari bulan Ramadhan.

Tuan Farrer itupun menanya lagi kepada Syeikh Suhaimi tentang ba­gaimana ia dapat percaya bahawa ia boleh mengira awal Ramadhan itu den­gan tepat? Adakah ia seorang ahli Falak yang mahir? Dijawab oleh Syeikh Suhaimi dengan rengkas bahawa ia dari sekarang juga boleh kira awal Rama­dhan tiap-tiap tahun dengan tepat walaupun hingga seratus tahun akan datang.

TELAH MENYELIDIK LEBIH DAHULU.
Tuan Farrer tadi, sebelum ia hendak menjumpai Syeikh Suhaimi (hafi zah-Ullah) maka terlebih dahulu ia telah menanyakan hal-hal Syeikh Suhai­mi itu daripada berapa orang yang tertentu, dan ia telah diberitahu bahawa Syeikh Suhaimi itu perkataannya semua tepat dan benar.

Setelah mendengar jawapan Syeikh Suhaimi sebagaimana yang telah tersebut diatas tadi maka iapun berkatalah kepada Syeikh Suhaimi: "Baiklah, saya mahu cuba perkataan tuan haji tadi dengan satu ujian."

Tuan Farrer dan beberapa orang yang termuka bersama-sama Syeikh Suhaimi telah menaiki sebuah motor-bot besar lalu belayar sehingga sampai kesuatu tempat yang jauh juga daripada pelabuhan. Disitu motor-bot itupun berlabuh Ialu Tuan Farrer berkatalah kepada Syeikh Suhaimi: ' Jaya mahu campakkan sebiji batu kedalam air sekarang dan saya mahu tuan hati beri­tahu kepada saya bilamana sampainya batu itu dibawah laut dan berapa da­lam pula laut disitu." Tuan Farrer pun mencampakkan batu itu kedalam laut. Pada ketika itu juga Syeikh Suhaimi pun dilihat mulalah menghitung jari-jari tangannya. Kemudian iapun berkata: "Batu itu sekarang sudah sam­pai dibawah laut dan dalamnya laut itu disini ialah seratus kaki."

Tuan Farrer pun menyuruhlah seorang kelasi motor-bot itu supaya mengukur dengan alat yang tertentu (iaitu satu jenis tali yang digantungkan timah dihujungnya) akan dalamnya laut disitu. Kelasi itu telah segera me­nurut arahan Tuan Farrer tadi, lalu ia menyatakan bahawa dalamnya laut disitu ialah benar seratus kaki. Untuk lebih sah perkara itu maka Tuan Farrer telah menyuruh lagi seorang kelasi lain supaya sekali lagi mengukur dalam­nya laut tadi, dan kelasi yang kedua ini juga mengesahkan bahawa laut itu benar seratus kaki dalamnya.

Apabila telah nyata yang demikian itu kepada Tuan Farrer maka iapun terus memeluk Syeikh Suhaimi, dan kemudian iapun berkata: "Saya rasa tuan haji boleh dapat tahu awal bulan puasa dengan betul. Cuma saya harap jika tuan haji dan murid-murid tuan haji berhari-raya lebih dahulu daripada orang-ramai janganlah nampak-nampakan hal itu kepada mereka."

MENGHILANGKAN DIRI.
Telah dikhabarkan oleh seorang muria Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang bernama Haji Abdul Hamid bin Mirhani (yang pada satu masa dahulu pernah menjadi imam Masjid Taqwa di-Geylang) bahawa Syeikh Suhaimi telah berkata kepada murid-muridnya di-Singapura supaya jangan mencarinya selepas sembahyang Maghrib sehingga sembahyang Isya'selama beberapa hari. Kata Haji Abdul Hamid itu lagi bahawa ia sendiri dan lain-lain murid Syeikh Suhaimi telah menyaksikan bahawa tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib didalam beberapa hari yang tersebut itu, sedang Syeikh Suhaimi duduk dihadapan mereka ditepi mihrab (tempat imam) di-Masjid Ma'ruf itu tiba-tiba ia ghaib (hilang) daripada penglihatan mereka. Kemudian Syeikh Suhaimi akan kelihatan semula pada ketika bilal membaca Iqamah untuk sembahyang Isyak

WALI-ULLAH.
Pendeknya banyaklah lagi kejadian-kejadian yang ganjil dan menghai­rankan telah berlaku pada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ataupun telah dilakukan olehnya yang tidaklah dapat dimuatkan didalam kitab yang kecil ini. Bagaimanapun, daripada kejadian-kejadian yang telah tersebut itu maka murid-muridnya telah yakin dengan tiada syak bahawa Syeikh Suhaimi ialah seorang Wali-Ullah.

"SERU NAMA AKU"
Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah berpesan dan juga memberitahu keluarganya dan murid-muridnya bahawa jika sesiapa diantara mereka me­nemui sesuatu bahaya atau kesusahan atau ada sesuattu hajat maka mereka serulah namanya, insya'Allah ia akan menolong mereka. Pesanan Syeikh Suhaimi ini telah diikuti oleh keluarganya dan murid-muridnya. Maka seruan itu telah berhasil pada umumnya dengan syarat bahawa orang yang me­mohon pertolongan itu hendaklah menurut titah perintah Allah s.w.t., dan menjauhkan larangan-laranganNya serta tidak cuai mengamalkan amalan. amalan yang telah diijazahkan kepadanya oleh Syeikh Suhaimi.

Pesanan yang seperti ini tidaklah berbeza dari kebanyakan Tarikat­ tarikat lain yang hak, kerana pengasas-pengasas Tarikat-tarikat yang lain itu juga ada berpesan seperti itu kepada murid-murid atau pengikut-pengikut mereka.

TEBU LEMBUT SEPERTI KAPAS.
Pada suatu masa beberapa orang murid-murid Syeikh Suhaimi telah sesat didalam sebuah hutan ketika hendak mendaki Gunung Pondok (Gu­nung Berapit) di-negeri Perak, lalu mereka telah berasa terlalu dahaga. Me­reka pun teringat akan pesanan Syeikh Suhaimi yang baharu tersebut tadi, lalu mereka pun menyeru namanya dan meminta pertolongan supaya di­dapati air untuk minum dan juga supaya ditunjukkan jalan untuk selamat daripada kesesatan itu. Tiba-tiba tidak berapa lama selepas itu mereka telah menjumpai serumpun pokok tebu, lalu mereka pun terus mematahkannya. Mereka dapati bahawa tebu itu mudah sahaja dipatahkan serta isi tebu itu lembut seperti kapas dan rasanya pula lebih manis daripada tebu biasa. Dan selepas itu mereka pun menjumpai jalan, dan mereka telah selamat.

TERLUPA MEMBAWA WANG TAMBANG.
Dilain masa pula ada seorang muridnya disalah sebuah kampung hen­dak belayar menaiki kereta-api. Apabila ia tiba diperhentian kereta-api itu tiba-tiba ia dapati wangnya telah tertinggal. Kalaupun ia hendak balik ke­rumahnya untuk mengambil wangnya itu maka rumahnya itu jauh, padahal masa kereta-api itu tiba sudah hampir dan ia mesti menaiki kereta-api itu un­tuk menghasilkan tujuannya. lapun teringat akan pesanan Syeikh Suhaimi itu, lalu apabila ia telah berada didalam kereta-api tadi maka iapun menyeru Syeikh Suhaimi untuk meminta pertolongan. Maka tukang tiket kereta-api itu nampaknya tidak melihat akan dia dan tidaklah meminta wang tambang itu daripadanya.

UNTUK OBATAN.
Begitu juga banyak daripada murid-muridnya apabila terkena sesuatu penyakit, mereka segera menyeru kepadanya meminta supaya disembuhkan penyakit itu maka biasanya penyakit itu telah sembuh. Bahkan banyak dari­pada murid-muridnya itu telah mengubatkan orang-orang lain dengan men­yeru nama Syeikh Suhaimi dan meminta pertolongan daripadanya maka pada umumnya permintaan mereka telah berhasil dan berjaya.

SILAT DAN MENJAGA DIRI.
Bahkan hingga sekarang, dengan cara dan syarat yang tertentu maka ribuan pemuda (dan pemudi juga) boleh bermain pencak atau silat dengan gaya yang istimewa, iaitu tanpa guru yang zahir; hanya dengan membaca be­berapa potongan ayat AI-Quran dan Selawat Nabi s.a.w. dan kemudian men­yeru nama Syeikh Suhaimi dan meminta supaya dia mengajarkan mereka bermain pencak itu. Dan begitu juga ramai daripada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang tersebut itu telah dapati diri mereka terselamat dan terlepas daripada berbagai-bagai bahaya termasuk bahaya senjata dengan se­bab mengambil ayat-ayat Al-Quran yang tertentu daripada wakil-wakil Syeikh Suhaimi dan membacanya selepas sembahyang serta menyeru kepada Syeikh Suhaimi untuk menolong mereka ketika didalam bahaya itu. Dan disyaratkan lagi oahawa mereka rnendapat IjaZah daripada wakil wakil itu.

Pendeknya banyaklah lagi pengalaman-pengalaman yang ganjil yang didapati oleh murid-murid Syeikh Suhaimi itu apabila mereka menyeru na­manya untuk menghasilkan sesuatu hajat yang tertentu.

Maka dengan sebab itu, iaitu meminta pertolongan kepada Syeikh Suhaimi, datanglah tuduhan daripada orang-orang yang berfahaman Wahabi bahawa perbuatan itu "syirik" (kafir) kerana menyekutukan Syeikh Suhaimi dengan Allah Ta'ala. Disini eloklah diberitahu bahawa saya nyatakan bahawa saya sudah menyusun sebuah kitah yang bertajuk "Hakikat Syirik" (atau "Apa itu syirik?") untuk menjawab tuduhan itu.

dipetik dari

wassalam

No comments: