HENDAK PERGI LAMA (DENGAN CARA GHAIB).
Setelah segala yang tersebut itu maka pada suatu hari Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah memanggil setengah-tengah keluarganya dan beberapa orang murid-muridnya yang karib untuk berunding. la telah berkata kepada mereka bahawa masanya sudah sampai untuk ia "GHAIB" daripada mereka. Tetapi ia bukan mati kerana ia akan kembali semula.
Selain daripada itu maka ia juga telah menerangkan kepada mereka tentang mengapa ia akan ghaib itu, kemana ia akan pergi, dan mengapa pula ia akan kembali semula; dan siapa ia akan jadi, dan lain-lain perkara lagi.
Dan ia berkata lagi bahawa siapa yang panjang umur akan melihat dan menjumpainya lagi. Kemudian Syeikh Suhaimi telah mengingatkan mereka bahawa satu daripada tanda-tanda yang penting untuk mengenalkan dia apabila ia kembali semula nanti ialah sebijik tahi-lalat hidup yang ada pada tempat yang tertentu dipipi kanannya, dan ia berpesan kepada mereka supaya jangan memberitahu kepada sebarang orang tentang tempat yang tepat bagi tahi-lalat tadi kecuali kepada keluarganya dan murid-muridnya yang sudah lama dan tekun mengamalkan amalan-amalannya serta sudah nyata kejujurannya.
Maka oleh kerana ia tidak lama lagi akan "GHAIB" itu padahal ia bukan mati dan akan kembali semula, iapun telah berunding dengan mereka yang hadhir sebagaimana telah tersebut tadi tentang apakah cara yang baik sekali ia meninggalkan mereka. Adakah lebih baik ia pergi dengan menghilangkan dirinya begitu sahaja, ataupun ia pergi dengan meninggalkan sesuatu yang nampaknya sahaja sebagai jasadnya untuk menggantikan dirinya yang sebenar itu (iaitu dinampakkan sahaja seolah-olah ia mati)? .
Setelah berunding maka keputusan yang telah diambil ialah: Syeikh Suhaimi janganlah pergi dengan ghaib atau hilang begitu sahaja, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan salah-sangka atau tuduhan dari orang ramai atau jiran-jiran atau lain-lainnya bahawa Syeikh Suhaimi boleh jadi sudah dibunuh atau dicolek atau sebagainya, dan ini pula pasti akan mendatangkan fitnah dan kesusahan dengan pihak polis. Dari itu maka yang eloknya ialah Syeikh Suhaimi pergi dengan meninggalkan sesuatu yang dinampakkan sebagai jasadnya untuk menggantikan dirinya yang sebenar itu.
"MENINGGAL"
Tiada beberapa hari selepas rundingan yang tersebut itu maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) pun "meninggallah" di-Kampung Teluk Pulai, Kelang, Selangor, pada Ahad, 21 haribulan Rejab, tahun 1343 Hijrah, bersamaan dengan tahun 1925 Masihi, dan "ganti" Syeikh Suhaimi itu telah dikebumikan di-tanah perkuburan Kelang.
Nyatalah boleh difaham daripada apa yang telah tersebut tadi iaitu perundingan yang telah tersebut itu bahawa Syeikh Suhaimi belum wafat.
SATU BUKTI LAGI.
Selain daripada perundingan yang telah tersebut tadi yang menunjukkan Syeikh Suhaimi belum mati, maka dikemukakan lagi beberapa kejadian yang menguatkan hakikat itu, iaitu seperti berikut
Haji Mansor bin 'Umar (yang pada masa ditulis tulisan ini berdiam di Kampung Skudai, Johor, telah berkata kepada saya (Taha Suhaimi) bahawa ia telah diberitahu oleh Kiyahi Fadhli Bin Syafi'i (iaitu salah seorang dari Khalifah Syeikh Suhaimi, dan ia baharu meninggal di Pontian, Johor), bahawa pada masa Syeikh Suhaimi berdiam di Teluk Pulai, Kelang, itu maka Kiyahi Fadhli tadi kebetulan telah pergi ke Port Swettenham (yang sekarang di namakan Pelabuhan Kelang) kira-kira 3 kilometer jauhnya daripada Teluk Pulai itu, tiba-tiba ia telah berjumpa dengan Syeikh Suhaimi disana, dan dengan tiba-tiba juga Syeikh Suhaimi telah menyuruh Kiyahi Fadhli segera pergi ke rumah Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai itu dan lihat apa sedang berlaku disana.
Kiyahi Fadhli pun tidak lingah terus pergi ke rumah Syeikh Suhaimi itu, dan setibanya disana ia telah melihat ramai orang-orang sedang berada di rumah Syeikh Suhaimi itu, lalu ia pun segera bertanya kepada salah seorang yang berada disitu mengapa ada ramai orang di rumah Syeikh Suhaimi itu, lalu telah dijawab oleh orang itu bahawa Syeikh Suhaimi telah meninggal dunia. Kiyahi Fadhli pun terperanjat besar : Baru sahaja ia telah berjumpa Syeikh Suhaimi di Port Swettenham, dan bukan itu saja bahkan Syeikh Suhaimi sendiri yang telah menyuruhnya segera pergi ke rumah Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai itu, dan juga ia telah menyuruh Kiyahi Fadhli lihat apa yang sedang berlaku disitu. Ini bererti bahwa Syeikh Suhaimi yang masih hidup dan sedang berada di Port Swettenham telah menyuruh Kiyahi Fadhli pergi ke rumah Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai untuk menyaksikan bahawa Syeikh Suhaimi telah meninggal pula di Teluk Pulai itu - Syeikh Suhaimi sudah mati dirumahnya di Teluk Puiai tetapi dimasa itu juga ia masih hidup di Port Swettenham. Bagaimanakah kedudukan yang sebenar dalam kejadian itu?
Lalu terlintas pada hati Kiyahi Fadhli bahawa kematian Syeikh Suhaimi di Teluk Pulai itu tidak mungkin berlaku bahkan Syeikh Suhaimi hendak menunjukkan satu bukti bahawa ia belum wafat, dan kematiannya yang dilihat di rumahnya itu adalah sebagai zahir sahaja, bukan hakikat.
Dan kita tentulah masih ingat mengenai perundingan Syeikh Suhaimi yang tersebut dahulu itu yang keputusannya ialah Syeikh Suhaimi akan "ghaib" dan ia belum mati.
Kita juga tentu masih ingat lagi bahawa didalam kitab Sejarah Hi dup Syeikh Suhaimi ini sudah disebutkan bahawa dengan karamahnya ia dapat menampakkan dirinya berada di dua atau tiga tempat pada samasatu masa. Dari itu tentulah ia juga dapat menampakkan "dirinya" sebagai sudah mati pada satu tempat padahal ia masih hidup dan berada ditempat lain.
TINGGAL KAIN KAPAN SAHAJA.
Lagi satu bukti yang menunjukkan bahawa Syeikh Suhaimi belum mati ialah bahawa salah seorang lagi Khalifah Syeikh Suhaimi yang dikenal dengan nama Kiyahi Mustahab telah berkata bahawa ia adalah salah seorang yang telah masuk kedalam lobang lahad (kubur) untuk menerima dan memasukkan 'ma, at' Syeikh Suhaimi kedalam lobang lahad itu. Setelah keranda Syeikh Suhaimi itu diletakkan di tepi lobang lahad tadi, maka tetekala diangkat bahagian atas keranda itu tiba-tiba Kiyahi Mustahab dan orangorang yang ada dekat disitu telah melihat bahawa mayat Syeikh Suhaimi tidak ada disitu, hanya yang ada ialah kain kapan sahaja.
DIKUATKAN OLEH SEORANG LAIN.
Kejadian yang aneh yang baharu tersebut tadi telah disahkan oleh seorang lain sebagaimana berikut :
Pada tahun 1982, ketika saya (Taha Suhaimi) menjadi salah seorang Syeikh Haji Singapura, maka dua orang daripada jemaah-jemaah saya untuk rnenunaikan Haji ke Mekkah ialah Haji Ahmad Bin Haji Bakri dan isterinya Hajjah Ramlah Binti Abdullah dari Johor Bahru. Ketika kembali daripada Mekkah, dengan sebab-sebab yang tertentu mereka telah mengambil ijazah untuk mengamalkan Aurad Muhammadiah itu. Kemudian mereka dapati bahawa emak saudara Haji Ahmad itu yang bernama Sa'udah Binti AbdurRasyid, berdiam di Kampung Bedara Kuning, Batu Pahat, telah berkata bahawa ia dan suaminya Sayuti Bin Abdul-Mu'in juga telah mengamalkan Aurad Muhammadiah itu daripada semenjak adanya lagi Syeikh Suhaimi, dan ia telah berkata lagi bahawa bapa saudaranya yang ia ingat namanya hanya sebagai "Wa'Mail" telah berkata bahawa ketika "mayat" Syeikh Suhaimi itu diusung ke kubur untuk dikebumikan, dan setelah kerandanya diletak ditepi kubur maka ketika bahagian atas keranda itu diangkat tibatiba ia lihat bahawa "mayat" Syeikh Suhaimi tidak ada didalam keranda itu, bahkan yang ada hanyalah kain kapan sahaja, lalu kain kapan itu sahajalah yang telah dikembumikan didalam kubur itu.
Ini lagi adalah satu penyaksian yang menunjukkan bahawa mayat Syeikh Suhaimi itu tidak ada didalam keranda tadi, dan ini pula membuktikan bahawa Syeikh Suhaimi belum mati.
PENGINGATAN.
Saya (Taha) percaya banyak lagi pengikut pengikut dan murid-murid Syeikh Suhaimi yang telah mengusung janazah itu telah dapat melihat dan mengetahui hal itu dan mereka tentulah telah menceritakan peristiwa itu kepada orang-orang lain, tetapi tentulah tiada siapa yang menulisnya dimasa itu, dan` banyak daripada mereka itu talah mati, dan perkara itu telah semakin senyap dan dilupakan lalu hilang kecuali dua-tiga orang sahaja yang masih hidup dan masih ingatkannya, dan dapat menyampaikan berita peristiwa itu kepada sebahagian kecil dari orang-orang kemudian, dan itu pun sudah kabur-kabur sahaja.
MASIH DIJUMPAI LAGI.
Syeikh Khairullah bin Muhammad Suhaimi (anak lelaki yang ketiga bagi Syeikh Suhaimi) telah berkata bahawa walaupun Syeikh Suhaimi sudah "ghaib", tetapi bukti yang. nyata tentang ia masih hidup itu ialah dari semasa kesemasa (tetapi jarang-jarang) ia masih datang menjumpai atau menziarahi Syeikh Khairullah di-Kelang, bahkan ia telah memberi satu ayat Al Qur-an untuk di'amalkan dan dibaca jika bila-bila penting hendak menjumpainya. Tetapi Syeikh Khairullah telah berkata bahawa dimasa kemudian-kemudian ini Syeikh Suhaimi memberitahunya bahawa ia mungkin tidak boleh datang lagi kerana urusannya semakin bertambah dengan sebab masa ia "kembali" itu sudah semakin hampir.
Bagaimanapun, insya'Allah, ia masih tetap dapat menolong akan sesiapa daripada murid-muridnya atau pengikut-pengikutnya yang mahu meminta pertolongan daripadanya dengan secara ghaib atau bathin itu. Bahkan Syeikh Suhaimi telah berkata lagi bahawa satu daripada tanda ia sudah hampir kembali itu ialah semakin ramai "orang-orang ghaib" yang akan datang kepada murid-muridnya dan menghampiri mereka untuk menjaga dan memberi pertolongan kepada mereka dengan syarat mereka memelihara dan menunaikan hukum-hukum Allah serta tekun menjalankan atau mengamalkan bacaan-bacaan yang diambil daripadanya atau daripada wakil-wakilnya.
Sudah diterangkan dahulu mengenai tuduhan bahawa "meminta tolong kepada Syeikh Suhaimi atau lain-lain makhluk itu syirik, iaitu menyekutukan Allah dengan makhluk" maka tuduhan-tuduhan yang seperti itu sudah dijawab didalam sebuah kitab yang bertajuk "Hakikat Syirik" (atau "Apa itu Syirik").
BAGAIMANA IA TAHU?
Tadi sudah dinyatakan bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) belum mati dan ia akan kembali semula sebagai seorang yang berpangkat yang tertentu yang sangat besar. Bagaimanakah ia telah dapat tahu bahawa dirinya akan berpangkat dengan pangkat yang begitu besar? Syeikh Muhammad Khairullah (iaitu seorang anaknya) telah menyatakan bahawa Syeikh Suhaimi telah mengkhabarkan kepadanya bahawa "MAJLIS WALI-WALI" lah yang telah membuat keputusan memilih dan melantiknya untuk menyandang "Jawatan" yang besar itu.
Syeikh Suhaimi telah berkata lagi kepada Syeikh Khairullah bahawa ada beberapa orang telah berusaha untuk hendak mendapatkan "jawatan yang sangat besar itu, tetapi akhirnya Syeikh Suhaimi lah yang telah dipilih dan dilantik untuk menduduki "jawatan" itu.
UMUR SYEIKH SUHAIMI SEKARANG.
Telah dinyatakan pada permulaan kitab ini bahawa Syeikh Suhaimi telah dizahirkan pada tahun 1259 Hijriah, dan ia telah ghaib pada tahun 1343 Hijriah (menyamai 1925 Masihiah) iaitu ketika usianya 84 tahun Hijriah. Dan sekarang (iaitu waktu ditulis tulisan ini) ialah tahun 1410 Hijriah. Dari itu usia Syeikh Suhaimi sekarang ialah lebih-kurang 151 tahun Hijriah. Bolehkan seorang hidup sehingga usia yang seperti itu, dan kalau hidup, bolehkah ia masih sehat dan kuat seperti seorang muda?
JAWAPAN.
Sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Anas Bin Malik telah hidup didalam sehat dan kuat sehingga usianya 146 tahun Hijriah dengan barkat ia mengamalkan ayat AlQur-an yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Demikian juga seorang sahabat yang lain yang bernama Salman AlFarisi telah berusia lebih-kurang seperti Anas Bin Malik juga.
Dan Ashabul-Kahfi (Penghuni-Penghuni Gua) telah masuk kedalam sebuah gua ketika mereka masih muda, lalu mereka telah tertidur didalam gua itu selama 309 tahun. Dan apabila mereka sedar dan bangun daripada tidur itu mereka dapati kemudaan mereka tidak berubah. Riwayat ini ada tersebut didalam AlQur-an pada Surah AlKahfi.
Demikian juga ulama' Ahlis-Sunnah wal Jama'ah percaya bahawa Nabi 'Isa a.s. belum mati walaupun 'umurnya sekarang labih-kurang 1990 tahun Masihiah.
TIDAK MUSTAHIL.
Dari itu tidaklah mustahil bahawa Syeikh Suhaimi, dengan barkat karamahnya, masih hidup sehingga sekarang didalam sehat dan kuat, walaupun usianya sudah lebih-kurang 150 tahun Hijriah.
dipetik dari
TAMAT
wassalam
allahualam
Friday, November 28, 2008
Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (8)
TANDA-TANDA KELEBIHAN SYEIKH SUHAIMI.
Selain daripada kejadian-kejadian yang luarbiasa yang telah tersebut dahulu yang telah berlaku pada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu maka sekarang akan disebutkan lagi beberapa kejadian ganjil yang telah dilakukan oleh Syeikh Suhaimi.
Pada suatu masa, Syeikh Suhaimi dan beberapa orang dari murid-muridnya sedang membersihkan dan meratakan sebidang tanah untuk mendirikan sebuah mesjid diatasnya,dan juga menggali tanah itu untuk membuat kolam bagi mesjid tadi, tiba-tiba salah seorang daripada murid-muridnya itu telah berkata sebagai bergurau-manja kepada Syeikh Suhaimi: "Kalaulah tengah kita haus dan penat ini kita boleh dapat buah anggur, alangkah bagusnya?" Syeikh Suhaimi pun menjawab: "Betulkah awak semua hendak buah anggur itu sekarang?" Maka iapun berhenti dari membersihkan tanah itu sebentar lalu menanggalkan songkok putihnya daripada kepalanya dan meletakkannya terlentang diatas tapak-tangannya. Tiba-tiba songkok itu kelihatan penuh dengan buah anggur, lalu dengan tidak menunggu lagi iapun membahagi-bahagikan buah anggur itu-yang rasanya sungguh manis dan lazat-kepada mereka sekalian yang sedang bekerja membersihkan tanah itu.
PERARAKAN YANG DILARANG MENUNTUNNYA.
Ketika Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) menginap buat sementara di-Kampung Marikan, Batu Tiga, Serangoon Road, Singapura, tiba tiba pada suatu petang ia telah berkata begini: " Nanti malam ada perarakan di-Jalan Seranggoon ini, tetapi kamu semua jangan keluar menuntunnya." Ahli rumahnya dan murid-muridnya telah berasa hairan mendengarkan perkataannya itu (iaitu suatu perarakan akan diadakan pada malam itu tetapi mereka dilarang pergi menuntunnya).
Rupa-rupanya pada malam itu, lebih-kurang pada tengah malam, bagi mereka yang belum tidur atau mereka yang tersedar daripada tidur, maka tiba-tiba kedengaranlah bunyi tembak-menembak. Setelah itu pada siangnya dapatlah diketahui bahawa suatu rompakan bersenjata telah berlaku dikawasan Geylang, lalu perompak-perompak itu telah lari dan dikejar oleh pihak Polis sambil kedua-dua pihak itu bertembak-menembak. Perompakperompak itu telah lari mengikut Paya Lebar Road, Macpherson Road dan terus ke-Seranggoon Road berhampiran dengan rumah kediaman Syeikh Suhaimi itu. Perompak-perompak itu telah terus dikejar dan akhirnya telah ditangkap.
Selepas kejadian itu maka ahli-ahli rumahnya dan murid-muridnya telah fahamlah tentang perarakan yang dimaksudkan itu dan mengapa mereka dilarang pergi menuntunnya.
KUDA BOLEH BERKATA-KATA.
Pada suatu hari Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah berkata kepada murid-muridnya: "Tidak berapa lama lagi kamu semua akan berjumpa dengan kuda yang pandai bercakap." Murid-muridnya terperanjat dan hairan mendengarkan yang demikian itu, lalu mereka berasa sangat ingin hendak bertemu dan melihat kuda yang pandai bercakap itu. Tidak berapa lama kemudian daripada itu, buat pertama kali, kereta 'beca' telah dibawa dari Negeri Cina dan digunakan di-Singapura. Sedia maklum bahawa kereta beca itu berjalan dengan ditarik daripada depannya oleh seorang Cina, sama sebagaimana seekor kuda menarik kereta. Diwaktu itu murid-murid Syeikh Suhaimi teringatlah dan fahamlah tentang ramalan Syeikh Suhaimi bahawa mereka akan berjumpa dengan kuda yang pandai bercakap.
MERAMPAS ANAK ANGKAT.
Pada suatu masa yang lain pula maka seorang wanita dari Johor yang di dalam pertengahan umurnya, bekas isteri seorang Tengku, telah datang menghadap Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) di-Singapura dan menyatakan bahawa ketika ia masih menjadi isteri Tengku itu ia telah mengambil seorang anak kecil yang berketurunan Raja sebagai anak angkatnya dengan persetujuan penuh daripada kedua ibu-bapa anak itu.
Tetapi apabila anak itu sudah besar sedikit dan boleh berkata-kata dan wanita itu pula sudah menjadi janda dengan sebab kematian suaminya (iaitu Tengku) itu, tiba-tiba ibu asal bagi anak itu telah mengambil anak itu semula dengan secara paksa daripada emak angkatnya tadi. Oleh kerana ibu asalnya itu berpengaruh kuat di-Johor, maka emak angkat itu tidaklah berani hendak membuat apa-apa secara terang-terang untuk hendak mencuba meminta anak angkatnya itu kembali kepadanya. Didalam keadaan hal kebingungannya itu, tiba-tiba ada seorang kenalannya telah menasihatkannya supaya ia pergi berjumpa Syeikh Suhaimi untuk meminta pertolongan didalam perkara itu.
ARAHAN SYEIKH SUHAIMI KEPADA WANITA ITU.
Setelah mendengar pengaduan wanita itu maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah menyuruh wanita itu sebagaimana berikut: "Ce' keluarlah daripada rumah sebelum pukul tujuh pagi pada hari Rabu, sekian haribulan, dan jangan iengah terus pergi kesekian julun disekian tempat dan lunggu di situ. Perhatikan kereta yang datang daripada arah sekian. Nanti. Ce' akan nampak kereta kepunyaan mereka datang. Tahanlah sahaja kereta itu nescaya ia akan berhenti, dan anak itu ada didalamnya. Ce' jangan lengah-lengah ambil sahaja anak itu dan terus bawanya ke-Singapura, dan biarkan dia diam di-Singapura. "
Wanita itu telah menurut betul-betul sebagaimana yang telah disuruh oleh Syeikh Suhaimi itu, dan ia dapati kemudiannya bahawa apa yang telah dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu tepat berlaku dengan sepenuhnya sehingga ia telah berjaya membawa anak angkatnya itu ke-Singapura dengan selamatnya. Dan wanita itu kemudian telah berkata bahawa suatu perkara yang sangat menghairankannya didalam peristiwa mengambil anak angkatnya itu ialah bahawa apabila ia mengambil anak angkatnya itu daripada pangkuan ibu asalnya didalam kereta itu, maka ibunya itu telah terdiam sahaja dengan tidak membuat apa-apa dan tidak juga berkata apa-apa pun.
Ada orang-orang menuduh bahawa Syeikh Suhaimi boleh menelah perkara-perkara atau kejadian yang belum berlaku itu adalah satu hal yang karut dan syirik, kerana, kata mereka, Tuhan sahaja yang tahu kejadiankejadian yang belum berlaku, sebagaimana firmanNya didalam Al-Quran
Ertinya : "Katakanlah, hai Muhammad, kepada mereka : 'Tiada siapa pun mengetahui perkara yang ghaib dilangit dan dibumi melainkan Allah."'
Kita jawab : Allah Ta'ala ada berfirman juga didalam Al Quran :
Ertinya : " . . . . dan mereka tidak boleh mengetahui apa-apa dari 'ilmu Tuhan kecuali apa yang Dia HENDAK memberitahu kepada mereka," (iaitu mereka boleh mergetahui sesuatu perkara yang ghaib atau sesuatu kejadian yang belum berlaku jika Allah Ta'ala hendak memberitahunya ke. pada mereka).
MENGHALAU PENGACAU RUMAH.
Pada suatu masa sebuah rumah yang tiga tingkat di-Jalan Sultan, Singapura, telah dikacau atau diganggu oleh suatu keadaan ganjil dan menakutkan. Orang-orang yang tidur disitu kerapkali apabila bangun daripada tidur telah dapati diri mereka berada ditepi longkang disebelah jalan besar yang ada dihadapan rumah itu. Beberapa bomoh telah dipanggil untuk mengatasi perkara itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya Syeikh Suhaimi telah diundang dan ia telah dapat menghapuskan kejadian yang tersebut itu.
SYEIKH SUHAIMI SAKIT TENAT?
Pada suatu masa sedang Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) berada di-Kelang, Selangor, tiba-tiba ia telah tidak sedar dan tidak bergerak gerak seolah-olah seperti seorang yang sakit tenat. Walaupun berbagai-bagai ikhtiar telah dibuat untuk menyembuhkannya namun tidak memberi bekas apa-apa. Tetapi setelah tiga hari berada didalam keadaan yang tersebut itu tiba-tiba ia telah sedar dan pulih seperti sediakala, hanya diketika itu ada setengah murid-muridnya dapat memerhatikan satu tanda bekas luka yang baharu pada lengan kanan Syeikh Suhaimi itu. Bagaimanapun maka hal itu tidaklah ada sesiapa yang hendak mengambil tahu lebih jauh lagi, lalu perkara itupun senyaplah begitu sahaja dan telah dilupakan.
Tetapi selepas beberapa minggu kemudian, pada suatu hari Juma'at apabila Syeikh Suhaimi menjadi imam di-Masjid Ma'ruf (Singapura) itu maka ada beberapa orang telah melihat seorang India IsIam (yang sedang hadhir untuk sembahyang Juma'at disitu) telah berpindah-pindah tempat didalam masjid itu sambil ia memerhatikan bersungguh-sungguh kepada Syeikh Suhaimi yang sedang membaca khutbah Juma'at pada ketika itu.
MASIH MEMERHATIKAN.
Maka sesudah sembahyang Juma'ai itu Syeikh Suhaimi (hafizah - Ullah) pun mengajarlah sebagaimana biasa akan orang ramai seperti yang telah tersebut dahulu itu. Tetapi rupa-rupanya orang India tadi masih ada duduk diantara mereka yang hadhir di-majlis itu, dan ia masih juga memerhatikan wajah Syeikh Suhaimi dengan bersungguh-sungguh.
Akhirnya ada seorang murid Syeikh Suhaimi telah bertanya kepada orang India itu tentang halnya yang ganjil tadi, iaitu apa sebabnya ia bersungguh-sungguh memerhatikan Syeikh Suhaimi dengan tidak sudah-sudah itu. Iapun telah menjawab bahawa ketika ada pergaduhan besar di-India diantara orang-orang Islam dan Hindu beberapa minggu yang lalu maka ia telah melihat dengan sah dan jelas bahawa Syeikh Suhaimi itulah salah seorang yang bersama-sama telah berjuang membela orang-orang Islam didalam pergaduhan itu. Kemudian bukan itu sahaja; apabila murid-murid Syeikh Suhaimi mengira masa pergaduhan di-India itu maka didapatilah bahawa pergaduhan itu telah berlaku tepat pada sama satu masa yang didalamnya Syeikh Suhaimi berada didalam keadaan yang tidak sedar itu.
MARILAH RENUNGKAN PERKARA INI.
Cubalah pembaca-pembaca sekalian renungkan hal ini. Apakah ertinya? Pada mana itu tiada sesiapa yang mahu menanyakan perkara itu kepada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) , tetapi sudah nyatalah sekarang bahawa pada masa berlakunya pergaduhan itu di-India sebagaimana yang telah tersebut dahulu itu maka suatu kejadian yang sungguh pelik telah berlaku terhadap diri Syeikh Suhaimi, iaitu dirinya atau tubuhnya itu telah ternampak seolah-olah sakit atau pengsan dan terbaring di Kelang, padahal diwaktu itu juga ia sedang berada di-India berjuang membela orang-orang Islam didalam pergaduhan yang telah tersebut itu. Dan daripada hal ini jusa maka dapatlah kita faham tentang timbulnya tanda luka pada lengan kanannya itu setelah ia sedar daripada "sakitnya" itu.
ADA DI-DUA TEMPAT PADA SAMA SATU MASA.
Menurut kenyataan Saiyid Muhammad Nun bin Saiyid Hasan Al-Attas, iaitu salah seorang murid Syeikh Suhaimi yang karib padanya, bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) banyak kali telah berulang-alik diantara Singapura dan Jawa didalam masa yang sebentar sahaja dengan tidak menaiki apa-apa kenderaan, serta membawa balik bersama-samanya barang-barang yang tertentu, bahkan ada masanya Syeikh Suhaimi sendiri memberitahu bahawa ia baharu pergi menziarah Sultan Solo yang pada masa itu menjadi Raja di-Jawa. Dan Sultan Solo itu pula dikatakan oleh orang bahawa dia adalah seorang Wali-Ullah, kerana baginda ialah seorang yang sangat salih serta ternampak padanya berbagai perkara-perkara yang ganjil.
Dan pada ketika Sultan Solo itu mangkat maka ada orang yang telah kenal baik dengan Syeikh Suhaimi berkata bahawa ia telah nampak Syeikh Suhaimi ada bersama-sama orang-orang yang menghantar jenazah baginda ke-kuburnya di-Jawa itu, padahal diketika itu juga murid-murid Syeikh Suhaimi tahu dan nampak bahawa Syeikh Suhaimi ada di-Singapura menjadi imam dan mengajar murid-muridnya seperti biasa.
ADA DI-TIGA TEMPAT PADA SAMA SATU MASA.
Seorang murid Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang dikenali dengan gelaran Wak Saniman, seorang penghulu yang tinggal di-Parit Saniman, Pontian, Johor , telah menceritakan satu kejadian mengenai Syeikh Suhaimi begini: Pada suatu masa, di-Singapura, Syeikh Suhaimi telah menyuruh salah seorang muridnya pergi kesuatu tempat yang tertentu di-Pasir Panjang pada jam satu malam tepat kerana Syeikh Suhaimi hendak menemuinya disana. Tetapi Syeikh Suhaimi telah menyuruh juga seorang muridnya yang lain pergi kesuatu tempat yang tertentu di-Geylang pula pada jam satu malam tepat juga kerana ia hendak menjumpainya disitu. Bahkan bukan setakat itu sahaja kerana ia telah menyuruh muridnya yang lain lagi supaya pergi kesuatu tempat di-Bukit Timah pada jam satu malam tepat juga kerana ia hendak menjumpai murid ini disana. Dengan sebab suruhan yang ganjil ini maka timbul tanda tanya: Adakah Syeikh Suhaimi hendak bergurau-gurau sahaja dengan murid-muridnya? Bagaimanakah ia boleh berada di-tiga tempat pada sama satu masa?
Murid-murid yang bertiga orang tadi telah mematuhi suruhan Syeikh Suhaimi itu. Kemudiannya tiap-tiap seorang daripada mereka telah menyatakan bahawa tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu maka tiap-tiap seorang daripada mereka telah betul ditemui oleh Syeikh Suhaimi pada tempat-tempat yang dijanjikan itu pada jam satu malam tepat. Ketika berjumpa dengan Syeikh Suhaimi itu maka tiap-tiap seorang dari mereka telah diberi nasihat dan lain-lain perkara oleh Syeikh Suhaimi.
Wak Saniman tadi telah ditanya tentang apakah sebab atau tujuan Syeikh Suhaimi melakukan perkara yang tersebut, iaitu menampakkan dirinya pada tiga tempat yang berlainan kepada tiga orang muridnya didalam sama satu masa. Dijawab oleh Wak Saniman lebih-kurang bahawa pada masa itu ada setengah-tengah muridnya suka bertengkar-tengkar diantara satu dengan lain didalam beberapa perkara yang tertentu, dan apabila dinasihatkan oleh Syeikh Suhaimi supaya ditinggalkan pertengkaran-pertengkaran yang seperti itu maka mereka nampaknya masih cuai hendak menurut nasihat itu dengan penuh. Maka dengan ditunjukkan kelebihan yang tersebut itu mereka telah lebih sedar akan hal guru mereka dan berasa insaf akan kelakuan mereka yang kurang elok yang telah ditegurkan oleh guru mereka itu. Lalu mereka pun telah menerima teguran atau nasihat itu, dan selepas itu maka pertengkaran-pertengkaran yang tersebut tadi telah tidak berlaku lagi
Tetapi rasanya ada lagi lain sebab Syeikh Suhaimi menunjukkan kelebihannya yang baru tersebut itu sebagaimana akan datang perkara itu.
BERADA DI-MEKAH DAN SINGAPURA PADA SATU MASA.
Satu kejadian yang seperti itu juga telah diceritakan oleh salah seorang murid Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) begini: Murid itu telah pergi mengerjakan Haji di-Mekah. Sedang ia duduk didalam Almasjidil-Haram membaca "Aurad" yang termaklum itu (dengan tidak menggunakan bijian tasbih) tibatiba ia melihat Syeikh Suhaimi datang kepadanya lalu berkata lebih-kurang begini: Dimana tasbih awak?" Dijawab oleh murid itu: "Saya tidak ada tasbih. penembahan. " Disahut oleh Syeikh Suhaimi: " Kalau tidak ada tasbih bagaimana awak boleh menghitung bilangan bacaan-bacaan awak itu? Nah. ambillah tasbih saya ini." Lalu Syeikh Suhaimi pun menghulurkan tasbihnya itu kepada muridnya tadi. Tasbih itu berwarna hitam, dan banyak diantara murid-murid Syeikh Suhaimi kenal akan tasbihnya itu. Dan setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun berjalanlah meninggalkan murid tadi.
Kemudian, apabila murid itu balik ke-Singapura maka ia dapati bahawa Syeikh Suhaimi sudah pun ada di-Singapura. Lalu murid tadi berkatalah kepada murid-murid lain: " Kiahi Agung rupanya baharu-baharu ini naik Haji. Aku jumpa dia di-Mekkah didalam Masjid- Haram." Dijawab oleh kawan-kawannya itu: "Tctapi Kiahi Agung sepanjang musim Haji yang baharu lepas ini ada di-Singapura, kerana tiap-tiap hari dia telah mengajar seperti biasa dan tiap-tiap hari juga ia telah menjadi imam di-Masjid ala'ruf." Lalu muridnya yang baharu balik dari Mekah itu telah menunjukkan tasbih yang telah diberikan kepadanya oleh Syeikh Suhaimi didalam Masjid-Haram itu, dan setengah daripada murid-muridnya yang melihat tasbih itu kenallah dengan segera bahawa tasbih itu memang benar dulunya kepunyaan Syeikh Suhaimi. Maka inilah lagi satu contoh kejadian yang menunjukkan bahawa Syeikh Suhaimi boleh berada di-dua tempat pada sama satu masa.
BUAH KERAS YANG BERAPI.
Pada suatu hari Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah hadhir didalam satu majlis di-Singapura. Dan hadhir bersamanya ialah besannya, iaitu Kiahi Yusuf, yang dimasa itu ialah yang menjadi ketua Tarikat Nakhsyabandiah diSingapura Tiba-tiba didalam majlis itu ada seorang mengeluarkan sebiji buah keras pada sakunya lalu dengan tersenyum-senyum iapun menggenggam buah keras itu didalam tangannya dan buah keras itupun pecah dengan mudah sahaja. Bunyi pecahnya itu kuat dan menarik perhatian. Orang itu telah mengeluarkan lagi beberapa buah keras daripada sakunya dan telah memecahkannya lagi dengan cara yang telah tersebut itu juga.
Buah keras memanglah keras, dan itulah sebab diberi nama begitu, dan memang susah hendak dipecahkan apatah lagi dengan digenggam sahaja didalam sebelah tangan. Orang-orang yang hadhir fahamlah dengan nyata bahawa orang itu memang hendak menunjuk-nunjukkan kehandalannya itu kepada mereka.
Setelah ia memecahkan buah keras itu beberapa biji, tiba-tiba Syeikh Suhaimi pun mengeluarkanlah juga sebiji buah keras daripada sakunya lalu meletakkannya dihadapan orang tadi dan mempelawanya memecahkan buah keras itu. Tiba-tiba kelihatan buah keras itu menyala dan berapi. Orang itu telah terkejut melihat yang demikian, tetapi supaya tidak malu maka iapun terpaksalah rnencekut juga buah keras yang sedang menyala itu. Tetapi ia telah mengadoi dalam kesakitan ketika menggenggam buah keras itu dan ia segera melepaskannya daripada tangannya. Tapak tangannya menjadi merah dan bengkak dan orang itu nyatalah didalam kesakitan.
Maka Syeikh Suhaimi Ialu memandang kepada besannya, Kiahi Yusuf, iaitu ketua Tarikat Nakhsyabandiah di-Singapura pada ketika itu sebagaimana telah tersebut dahulu. Kiahi Yusuf lalu menganggukkan kepalanya dan iapun meminta segelas air sejuk daripada tuan rumah. Setelah dijampinya iapun memberi air itu kepada orang yang sedang kesakitan tadi, maka tidak lama selepas itu orang itupun tenang dan kesakitannya telah hilang.
PUASA SEHARI LEBIH DAHULU.
Seorang yang bernama Radin Kassim yang tinggal di-Fernhill Road atau Wayang Satu dan selalu sembahyang Juma'at di-Masjid Ma'ruf telah menceritakan bahawa Syeikh Suhaimi memanglah memulakan puasa Ramadhan tiap-tiap tahun dengan hisab. Dari itu ia puasa, biasanya, sehari lebih dahulu daripada orang ramai dan ia berhari-raya sehari lebih dahulu daripada mereka, kerana mereka berpuasa dengan Ro'yah (iaitu melihat anak bulan). Perbuatan Syeikh Suhaimi tadi memanglah diikuti oleh murid-muridnya sekalian
Setengah-setengah dari orang ramai tadi telah tidak senang hati terhadap perjalanan Syeikh Suhaimi berpuasa dan berhari-raya sehari terdahulu daripada mereka itu. Laiu mereka telah mengadukan perkara itu kepada Kadhi Besar yang pula telah menyampaikan pengaduhan itu kepada Setiausaha Tanah Jajahan British yang pada masa itu ialah "Tuan Farrer". Hingga sekarang namanya itu masih diingati dengan "Farrer Park", "Farrer Road" dan lain-lain lagi.
SYEIKH SUHAIMI DIUNDANG.
"Tuan Farrer" telah mengundanglah Syyeikh Suhaimi supaya menemuinya untuk hendak menanyakan perkara itu. Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah menunaikan undangan itu dan ia telah menerangkan sebab-sebab ia berpuasa dan berhari-raya dengan Hisab dan dengan mendahului sehari daripada orang ramai. Sebabnya ia berpuasa dengan Hisab ialah supaya ia dapat puasa penuh atau cukup sepanjang bulan ramadhan itu. Jika ia puasa dengan Ro'yah maka biasanya puasa itu terlambat sehari, sedangkan tiap-tiap hari didalam bulan Ramadhan itu kelebihannya terlalu banyak bagi orang yang mempuasakannya. Dari itu jika "tercicir" satu hari daripadanya maka tentulah terlalu banyak pula kerugian bagi orang yang tidak mempuasakannya itu.
Begitu juga jika dengan Ro'yah maka boleh jadi seorang berpuasa pada akhir Ramadhan sedangkan pada hakikatnya boleh jadi hari itu sudah masuk awal Syawal, maka jika begitu nescaya kelebihannya sangat kurang daripada jika hari itu masih betul tiga puluh hari bulan Ramadhan.
Tuan Farrer itupun menanya lagi kepada Syeikh Suhaimi tentang bagaimana ia dapat percaya bahawa ia boleh mengira awal Ramadhan itu dengan tepat? Adakah ia seorang ahli Falak yang mahir? Dijawab oleh Syeikh Suhaimi dengan rengkas bahawa ia dari sekarang juga boleh kira awal Ramadhan tiap-tiap tahun dengan tepat walaupun hingga seratus tahun akan datang.
TELAH MENYELIDIK LEBIH DAHULU.
Tuan Farrer tadi, sebelum ia hendak menjumpai Syeikh Suhaimi (hafi zah-Ullah) maka terlebih dahulu ia telah menanyakan hal-hal Syeikh Suhaimi itu daripada berapa orang yang tertentu, dan ia telah diberitahu bahawa Syeikh Suhaimi itu perkataannya semua tepat dan benar.
Setelah mendengar jawapan Syeikh Suhaimi sebagaimana yang telah tersebut diatas tadi maka iapun berkatalah kepada Syeikh Suhaimi: "Baiklah, saya mahu cuba perkataan tuan haji tadi dengan satu ujian."
Tuan Farrer dan beberapa orang yang termuka bersama-sama Syeikh Suhaimi telah menaiki sebuah motor-bot besar lalu belayar sehingga sampai kesuatu tempat yang jauh juga daripada pelabuhan. Disitu motor-bot itupun berlabuh Ialu Tuan Farrer berkatalah kepada Syeikh Suhaimi: ' Jaya mahu campakkan sebiji batu kedalam air sekarang dan saya mahu tuan hati beritahu kepada saya bilamana sampainya batu itu dibawah laut dan berapa dalam pula laut disitu." Tuan Farrer pun mencampakkan batu itu kedalam laut. Pada ketika itu juga Syeikh Suhaimi pun dilihat mulalah menghitung jari-jari tangannya. Kemudian iapun berkata: "Batu itu sekarang sudah sampai dibawah laut dan dalamnya laut itu disini ialah seratus kaki."
Tuan Farrer pun menyuruhlah seorang kelasi motor-bot itu supaya mengukur dengan alat yang tertentu (iaitu satu jenis tali yang digantungkan timah dihujungnya) akan dalamnya laut disitu. Kelasi itu telah segera menurut arahan Tuan Farrer tadi, lalu ia menyatakan bahawa dalamnya laut disitu ialah benar seratus kaki. Untuk lebih sah perkara itu maka Tuan Farrer telah menyuruh lagi seorang kelasi lain supaya sekali lagi mengukur dalamnya laut tadi, dan kelasi yang kedua ini juga mengesahkan bahawa laut itu benar seratus kaki dalamnya.
Apabila telah nyata yang demikian itu kepada Tuan Farrer maka iapun terus memeluk Syeikh Suhaimi, dan kemudian iapun berkata: "Saya rasa tuan haji boleh dapat tahu awal bulan puasa dengan betul. Cuma saya harap jika tuan haji dan murid-murid tuan haji berhari-raya lebih dahulu daripada orang-ramai janganlah nampak-nampakan hal itu kepada mereka."
MENGHILANGKAN DIRI.
Telah dikhabarkan oleh seorang muria Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang bernama Haji Abdul Hamid bin Mirhani (yang pada satu masa dahulu pernah menjadi imam Masjid Taqwa di-Geylang) bahawa Syeikh Suhaimi telah berkata kepada murid-muridnya di-Singapura supaya jangan mencarinya selepas sembahyang Maghrib sehingga sembahyang Isya'selama beberapa hari. Kata Haji Abdul Hamid itu lagi bahawa ia sendiri dan lain-lain murid Syeikh Suhaimi telah menyaksikan bahawa tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib didalam beberapa hari yang tersebut itu, sedang Syeikh Suhaimi duduk dihadapan mereka ditepi mihrab (tempat imam) di-Masjid Ma'ruf itu tiba-tiba ia ghaib (hilang) daripada penglihatan mereka. Kemudian Syeikh Suhaimi akan kelihatan semula pada ketika bilal membaca Iqamah untuk sembahyang Isyak
WALI-ULLAH.
Pendeknya banyaklah lagi kejadian-kejadian yang ganjil dan menghairankan telah berlaku pada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ataupun telah dilakukan olehnya yang tidaklah dapat dimuatkan didalam kitab yang kecil ini. Bagaimanapun, daripada kejadian-kejadian yang telah tersebut itu maka murid-muridnya telah yakin dengan tiada syak bahawa Syeikh Suhaimi ialah seorang Wali-Ullah.
"SERU NAMA AKU"
Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah berpesan dan juga memberitahu keluarganya dan murid-muridnya bahawa jika sesiapa diantara mereka menemui sesuatu bahaya atau kesusahan atau ada sesuattu hajat maka mereka serulah namanya, insya'Allah ia akan menolong mereka. Pesanan Syeikh Suhaimi ini telah diikuti oleh keluarganya dan murid-muridnya. Maka seruan itu telah berhasil pada umumnya dengan syarat bahawa orang yang memohon pertolongan itu hendaklah menurut titah perintah Allah s.w.t., dan menjauhkan larangan-laranganNya serta tidak cuai mengamalkan amalan. amalan yang telah diijazahkan kepadanya oleh Syeikh Suhaimi.
Pesanan yang seperti ini tidaklah berbeza dari kebanyakan Tarikat tarikat lain yang hak, kerana pengasas-pengasas Tarikat-tarikat yang lain itu juga ada berpesan seperti itu kepada murid-murid atau pengikut-pengikut mereka.
TEBU LEMBUT SEPERTI KAPAS.
Pada suatu masa beberapa orang murid-murid Syeikh Suhaimi telah sesat didalam sebuah hutan ketika hendak mendaki Gunung Pondok (Gunung Berapit) di-negeri Perak, lalu mereka telah berasa terlalu dahaga. Mereka pun teringat akan pesanan Syeikh Suhaimi yang baharu tersebut tadi, lalu mereka pun menyeru namanya dan meminta pertolongan supaya didapati air untuk minum dan juga supaya ditunjukkan jalan untuk selamat daripada kesesatan itu. Tiba-tiba tidak berapa lama selepas itu mereka telah menjumpai serumpun pokok tebu, lalu mereka pun terus mematahkannya. Mereka dapati bahawa tebu itu mudah sahaja dipatahkan serta isi tebu itu lembut seperti kapas dan rasanya pula lebih manis daripada tebu biasa. Dan selepas itu mereka pun menjumpai jalan, dan mereka telah selamat.
TERLUPA MEMBAWA WANG TAMBANG.
Dilain masa pula ada seorang muridnya disalah sebuah kampung hendak belayar menaiki kereta-api. Apabila ia tiba diperhentian kereta-api itu tiba-tiba ia dapati wangnya telah tertinggal. Kalaupun ia hendak balik kerumahnya untuk mengambil wangnya itu maka rumahnya itu jauh, padahal masa kereta-api itu tiba sudah hampir dan ia mesti menaiki kereta-api itu untuk menghasilkan tujuannya. lapun teringat akan pesanan Syeikh Suhaimi itu, lalu apabila ia telah berada didalam kereta-api tadi maka iapun menyeru Syeikh Suhaimi untuk meminta pertolongan. Maka tukang tiket kereta-api itu nampaknya tidak melihat akan dia dan tidaklah meminta wang tambang itu daripadanya.
UNTUK OBATAN.
Begitu juga banyak daripada murid-muridnya apabila terkena sesuatu penyakit, mereka segera menyeru kepadanya meminta supaya disembuhkan penyakit itu maka biasanya penyakit itu telah sembuh. Bahkan banyak daripada murid-muridnya itu telah mengubatkan orang-orang lain dengan menyeru nama Syeikh Suhaimi dan meminta pertolongan daripadanya maka pada umumnya permintaan mereka telah berhasil dan berjaya.
SILAT DAN MENJAGA DIRI.
Bahkan hingga sekarang, dengan cara dan syarat yang tertentu maka ribuan pemuda (dan pemudi juga) boleh bermain pencak atau silat dengan gaya yang istimewa, iaitu tanpa guru yang zahir; hanya dengan membaca beberapa potongan ayat AI-Quran dan Selawat Nabi s.a.w. dan kemudian menyeru nama Syeikh Suhaimi dan meminta supaya dia mengajarkan mereka bermain pencak itu. Dan begitu juga ramai daripada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang tersebut itu telah dapati diri mereka terselamat dan terlepas daripada berbagai-bagai bahaya termasuk bahaya senjata dengan sebab mengambil ayat-ayat Al-Quran yang tertentu daripada wakil-wakil Syeikh Suhaimi dan membacanya selepas sembahyang serta menyeru kepada Syeikh Suhaimi untuk menolong mereka ketika didalam bahaya itu. Dan disyaratkan lagi oahawa mereka rnendapat IjaZah daripada wakil wakil itu.
Pendeknya banyaklah lagi pengalaman-pengalaman yang ganjil yang didapati oleh murid-murid Syeikh Suhaimi itu apabila mereka menyeru namanya untuk menghasilkan sesuatu hajat yang tertentu.
Maka dengan sebab itu, iaitu meminta pertolongan kepada Syeikh Suhaimi, datanglah tuduhan daripada orang-orang yang berfahaman Wahabi bahawa perbuatan itu "syirik" (kafir) kerana menyekutukan Syeikh Suhaimi dengan Allah Ta'ala. Disini eloklah diberitahu bahawa saya nyatakan bahawa saya sudah menyusun sebuah kitah yang bertajuk "Hakikat Syirik" (atau "Apa itu syirik?") untuk menjawab tuduhan itu.

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (7)
KELAKUAN DAN AMALAN SYEIKH SUHAIMI.
Kemudian daripada apa yang telah tersebut itu maka pentinglah disebutkan pula setengah daripada kelakuan-kelakuan dan amalan-amalan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang luarbiasa dan gamjil yang jaramg boleh jumpai pada laim-laim orang. Dan juga sifat-sifat yang mulia dan timggi yang ia pada Syeikh Suhaimi itu banyak, dan diamtaramya banyak pula yang :yugia dijadikam tauladam bagi murid-muridnya dan bagi laim-laim orang .lam juga untuk diikuti sebarapa yang terkuasa.
SEMBAHYANG BERJAMA'AH.
Setengah daripada kelakuan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu ialah memgerjakam tiap-tiap sembahyang fardhu dengan berjama'ah sama-ada di-masjid atau di-rumah, sama-ada di-rumahnya semdiri atau di-rumah orang lain sekalipun, bahkan walau ketika didalam pelayaram, siamg atau malam. Bolehlah dikatakan hal itu tidak pernah ditinggalkam olehmya.
SEMBAHYANG PADA AWAL WAKTU.
Demikian juga Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) samgat menjaga tentang mengerjakan tiap-tiap sembahyang fardhu pada awal waktumya, sehingga jadilah masyhur perkara itu dikalangan ramai. Jarang sekali ia sembahyang terlewat sehingga keluar daripada awal waktu sembahyang fardhu itu sama-ada ia menjadi imam di-masjid atau sembahyang di-rumah, walaupun di-rumah orang laim, bahkan walaupun ketika belayar.
RIADHAH ROHANI ATAU BERLAPAR.
Tentang senaman rohani atau riadhah rohani (iaitu berpuasa dan berlapar bukan sahaja pada siang hari bahkan memgurangkan makanan pada malam hari juga, atau dengan lain perkataan: bertapa) ialah suatu perkara yang tidak mudah dilakukan oleh seseorang kebanyakan, bahkan jarang juga para ulama' mahu dan boleh melakukannya. Dimasa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) menahun di-Mekah uan di-negeri-negeri Arab yang lain (sebagaimana sudah disebutkan dahulu) maka kerapkalilah sahaja ia melakukan riadhah itu sehingga sebulan (atau lebih) lamanya, dengan berpuasa pada siang hari manakala pada malamnya pula ia tidak makan atau minum apa-apa kecuali sedikit buah-buahan dan air kopi sahaja. Hal yang seperti ini telah dilakukan olehnya tiap-tiap tiga bulan sekali ataupun lebih kerap lagi.
Biasanya kebanyakan orang jika hendak mengerjakan riadhah yang seperti itu maka mereka akan mengasingkan diri atau berpisah daripada orang ramai dan bersendirian ditempat-tempat yang sunyi. Tetapi Syeikh Suhaimi tidak memilih tempat. Bila-bila ia berazam hendak "menahan makan" itu maka ia lakukannya dimana sahaja.
MURAH HATI ATAU MURAH TANGAN.
Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) tidaklah sekali-kali boleh dibilangkan seorang yang ada banyak harta, kerana pendapatannya bolehlah dikatakan hanya cukup untuk dibuat belanja bagi keperluan dirinya dan ahli rumahnya sendiri saja, tetapi jika dipandang pada tentang ia suka menolong orang maka bolehlah ia dihitung sebagai seorang yang bersifat pemurah hati, kerana kerapkali sahaja ia membahagi-bahagikan pakaian-pakaian kepada muridmuridnya yang miskin atau berhajat, dan kepada penjaga-penjaga masjid, peminta-peminta sedekah, dan lain-lain lagi.
Begitu juga jika ada saudara-saudara IsIam daripada bangsa apa juapun yang hendak pulang ke-negeri mereka lalu meminta bantuan pada Syeikh Suhaimi nescaya ia memberi tambang mereka. Adapun tentang berderma untuk membuat atau memperbaiki masjid-masjid dan surau-surau maka banyaklah khairat-khairat yang telah diberikan olehnya, lebih-lebih lagi tentang sedekah kepada orang-orang "dagang" dan orang-orang yang berhajat, dan juga berkhairat untuk mengadakan majlis membaca Maulid Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.
Eloklah diingatkan bahawa menolong orang yang susah itu sangatlah besar pahalanya, bahkan orang yang suka menolong orang-orang yang susah itu tidak akan sempit atau susah kehidupannya di-Dunia ini, bahkan lebihlebih lagi ia akan berbahagia di-Akhirat, insya' Allah, kerana ada banyak ayat-ayat Quran dan Hadits-hadits Nabi s.a.w. yang menyatakan demikian. Dan jika kita lakukan perkara ini dengan tekun dan sabar nescaya kita akan dapati nyata kebenarannya.
Oleh yang demikian hendaknya seorang IsIam itu janganlah berasa takut akan habis hartanya jika ia menderma sebahagian daripada hartanya kepada sesuatu kebajikan atau menolong orang yang susah, kerana hartanya akan bertambah, atau sekurang-kurangnya ia tidak akan putus rezeki, dan hatinya akan berasa lega, serta kehidupannya akan menjadi tenang atau tenteram walaupun jika ia tidak menjadi kaya-raya. Sesiapa yang sudah mencuba hakikat ini nescaya ia tahu-lah benarnya, sebagaimana baharu dikatakan tadi.
MURAH HATI TENTANG MENGAJAR.
Sifat Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang baharu tersebut tadi itu ialah berkenaan perkara harta. Adapun murahnya berkenaan mengajar ilmu ilmu maka yang demikian itu lebih luas lagi, kerana ia tetap sahaja pada tiaptiap pagi dan petang dan juga selepas sembahyang Juma'at sedia mahu menunjuk-ajar berkenaan Ugama IsIam di-mesjid, sebagiamana kita sudah sebutkan dahulu. dan juga dari semasa-kesemasa ia pernah mengadakan majlis yang seperti itu di-rumahnya sendiri untuk kaum ibu pula. Dan sesiapa yang meminta keterangan atau penjelasan bagi sesuatu masa'alah Ugama nescaya dengan segera dilayankan perkara itu Ialu diberi keterangan kepada orang itu dengan tidak dipayah-payahkan atau ditempoh-tempohkan. Begitu juga sekali-sekali ada orang datang meminta diajarkan sesuatu ilmu dengan seorang diri sahaja maka ia telah kabulkan permintaan itu.
SIFAT BERANI.
Kita telah mengetahui daripada perjalanan hidup Syeikh Suhaimi (ha fizah-Ullah) yang telah tersebut dahulu bahawa pengembaraannya di-Tanah Arab dan lain-lain negeri lagi itu menunjukkan bahawa Syeikh Suhaimi mempunyai sifat cekal dan berani. Adapun keberaniannya terhadap seteru-seterunya pula akan disebutkan sebagaimana berikut ini
Ketika Syeikh Suhaimi baharu-baharu menjadi imam di-Masjid Ma'ruf itu maka ada diantara kaum Jawa yang sangat memusuhinya kerana beberapa sebab. Maka mereka telah berkali-kali mendendam dan mengancam hendak memukul Syeikh Suhaimi. Apakala telah diketahui dengan jelas oleh Syeikh Suhaimi akan hal itu maka iapun tidak lengah lagi mengajak salah seorang kawannya pergi ke-rumah salah seorang setennya pada suatu malam. Ruparupanya diwaktu itu beberapa orang seterunya sedang berunding di-rumah itu untuk hendak melakukan kehendak hawa-nafsu mereka (iaitu hendak memukul atau memecahkan kepala Syeikh Suhaimi) lalu iapun memberi salam dan meminta izin masuk. Dan iapun berkatalah kepada seteru-seteru itu lebih-kurang begini: "Saya sudah mendengar dengan nyata dan tidak ragu-ragu lagi tuan-tuan semua hendak memukul saya. Sekarang saya sudah datang kemari. Lakukanlah maksud tuan-tuan itu. Tuan-tuan semua tidak payahlah lagi hendak mencari-cari saya. "
TIDAK MENGAKU.
Tetapi apabila mereka itu berhadapan dengan Syeikh Suhaimi (hafi zah-Ullah) tadi maka mereka bukan sahaja tidak jadi memukulnya bahkan mereka juga tidak mengaku ada niat hendak memukulnya sama-sekali. Maka begitulah hal mereka: hati terlalu hasad tetapi mereka tidak dapat hendak membuat apa-apa kepada Syeikh Suhaimi walaupun mereka pada mula-mulanya telah berazam kuat hendak menganiayakannya. Tetapi, bagaimanapun, ketua seterunya itu tetap tidak mahu berbaik atau berdamai dengannya sehingga orang itu mati setelah dua tahun menghidap suatu penyakit yang menyebabkan rupanya dan sifatnya menjadi tidak senonoh.
Baharu tadi telah dinyatakan tentang keberanian Syeikh Suhaimi terhadap sesama manusia, bahkan lebih-lebih lagi begitu juga untuk menjalankan atau menegakkan perkara-perkara yang hak dan benar berkenaan hukum-hukum Allah dan memelihara perintah-perintah-Nya sebagaimana yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. itu.
KEHEBATAN SYEIKH SUHAIMI.
Satu lagi perkara yang ganjil yang terdapat pada Syeikh Suhaimi (hafi zah-Ullah) itu ialah sifat kehebatannya. Maka sangatlah hebat dirinya dirasai oleh mereka yang menghadapnya seningga mereka berasa segan dan gerun, dan mereka berjalan melutut dihadapannya untuk hendak pergi menghadapnya, dan apabila mereka berpisah daripadanya maka mereka undur dengan tidak membelakangkannya sambil melutut juga.
Demikian juga musuh-musuhnya dan orang-orang yang ada niat yang tidak baik kepadanya maka mereka sekalian (sama-ada kawan atau lawan) apabila berjumpa dengannya mereka tidak boleh berkata-kata panjang kerana lidah mereka menjadi kaku dan kelu. Setengahnya pula pernah bercakap diluar-luar dengan berdegar-degar dan membesar-besarkan diri bahawa ia sanggup rnenemui Syeikh Suhaimi dan berani berlawan tikam-lidah dengannya, kerana apakah yang hendak ditakutkan daripadanya?
Tetapi apabila orang itu sudah sampai dihadapan rumah Syeikh Suhaimi maka ia hanya boleh berjalan berulang-alik sahaja dihadapan rumah itu, tidak berani masuk kedalam rumahnya itu, apatah lagi hendak menghadapinya dan berlawan tikam-lidah dengannya. Akhirnya ia telah pulang begitu sahaja tanpa berjumpa dengan Syeikh Suhaimi pun.
MEREKA TIDUR NYENYAK.
Lagi seorang tua murid Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) yang sekarang sudah meninggal dunia, namanya digelar orang sebagai "Pak Mat Hongkong" (yang terkenal di-Geylang Serai pada masa hidupnya) telah menceritakan bagaimana pada suatu hari tiga orang samsing telah datang ke-rumah Syeikh Suhaimi untuk hendak "mencari fasal" supaya boleh memukulnya. Tetapi apabila mereka masuk kedalam rumah Syeikh Suhaimi setelah dijemput masuk maka mereka terus berasa mengantuk dan selepas sebentar mereka telah tidur nyenyak dengan tidak sedarkan diri masing-masing. Lalu ketigatiga mereka itu telah diangkat oleh Syeikh Suhaimi seorang diri (iaitu seorang dari mereka diangkat diatas bahu Syeikh Suhaimi dan seorang lagi diangkat pada tangan kanannya manakala orang yang ketiga itu diangkat pada tangan kirinya). Maka dengan cara itu ia telah membawa mereka dan menghantar mereka pulang ke-rumah masing-masing sedang mereka terus menerus tidur dengan nyenyaknya.
AMALAN-AMALAN DAN 'IBADAT-'IBADAT SYEIKH SUHAIMI.
Selain daripada sembahyang-sembahyang fardhu yang dikerjakan pada awal waktunya maka semua sembahyang-sembahyang sunnat Rawatib Qabliah dan Ba'diah tetap diamalkan oleh Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) dengan tidak pernah putus-putus. Begitu juga sembahyang sunnat Witir selepas sembahyang 'Isya', dan sembahyang Dhuha, sama-ada di-rumahnya sendiri atau semasa berada di-rumah orang lain bahkan begitu juga didalam pelayaran. Dan begitu juga sembahyang Gerhana matahari dan Gerhana bulan semua itu tidak pernah ditinggalkan olehnya kecuali jika ia uzur.
WIRID-WIRIDNYA DAN ZIKIR-ZIKIRNYA.
Sebagaimana telah diterangkan dahulu bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ada mempunyai Wirid-wirid yang tertentu yang diamalkannya setiap hari selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, dan Wirid-wirid itu mengandungi ayat-ayat Quran dan Selawat, dan sebagimana telah disebutkan dahulu juga bahawa Syeikh Suhaimi telah mendapatnya daripada "Roh" Rasulullah s.a.w. sendiri ketika sedar atau jaga (iaitu BUKAN didalam keadaan mimpi) selepas tengah malam didalam Ka'bah di-Mekah Al-Mukarramah.
KITAB-KITAB PENGAJARANNYA.
Demikian juga sebagaimana telah disebutkan dahulu bahawa selama Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) didalam keadaan sehat dan. 'afiat maka ia tetap sahaja mengajar akan Ilmu-ilmu Ugama IsIam, iaitu Tauhid, Fiqeh dan Tasauwuf tiap-tiap hari dan selepas sembahyang Juma'at, kecuali didalam bulan Puasa (Ramadhan) maka ia mengajar hanya selepas sembahyang 'Asar sahaja, dan sekali-sekali ia mengajar juga lagi selepas sembahyang Tarawih.
Adapun nama kitab-kitab yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu ialah Syarah Fathul-Qarib, Fathul-Mu'in, Minhajul-Qawim, Syarhul-Azkia' Fi Tarikil-Aulia', Syarhu-Irsyadil-'Ibad fi Subulir-Rasyad, Tafsirul-Jalalain, dan sebuah kitab yang bernama "An-Nafhatul-Miskiah" yang dikarang oleh Syeikh Suhaimi sendiri didalam bahasa Arab dan terkandung didalamnya tiga bahagian: Kelebihan Menuntut 'llmu, Kelebihan Membaca Maulid Nabi s.a.w. dan Tahlil yang dibaca tiap-tiap kali sebelum dibaca Maulid Barzanji dan Maulid Daiba'i. Selain daripada itu maka Syeikh Suhaimi telah juga mengarang kitab-kitab didalam bahasa Arab mengenai Isra' dan Mi'raj, Tauhid atau 'Agaid dan Iain-Iain lagi.
BACAAN MAULID NABI S.A.W.
Dan sebagaimana telah disebutkan juga dahulu bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) tidak pernah meninggalkan membaca Maulid Nabi s.a.w. iaitu BARZANJI pada tiap-tiap malam Juma'at, dan DAIBAI' pada tiap-tiap malam lsnin. Dan dengan galakannya maka hingga sekarang murid-muridnya masih banyak yang membuat begitu di-masjid-masjid atau di-surau-surau ataupun di-rumah-rumah. Kaum ibu juga dibenarkan membaca Maulid itu didalam majlis mereka sendiri dengan suara yang kuat. Perkara ini telah ditentang keras pada masa itu oleh kebanyakan Kiahi-kiahi dan Ulama' diSingapura dan di-Tanah Jawa, tetapi sekarang para Ulama' dan Kiahi-kiahi yang tersebut nyatalah telah bersetuju dengan pendapat Syeikh Suhaimi kerana kita lihat sekarang disana-sini kaum wanita mengadakan majlis-majlis yang didalamnya diadakan Maulid yang dibaca oleh kaum wanita sendiri dengan suara yang kuat (nyaring) dan berlagu-lagu. Dan begitu juga mengenai bacaan Qur-an, Nasyid-Nasyid dan lain-lainnya, bahkan wanita-wanita sekarang juga berpidatu (bersyarah) atau bertanding membaca Qur-an dihadapan khalayak ramai yang ada didalamnya laki-laki dan wanita. Mereka yang tidak bersetuju dengan perkara yang tersebut tadi yang benarnya tidak mempunyai apa-apa alasan dari segi Syara , bahkan nyata mereka menurut perasaan sahaja. Bagaimanapun maka Syeikh Suhaimi lah melarang tentang diadakan pukulan kompang atau tambur didalam majlis Maulid, dan ia enggan hadhir didalam majlis-majlis yang seperti itu.
dipetik dari
bersambung

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (6)

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (5)
Syeikh Suhaimi di Malaysia
DATANG PERMUSUHAN.
Telah semakin banyaklah pengikut-pengikutnya serta telah bertambah masyhur namanya dan elok sebutannya sehingga ia sangatlah dihormati oleh murid-muridnya dan juga oleh orang ramai. Tetapi memanglah sudah menjadi kebiasaan dunia bahawa adalah pula orang-orang yang tidak suka dan hasad kepadanya sehingga ada diantara mereka yang telah terus terang menyatakan permusuhan mereka kepadanya. Maklumlah tiap-tiap nikmat itu biasanya ada orang yang mendengkinya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
Ertinya: "Tiap-tiap orang yang mendapat nikmat itu, didengki."
BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN TELAH DILEMPARKAN.
Setengah daripada orang-orang yang telah memusuhinya itu telah menuduh (selain daripada tuduhan-tuduhan yang telah tersebut dahulu itu) bahawa "tarikat" dan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu salah atau syirik. Erti syirik, dengan ringkas, ialah "menyekutukan atau menyamakan Allah dengan makhluk" maka hukum orang yang menyekutukan Allah dengan makhluk itu ialah KAFIR yang paling berat. T uduhan yang seperti ini sudah dijawab didalam sebuah kitab yang bertajuk "Hakikat Syirik".
Setengah musuhnya yang lain pula telah menuduh konon ia ada menubuhkan satu kumpulan jahat, bahkan ada yang lain lagi mengatakan bahawa Tarikat yang diajar olehnya itu bukan Tarikat, bahkan ada pula yang menghukumkan bahawa wanita-wanita membaca Maulid dengan menyaringkan suara hukumnya haram.
Akhirnya setengah dari musuh-musuhnya yang sangat marah kepadanya (sehingga mereka tidak dapat menahan marah mereka) telah mengadukan kepada pihak Pemerintah Singapura (dengan menghantar surat "melayang", iaitu tanpa ditandatangani, atau dengan lain-lain cara lagi) tentang kesalahan-kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Syeikh Suhaimi, dan satu daripada tuduhan-tuduhan itu ialah bahawa Syeikh Suhaimi ada membuat wang palsu, kerana mereka melihat bahawa kehidupan Syeikh Suhaimi agak mewah sedangkan ia nampaknya tidak mempunyai pekerjaan atau perniagaan yang munasabah untuk menghasilkan wang yang lumayan.
"MEMBUAT" WANG.
Tuduhan yang telah tersebut itu dapat diketahui ialah kerana pada suatu hari seorang merinyu bangsa Inggeris berserta beberapa orang matamata biasa telah datang ke rumah Syeikh Suhaimi untuk menyelidik suatu pengaduan: iaitu Syeikh Suhaimi konon ada membuat wang palsu, sebagaimana baru tersebut tadi. Syeikh Suhaimi telah menyatakan kepada pihak Polis itu bahawa ia benar boleh membuat wang, tetapi wang itu wang betul, bukan wang palsu. Dan jika pihak Polis mahu melihat bagaimana ia membuat wang itu ia akan tunjukkan. Memanglah pihak Polis itu mahu melihatnya.
Syeikh Suhaimi pun menarik salah sebuah daripada laci mejanya dan menunjukkan laci itu kepada orang-orang Polis tadi. Sekalian mereka yang ada disitu, termasuk beberapa orang murid-muridnya, selain daripada orangorang Polis itu, dapatlah melihat dengan nyata bahawa laci itu kosong. Setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun sembahyang hajat dua raka'at lalu iapun berdoa'lah kepada Allah, dan kemudian ia terus menarik sekali lagi akan laci yang kosong tadi, tiba-tiba kelihatanlah oleh sekalian yang hadhir bahawa laci itu sekarang penuh dengan wang emas, lalu Syeikh Suhaimi pun berkatalah kepada merinyu tadi bahawa begitulah caranya kalau ia hendak membuat wang, bahkan ia telah menawarkan kepada merinyu itu supaya ia mengambil sedikit daripada wang itu jika ia mahu, tetapi merinyu yang tersebut itu enggan mengambilnya.
SANGAT MEMERANJATKAN.
Setelah itu maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) pun memasukkan kembali laci tadi lalu iapun sembahyang hajat dua raka'at sekali lagi, dan kemudian, apabila ia menarik laci itu keluar semula tiba-tiba tidaklah kelihatan lagi wang itu, laci itu telah kosong semula,
Sanya, kejadian yang luarbiasa tadi sangatlah memeranjatkan sekalian mereka yang hadhir termasuk merinyu itu sendiri.
Dengan tidak bercakap banyak lagi maka pihak Polis itupun keluarlah meninggalkan rumah Syeikh Suhaimi itu. Dan semenjak itu maka senyaplah begitu sahaja tuduhan tentang Syeikh Suhaimi itu ada membuat wang palsu itu. Bahkan segala tuduhan-tuduhan yang lain terhadap Syeikh Suhaimi yang diadukan kepada pihak Polis itu tidak lagi mendapat apa-apa layanan, dan maksud yang jahat itu tidak memberi bekas atau menghasilkan apa-apa akibat kepada Syeikh Suhaimi,
BALASAN PERMUSUHAN-PERMUSUHAN ITU.
Dengan keadilan Allah s.w.t. maka kebanyakan orang-orang yang bermusuhan kepada Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu telah menerima balasan yang buruk atau kecelakaan. Setengah daripada mereka telah kena penyakit selama bertahun-tahun sehingga rosak rupa dan sifatnya, dan setelah mati pula maka harta-bendanya telah punah-ranah. Setengahnya lagi telah kena batuk darah hingga mati, dan begitu juga telah punah-ranah hartanya. Ada pula yang menuduh bahawa ajaran Syeikh Suhaimi itu salah dan sesat, dan orang ini juga telah kena mi ntah darah, tetapi walaupun ia akhirnya telah sembuh setelah mencari berbagai-bagai obat didalam masa yang lama dengan belanja yang banyak, namun pangkatnya telah hilang dan ia mati didalam keadaan yang terhina. Setengahnya lagi telah berubah atau hilang akalnya sehingga ia mati.
Selain daripada itu ada pula murid-muridnya yang telah berpalingtadah dan ingkar serta mencaci akan ajaran ataupun peribadi Syeikh Suhaimi sendiri. Bahkan ada juga yang menjalankan ajarannya pada zahir sahaja sedangkan pada bathinnya atau hakikatnya ialah semata-mata hendak mencari wang untuk kepentingan diri sendiri dengan "menjual nama" Syeikh Suhaimi. Maka orang-orang yang tersebut ini juga telah rosak akal mereka atau tidak beres kehidupan mereka sehingga akhir hayat mereka.
SESUAI DENGAN SABDA NABI S.A.W.
Akibat-akibat yang baru tersebut itu dan akibat-akibat yang sepertinya memanglah tepat dengan sabda Nabi kita Muhammad s.a.w. begini:
Ertinya: "Daging para ulama' itu racun. Barangsiapa mernakannya nescaya ia binasa."
Tujuan Hadits ini dengan lebih nyata ialah bahawa orang-orang yang suka menghina-hinakan ulama' atau sangat benci kepada mereka sehingga berani membuat fitnah terhadap mereka nescaya akan mendapat la'nat dan balak daripada Allah s.w.t. dengan sebab mulianya ulama' itu pada sisi Allah.
Adapun orang-orang yang dinamakan ulama' itu ialah mereka yang 'alim didalam ilmu-ilmu Ugama IsIam serta menjalankan amal-ibadat dan menjauhkan ma'siat, serta memelihara akhlak (iaitu budi pekerti) yang elok dan terpuji dan menjauhkan akhlak yang buruk dan keji.
BERTAUBAT DAN MEMINTA MA'AF.
Tetapi sayugialah disebutkan disini bahawa setengah daripada seteruseteru Syeikh Suhaimi itu telah insaf lalu bertaubat pada Allah serta memohon ma'af pada Syeikh Suhaimi dihadapan Syeikh Suhaimi sendiri.
MU'JIZAH, KARAMAH, MA'UNAH DAN SIHIR.
Sebelum kita teruskan Manakib Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ini maka eloklah, bahkan pentinglah, kita menyatakan lebih dahulu bahawa tiap-tiap kejadian yang luarbiasa atau 'ajaib dan baik yang berlaku pada Rasul-rasul dan Nabi-nabi itu dinamakan "mu'jizat", dan jika kejadiankejadian yang seperti itu berlaku pada orang-orang IsIam yang sangat salih dan kuat beribadat atau Wali-Ullah maka kejadian-kejadian itu dinamakan "karamah atau keramat", dan jika kadang-kadang kejadian yang seperti itu berlaku pada seorang ahli ibadat yang biasa maka kejadian itu dinamakan "ma'unah". Tetapi jika kejadian-kejadian yang seperti itu berlaku pada seorang yang ahli maksiat atau fasik maka kejadian itu dinamakan "sihir".
Oleh yang demikian maka saudara-saudara kita orang-orang IsIam sekalian hendaklah mengetahui dan mengingatkan perbandingan terhadap perkara-perkara yang baharu tersebut itu dengan betul supaya kita tidak terkeliru dan salah kepercayaan.

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (4)
BACAAN AURAD.
Selain daripada perkara-perkara yang telah tersebut tadi maka Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ada mempunyai "Aurad" atau bacaan-bacaan yang tertentu yang mengandungi ayat-ayat Quran dan Selawat Nabi s.a.w. yang dibaca selepas tiap-tiap senbahyang. Bacaan-bacaan ini dinamakan "Aurad Muhammadiah". Dan demikian juga ia ada mempunyai bacaan TAHLI L yang tertentu yang dibaca sebelum bacaan Maulid Barzanji pada tiap-tiap malam Juma'at dan sebelum bacaan Maulid Daiba'i pada tiap-tiap matam lsnin. Hingga sekarang amalan-amalan itu masih dijalankan oleh kebanyakan murid muridnya lelaki dan perempuan.
Untuk hendak mengamalkannya (sebagaimana lain-lain amalan yang secorak dengannya) hendaklah dengan "Ijazah", iaitu dengan mendapat izin daripada Syeikh Suhaimi atau salah seorang dari wakil-wakil yang masih ada hingga hari ini.
Maka bacaan Maulid itu telah ditambahkan kepada bacaan Aurad tadi serta ditetapkan sebagai amalan yang penting bagi murid-murid Syeikh Suhaimi, kerana setengah daripada sebab-sebabnya ialah sebagai berikut:
Syeikh Suhaimi memang ada mengamalkan bacaan Maulid itu, tetapi ia pernah juga meninggalkannya, tiba-tiba pada suatu malam ia telah bermimpi dengan mimpi yang terang bahawa ia berjumpa dengan Wali-Allah Habib Nuh (rahimah-Ullah) yang pada masa itu sudah wafat (dan makamnya ada diatas bukit dekat Palmer Road, Tanjung Pagar, Singapura, hingga sekarang). Didalam mimpi itu Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Rasulullah s.a.w. yang sedang berjalan dihadapan rumah Syeikh Suhaimi, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Rasulullah: "Ya Rasulullah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi. " Tetapi Rasulullah s.a.w. telah enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya. kerana dia selalu meninggalkan bacaan Maulid saya. " Lalu telah dijawab oleh Habib Nuh: "Saya bermohonlah kepada tuan hamba supaya dia diampuni. "
Setelah itu baharulah Rasulullah s.a.w. mahu masuk dan duduk didalam rumah Syeikh Suhaimi itu.
Mengenai seseorang mimpikan Rasulullah s.a.w. maka ada satu Hadits yang berbunyi sebagaimana berikut:
Ertinya : Telah didapati daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia telah berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 'Barangsiapa melihat Aku didalam mimpi maka samalah seperti ia melihat Aku ketika ia jaga. Syaitan tidak boleh menyerupai Aku."' (Dirawikan oleh Muslim).
Maksud Hadits ini dengan lebih nyata ialah barang-siapa mimpi melihat Rasulullah s.a.w. maka orang itu benarlah melihat Rasulullah.s.a.w. didalam mimpinya itu atau samalah seperti ia melihat Rasulullah s.a.w. ketika ia jaga (tidak didalam mimpi), kerana Syaitan (bahkan siapa pun) tidak boleh menampakkan dirinya menyerupai seperti Rasulullah s.a.w. kepada seseorang sama-ada ketika orang itu tidur atau jaga.
Dan ada lagi satu Hadits Nabi Muhammad s.a.w. yang juga didapati daripada Abu hurairah seperti berikut
Ertinya : "Barangsiapa telah melihat ku didalam mimpi maka sesungguhnya ia samalah juga telah melihat ku ketika jaga." (Dirawikan oleh Muslim).
Maka selepas daripada mimpi yang telah tersebut tadi, Syeikh Suhaimi tidaklah lagi meninggalkan bacaan Maulid Nabi itu hatta walaupun didalam pelayaran, dan walaupun ada dua atau tiga orang sahaja didalam majlis Maulid itu. Demikian juga tentang Tahlil yang tertentu yang dibaca sebelum Maulid itu maka puncanya juga ialah daripada panduan bathin yang telah diperolehi oleh Syeikh Suhaimi.
"SUNNAT DIIKUT".
Oleh kerana jika seseorang berjumpa Rasulullah s.a.w. lama-ada didalam mimpi atau jaga maka ia pesti betul Rasulullah s.a.w., dari itu apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. diketika itu betullah sabda Beginda, dan dengan sebab itu Imam An-Nawawi telah berkata didalam kitab "Syarah Muslim" bahawa apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. sama-ada didalam mimpi atau jaga sunnatlah diikut (oleh orang yang berjumpa Rasulullah itu dan oleh orang lain yang percayakan pengakuan orang yang berjumpa Rasulullah s.a.w. itu).
TUJUAN BACAAN TAHLIL ITU.
Adapun tujuan Tahlil itu, selain daripada mendo'akan orang-orang IsIam yang sudah kembali ke-rahmatullah, ialah juga untuk menjemput "orang-orang ghaib" yang besar-besar dari golongan Wali-wali bersama hadhir dimajlis itu supaya bila-bila masa kita berhajatkan sesuatu perkara atau pertolongan maka in sya' Allah, mereka akan membantu dan bersamasama menolong kita dengan secara bathin untuk menghasilkan hajat itu.
ASAL ATAU PUNCA AURAD MUHAMMADIAH ITU.
Adapun tentang asal atau punca Aurad Muhammadiah itu pula ialah bahawa Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah),setelah menuntut dan menjalankan amalan-amalan Tasauwuf dan amalan-amalan bathin dari ayat-ayat Quran beberapa lama maka amalan-amalan itu telah menjadi semakin banyak, bahkan seluruh Quran juga pernah ia "tapakan", padahal ayat-ayat itu hendaklah dibaca dengan tetap pada tiap-tiap hari atau pada tiap-tiap jangka masa yang tertentu. Dari itu Syeikh Suhaimi mulalah berasa keberatan serta tiada cukup masa untuk mengamalkannya dengan sempurna, apatah lagi jika amalan-amalan itu "diturunkan" atau 'di-ijazahkan' kepada murid-muridnya kelak. Lalu iapun berdoa' dan bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ditunjukkan cara-cara untuk merengkaskan amalan-amalan itu atau apa cara jua untuk mengatasinya.
MENDAPAT "ALAMAT".
Tidak lama selepas itu maka Syeikh Suhaimi pun mendapat "alamat" menyuruhnya masuk kedalam Ka'bah selepas tengah malam yang tertentu. Apabila ia masuk kedalam Ka'bah dimasa yang telah ditentukan itu tiba-tiba ia telah berjumpa dengan roh Rasulullah s.a.w. sendiri (iaitu didalam keadaan jaga, bukan mimpi), dan Baginda Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadanya bacaan-bacaan Aurad itu serta cara-cara mengamalkannya. Maka Aurad itu jadilah sebagai ibu atau pati bagi amalan-amalannya yang banyak itu.
MENJUMPAI ROH RASULULLAH S.A.W.
Daripada kenyataan atau lapuran yang telah tersebut tadi, nyatalah Syeikh Suhaimi (ketika jaga) BUKAN menjumpai Rasulullah s.a.w. dengan keadaan Rasulullah s.a.w. hidup kembali ke Dunia daripada wafatnya (sebagaimana yang disangka oleh setengah-setengah orang) tetapi Syeikh Suhaimi (ketika jaga) telah menjumpai ROH Rasulullah s.a.w. Mengenai seseorang secara jaga menjumpai ROH Rasulullah s.a.w. maka ada satu Hadits Nabi Muhammad s.a.w. seperti berikut
Ertinya : bahawa Abu Hurairah (seorang sahabat) telah berkata : "Aku telah mendengar Nabi s.a.w. telah bersabda : 'Barangsiapa telah melihat ku didalam mimpi maka ia akan melihat ku ketika ia jaga"'. (Hadits ini sahih, dirawikan oleh Imam Bukhari).
Ertinya yang Iebih luas ialah bahawa apabila seorang yang salih ada mengamalkan amalan tambahan yang tertentu, ia mungkin akan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. didalam mimpinya; dan jika ia terus beramal seperti itu maka mungkin pula ia,ketika jaga,akan berjumpa ROH Rasulullah s.a.w.
Hadits ini telah dibuktikan SAHnya dan benarnya oleh ramai Ahli Sufi dan orang-orang salih (yang telah mengamalkan amalan tambahan yang tertentu) telah dapat menjumpai ketika jaga akan ROH Rasulullah s.a.w.
Contohnya : Imam Alhafiz Jalaluddin Abdur-Rahman As-Sayuti, seorang ahli Sufi dan ahli Syari'at yang terkemuka telah berkata bahawa ia telah pernah berjumpa ketika jaga akan ROH Rasulullah s.a.w. serta dapat bercakap-cakap dengannya sebanyak 75 kali.
Barang diingat bahawa Imam As-Sayuti telah hidup beberapa qurun selepas wafat Rasulullah s.a.w. Dari itu apabila ia berkata bahawa ia telah menjumpai secara jaga akan Rasulullah s.a.w. maka berertilah ia telah menjumpai ROH Rasulullah s.a.w. (dan bukanlah ertinya Rasulullah ketika itu telah hidup semula dengan roh dan jasad dan kembali ke Dunia).
Dan jika ada 'ulama telah mencuba hendak menukar-tukarkan erti Hadits tadi untuk hendak menunjukkan bahawa seseorang tidak mungkin berjumpa ketika jaga akan Roh Rasulullah s.a.w. maka ahli-ahli Sufi dan orang-orang yang sangat salih telah membuktikan dengan kenyataan bahawa Hadits tadi itu benar menunjukkan bahawa orang-orang yang tertentu boleh, dengan secara jaga, menjumpai roh Rasulullah s.a.w.
Dari itu bahawa Syeikh Suhaimi telah dapat berjumpa ketika jaga akan ROH Rasulullah s.a.w. dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda adalah satu perkara yang tidak mustahil dan tidak karut serta tidak sesat, iaitu tidak sebagaimana yang telah dituduh oleh setengah-setengah orang yang kurang berpengtahuan dan pengalaman didalam perkara-perkara yang seperti ini.
DIIZINKAN UNTUK DIIJAZAHKAN KEPADA ORANG LAIN.
Syeikh Suhaimi telah diizinkan untuk mengijazahkan Aurad itu kepada sesiapa yang berkehendak mengamalkannya.
Maka dengan sebab itu, kemudiannya, Syeikh Suhaimi telah meyatakan bahawa ia sedia mahu memberi izin atau "ijazah" kepada sesiapa diantara saudara-saudara IsIam yang mahu mengamalkannya. Maka banyaklah orang-orang yang mahukan Aurad itu dan mengamalkannya dengan tetap, sama-ada dari golongan orang-orang Jawa, Melayu, Arab, India dan lain-lain kaum lagi, malahan pengikut-pengikutnya dari kaum wanita juga tidak ketinggalan sehingga murid-muridnya itu berjumlah beribu-ribu orang banyaknya dimerata tempat pada masa itu, kerana mereka yang telah mendapat ijazah dan mengamalkannya dengan betul dan tekun telah mendapat dan mengalami beberapa kelebihan dengan sebab berkatnya.

Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (3)
KEMBALI KE-TANAH AIR.
Setelah dua belas tahun Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) bermukim atau menahun di negeri Mekah Al-Mukarramah dan Tanah Arab, serta ia berasa sudah tercapai dan berhasil maksudnya maka ia dan isterinya pun berangkatlah belayar kembali ke-Malaysia, lalu mereka diam di Singapura dan tinggal di Kampung Dalam (iaitu di dua buah rumah, nombor 21 dan 23 Clyde Street, berhadapan dengan Masjid Ma'ruf).
Sesudah berdiam di Singapura maka Syeikh Suhaimi dan isterinya baharulah pergi ke-Tanah Jawa, tetapi tidak lama disana mereka kembali semula ke-Singapura dengan membawa ibu-bapa Syeikh Suhaimi bersama, iaitu Haji Abdullah dan isterinya Aminah, dan teruslah kedua ibu-bapanya itu berada di Singapura hingga akhir hayat kedua mereka, lalu telah dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Wakaf di Grange Road (dekat Orchard Road), Singapura, berhampiran dengan kubur Nyaii Qani'ah itu.
Apabila hati Syeikh Suhaimi sudah berasa tetap suka berdiam di Singapura maka ia mulalah mengajar akan ilmu pengetahuannya kepada kawan-kawannya dari golongan orang-orang Jawa dan lain-lainnya diantara orang-orang IsIam yang tinggal di Singapura, maka setengah daripada ilmuilmu yang ia ajarkan itu ialah seperti ilmu Syari'at, 'Agaid, dan Tasauwuf. Maka apabila murid-muridnya sudah ramai, dan pula sudah nyata pada orangorang tua dan muda bahawa Syeikh Suhaimi itu boleh dibuat "pegangan" dan boleh menjadi guru (kerana dimasa itu belum banyak orang-orang 'alim yang bermukim di Singapura) maka banyaklah dari golongan orang-orang ramai telah bermuafakat dan setuju (khasnya orang-orang tua) meminta kiranya Syeikh Suhaimi mahu menjadi imam dan mengajar di Masjid Ma'ruf yang ada di Clyde Street dekat North Bridge Road itu.
MASJID MA'RUF
Masjid Ma'ruf itu ialah sebuah masjid yang mula-mula sekali didirikan oleh kawan-kawan Jawa yang berada di Singapura. Maka masjid itu dinamakan Masjid Ma'ruf ialah kerana orang yang banyak berusaha dan mula-mula menjadi imam baginya ialah almarhum Kiahi Haji Ma'ruf.
Sesudah Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) tetap menjadi imam di Masjid Ma'ruf itu maka iapun mulalah mengajar pelajaran-pelajaran Ugama kepada orang ramai di serambi mesjid itu tiap-tiap pagi selepas terbit matahari dan tiap-tiap petang selepas sembahyang 'Asar. Dan teruslah ia mengajar begitu serta menjadi imam juga disitu (sebagaimana yang telah tersebut tadi) sehingga empat puluh tahun lamanya tanpa menerima apa-apa bayaran atau gaji. Kemudian iapun mendapat sekeping tanah di Kelang, Selangor, iaitu didaerah Teluk Pulai, dan Syeikh Suhaimi telah membuat rumah disana tetapi ia tetap berulang-alik diantara Kelang dengan Singapura.

Thursday, November 27, 2008
Sejarah Hidup Syeikh Muhammad as Suhaimi (2)
BERANGKAT KE MEKAH.
Telah disebutkan tadi bahawa ayahanda Syeikh Suhaimi itu, iaitu Haji Abdullah, diwaktu itu ialah seorang saudagar yang terbilang di-Wonosobo. Maka apakala Haji Abdullah itu melihat bahawa anak-anaknya sekalian sudah cukup umur dan masing-masing boleh membuat pekerjaan sendiri maka Haji Abdullah itu pun berkatalah kepada mereka lebih-kurang begini: "Kamu semua sudah besar-besar dan sudah boleh membuat pekerjaan sendiri. Oleh itu sementara ayahanda masih ada umur dan boleh memberi kamu wang untuk berniaga, eloklah kamu semua mula belajar berniaga." Lalu ia terus hulurkan wang kepada tiap-tiap seorang anaknya itu sekadar mencukupi untuk tujuan yang tersebut tadi. Hanya Syeikh Suhaimi sahaja tidak mahu berniaga. Ia telah berkata kepada ayahandanya itu begini: "Saya mohon diizinkan berniaga ke-Mekah sahaja." Jawab ayahandanya: "Negeri Mekah itu tidak ada apa-apa melainkan ianya tempat untuk mengerjakan `ibadat sahaja." Tetapi disebabkan oleh kuat dan bersungguh-sungguh permohonan Syeikh' Suhaimi kepada ayahandanya itu maka cita-citanya tadi telah diperkenankan oleh ayahandanya.
Sebelum Syeikh Suhaimi berangkat belayar ke-Mekah Al-Mukarramah maka Haji Abdullah telah bermimpi bahawa dirinya ada mempunyai banyak layang-layang, tetapi layang-layang tadi tidak ada yang boleh naik ke-udara kecuali satu sahaja yang boleh naik. Dengan mimpi itu ayahandanya terus faham bahawa layang-layang yang satu itu ialah memberi alamat bahawa anaknya Muhammad (iaitu Syeikh Suhaimi) itulah yang akan naik namanya dan masyhur serta tinggi sebutannya pada orang ramai.
BERTUKAR CARA HIDUP.
Ketika Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) berada di-negeri Mekah AlMukarramah itu, ia telah kelihatanlah oleh kawan-kawan bahawa kelakuan
nya dan bawaan hidupnya samalah seperti seorang anak saudagar, bukan seperti seorang pelajar atau penuntut biasa kerana pakaiannya ranggi setiap hari sama-ada tentang jubahnya atau serbannya atau lain-lain lagi. Memang begitulah disitu keadaan para penuntut-penuntut yang mengaji ilmu Syari'at diantara anak-anak saudagar dan orang-orang yang mempunyai banyak harta.
Tetapi Syeikh Suhaimi itu tidak berkelakuan seperti itu selama-lamanya, kerana kemudiannya cara kehidupannya itu telah berubah seperti kehidupan seorang darwisy, iaitu seorang yang tidak sempurna pakaiannya dan sedikit makannya sehingga sepikul beras cukup atau tidak habis dimakan selama setahun oleh dirinya dan isterinya, kerana kemudiannya isterinya itu telah datang ke-Mekah untuk tinggal bersamanya, dan isterinya itu juga telah mengikut jejak langkahnya mengurangkan makan dan menahan lapar. Maka daripada ketika inilah Syeikh Suhaimi telah mula mencari dan belajar ilmu Hakikat dan ilmu Tasauwuf.
ISTERINYA MENYERTAINYA DI-MEKAH.
Setelah lebih-kurang enam tahun Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) bermukim atau menahun di-negeri Mekah Al-Mukarramah maka iapun telah diikut oleh isterinya Nyaii Qani'ah binti Kiahi 'Abdur-Rahim itu, dan Nyaii Qani'ah telah terus bersama-sama menahun di-Mekah dengan suaminya itu.
Adapun sebab-sebab isteri Syeikh Suhaimi belayar ke-Mekah mendapatkan suaminya itu ialah kerana semenjak ia ditinggalkan oleh Syeikh Suhaimi untuk menahun di-Mekah itu maka ingatan isterinya itu tidak lufut terhadap suaminya. Hatinya rindu kepada suaminya, malah rindunya semakin bertambah untuk bertemu, sehingga menjadi bingung fikirannya dan hilang ketenteraman jiwanya, lalu ia telah pergi tidur pada satu malam dikubur "Kang Embah" (iaitu gelaran bagi seorang yang sangat alim) di-tanah perkuhuran "Karang Sari" yang terletak didalam Kampung Kali Beber itu. Maka didalam tidur itu ia telah mendapat mimpi bahawa dirinya itu telah dibawa naik ke-udara oleh suatu makhluk yang tidak terang rupanya dan sifatnya. Setelah pagi maka iapun segeralah pergi menceritakan mimpinya itu kepada salah seorang bapa saudaranya, lalu telah dijawab oleh bapa saudaranya itu: "Kalau benar diri mu telah bermfmpi begitu, insya'.-lllah. engkau tidak lama lagi akan menziarah dan mendapatkan suami mu di-negeri Mekah Al-Mukarramah itu." Telah dijawab oleh Nyaii Qani'ah begini: "Bagaimana saya boleh mendapatkan dia di-Mekah padahal saya seorang perempuan yang lemah, tidak ada daya upaya." Lalu dijawab lagi oleh bapa saudaranya itu, "Perkara yang seperti itu tidak mustahil kalau Allah Ta'ala menghendakinya. "
MIMPI ITU TERLAKSANA.
Ta'bir mimpi yang telah tersebut itu telah benar terlaksana kerana Nyaii Qani'ah tidak lama kemudian telah dapat belayar ke-Mekah AI-Musyarrafah dan telah dapat berada bersama suaminya dengan selamat, serta telah dapat pula mengikut menahun di-Mekah bersama-samanya sehingga mereka berdua pulang bersama-sama ke-Jawa dan kemudian berpindah ke-Singapura hingga isterinya itu wafat di-Singapura pada malam Juma'at 3 Zulhijjah tahun 1313, dan telah dikebumikan di-tanah perkuburan Bukit Wakaf di Grange Road, berhampiran dengan Orchard Road. (Tetapi sekarang magam itu telah dipindahkan ke Pusara Aman, Jurong).
ILMU-ILMUNYA DAN GURU-GURUNYA.
Adapun Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ketika bermukim dan menahun di-Mekah Al-Mukarramah itu setiap hari tidak ketinggalan mengaji dan belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk meneruskan atau menyambungkan pengajiannya yang telah lalu, seperti ilmu-ilmu Nahu, Saraf, Fikih, Tafsir Al-Quran, Hadits, Tauhid, Usul Fikih, Falak, Sejarah IsIam, dan lainlain ilmu lagi.
Adapun setengah daripada guru-gurunya dan masyaikh-masyaikhnya waktu ia berada di-Mekah Al-Mukarramah itu ialah: Maulana Saiyid Ahmad Dahlan (Mufti Mekah), Maulana Saiyid Bakri Syatta, Maulana Syeikh Nawawi Bantan, Maulana Saiyid Abdullah Zawawi, dan lain-lain masyaikh lagi dari bangsa Mekah, Mesir dan Jawa.
Sanya, setelah Allah Ta'ala mengurniakan fahaman kepada Syeikh Suhaimi terhadap ilmu-ilmu Syari'at dan ilmu-ilmu lain sebagaimana yang telah tersebut itu maka Syeikh Suhaimi telah berasa pula ingin hendak menuntut ilmu Tasauwuf dan ilmu Hakikat serta ilmu-ilmu yang mensucikan hati (atau roh) dan ilmu-ilmu yang menyatakan berkenaan adab dan kelakuan para Wali-wali Allah dan orang-orang yang salih.
Tetapi ilmu-ilmu yang seperti itu tidak mudah tercapai dan tidak lekas mendatangkan hasilnya melainkan hendaklah juga disertakan dengan menjauhkan diri daripada tarikan dunia, banyak berpuasa dan mengurangkan makan, banyak berjaga dan beribadat selepas tengah malam, dan juga banyak menziarah kubur para Wali-wali Allah dan orang-orang salih, dan lebihlebih lagi kubur Rasul-rasul dan Nabi-nabi ('alaihimus-salatu-wassalam) serta mendapatkan guru yang layak.
Syeikh Suhaimi telah mulalah meninggalkan pakaian-pakaian yang lawa atau ranggi kerana pakaian-pakaian yang seperti itu boleh mendatangkan perasaan 'ujub, ria' dari takabbur. Dan begitu juga tentang makanminumnya itu telah dikurangkan olehnya sedikit demi sedikit hingga beras sebanyak sepikul itu cukup dimakan oleh dirinya dan isterinya selama setahun sebagaimana telah dikatakan dahulu itu.
Dan begitu juga tentang percampurannya dengan kawan-kawan dan sahabat-sahabat telah dikurangkan. Ini bukanlah bererti bahawa ia ada menaruh jahat sangka kepada kawan-kawannya itu, tetapi hanya dengan mengurangkan percampuran itu ia berasa dirinya lebih selamat dan hatinya lebih tenteram, dan juga ia takut kalau-kalau dirinya terkotor dengan perangai atau tabi'at yang tidak baik, kerana perangai baik atau jahat bagi seseorang itu kerap datang daripada kawan dan campuran.
MENZIARAH MAKAM-MAKAM ATAU KUBUR-KUBUR.
Apakala Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) sudah berasa hatinya lapang dan tenteram memasuki cara kehidupan yang baharu itu, tegasnya menjalankan cara kehidupan ahli-ahli Hakikat maka hatinya mulalah suka hendak mengembara dan menjelajah untuk menziarah makam para Rasul-rasul, Nabinabi, Wali-wali, dan orang-orang yang salih di-negeri Syam, Mesir, Baghdad, Baitul-Makdis dan lain-lain tempat lagi pada tiap-tiap tahun selepas mengerjakan 'ibadat Haji.
Setengah daripada makam-makam atau kubur-kubur yang telah diziarah oleh Syeikh Suhaimi itu ialah makam Nabi Ibrahim, Nabi Ya'kub, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Lut, Nabi Salih, dan lain-lain Nabi lagi. Dan makam sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. juga telah diziarah olehnya termasuk makam-makam mereka yang di-negeri Syam, dan makam Sahabat Abu Aiyub AI-Ansari di-Kota Istanbul, dan lain-lain lagi. Dan ia juga telah menziarah makam Sidi Abdul Qadir Jailani, Sidi Yazid Bustami, Sidi Qasim Junaid Al-Baghdadi, Imam Abu Hanifah, dan lain-lainnya. Dan juga diBaghdad ia telah menziarah banyak makam-makam Ahlil-Bait (iaitu makam-makam keluarga Rasulullah s.a.w.)
Dan di-Syam ia telah menziarah makam Imam Al-Ghazzali, dan diMesir pula ia telah menziarah makam Imam Asy-Syafi'i dan makam Syeikh Abul- Hasan Asy- Syazali dan makam Saiyidina Husain dan lain-lainnya dari keluarga Rasulullah s.a.w. dan makam Wali-wali dan orang-orang salih yang ada di-negeri Mesir itu.
Adapun ziarahnya ke-makam Rasulullah s.a.w. dan para sahabatsahabat di-Madinah Al-Munauwarah itu maka boleh dikatakan ia telah melakukannya setiap tahun.
IKHTIARNYA UNTUK KESELAMATAN.
Adapun kelakuan dan keadaan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) didalam masa ia mengembara itu ialah memakai pakaian cara orang-orang Darwisy atau cara Badwi (iaitu orang Arab desa). Dan pula wang yang dibawa olehnya untuk bekalan itu ditaruhkan didalam kasutnya yang sudah lama dan buruk, dan kemudian dilapiskan dengan kulit lalu dijahit. Maka sebabnya dibuat begitu ialah supaya wang itu terpelihara daripada kena samun atau kena curi oleh penyamun-penyamun atau pencuri-pencuri yang memang banyak ada ditempat-tempat yang sepi disana. Dengan ikhtiar yang secara ini, Alhamdulillah, Syeikh Suhaimi telah dikumiakan keselamatan: hartanya tidak pernah kena rompak atau kena curi.
Kelakuannya yang sedemikian itu menunjukkan elok tadbirnya dan cukup ikhtiarnya yang memang disuruh oleh ajaran Syari'at IsIam, dan sayugia dijadikan tauladan oleh kita sekalian.
Kemudian, apabila Syeikh Suahimi tiba disesuatu tempat atau bandar, dan disitu ia perlu menggunakan wang maka ia asingkan dirinya daripada orang lain lalu ditetasnya jahitan kasut tadi, dan setelah itu dibetulkan dandijahitnya semula kasut itu. Jika ia masuk kedalam sesebuah mesjid atau makam maka ia letakkan sahaja kasut tadi ditempat yang biasa tetapi terasing sedikit, ialah supaya tiada orang boleh menyangka bahawa kasutnya itu luarbiasa.
KEJADIAN-KEJADIAN YANG GANJIL ATAU LUARBIASA.
Sanya, diantara keiadian-kejadian dan perkara-perkara yang dialami oleh Syeikh Suhaimi (hafizah-UIIah) ketika ia mengembara itu banyak yang aneh dan luarbiasa, tetapi didalam Manakib ini akan dinyatakan hanya apa-apa yang saya ingat dan yang saya rasa perlu sahaja, seperti berikut ini:
Pada suatu masa Syeikh Suhaimi sudah berasa penat didalam perjalanannya, oleh kerana ia sudah berjalan sangat jauh, dan masa itu pula sudah masuk waktu Maghrib, padahal ia belum berjumpa kampung atau desa, lalu iapun berikhtiarlah mencari tempat untuk berlindung pada malam itu. Didalam mencari-cari itu iapun berjumpalah suatu lobang yang seperti gua rupanya, bahkan ada air pula didalamnya, lalu Syeikh Suhaimi pun masuklah kesitu dan berhenti untuk berihat dan bermalam didalamnya. Tetapi setelah kira-kira satu jam lamanya tiba-tiba datangfah seorang ketempat itu, dan Syeikh Suhaimi dapat melihatnya menoleh-noleh dan menjenguk-jenguk disekelilingnya, dan setelah itu iapun masuklah kedalam gua tadi sambil memanggil-manggil: "Hai Muhammad, bangunlah. Tuan dipersilakan ke-rumah saya. Tuan sekarang jadi tetamu saya."
Syeikh Suhaimi telah berasa hairan dan terperanjat kerana ada orang memanggilnya pada waktu malam ditempat yang begitu sunyi dan jauh daripada orang, tetapi sesudah kuat pendapatnya bahawa orang itu memang hendak mencarinya dan bersungguh-sungguh mengajaknya ke-rumahnya untuk berihat disana pada malam itu, maka ia telah menerimalah ajakan itu, lalu mereka pun berjalanlah bersama-sama menuju ke-rumah orang itu. Tetapi tidak sampai beberapa minit sahaja tiba-tiba mereka sudah pun tiba dirumah itu didalam sebuah desa. Hal ini juga menghairankan Syeikh Suhaimi kerana waktu siang tadi desa itu tidak kelihatan sejauh mata memandang, dan menurut agakan Syeikh suhaimi sendiri bahawa walau berjalan didalam masa dua jam pun belum tentu boleh sampai ke-desa itu daripada gua tadi.
BAGAIMANA ORANG ITU DAPAT TAHU
Setelah dihormati dan dilayani dengan sepenuhnya didalam rumah itu mengikut cara dan adat bangsa Arab desa maka Syeikh Suhaimi pun bertanyalah kepada tuan punya rumah tadi begini : "Siapa-kah orang yang memberitahu kepada tuan tentang saya ada didalam gua tadi itu? Dan juga te-tang nama saya?" Disahut oleh tuan punya rumah itu: "Ada seorang datang ke-rumah saya tadi yang saya sendiri pun tidak pernah nampak atau ken% - kan dia, lalu dia berkata kepada saya: `Didalam sebuah gua disini-sini tem-pat ada seorang yang mengembara dan namanya Muhammad. Sayugialah awak menghormatinya dan memberi sepenuh-penuh layanan kepadanya di-rumah awak pada malam ini.' Setelah berkata begitu lalu orang itupuberjalan dan saya tidak nampak kemana perginya. Saya pun tidak lengah lagi dan tidak berfikir panjang terus pergi mencari tuan. "
Sekianlah kejadian ganjil yang pertama. Dan pula kejadian ini member: faham kepada Syeikh Suhaimi bahawa langkahnya untuk hendak mencar ilmu hakikat dan ilmu bathin itu ada mendapat perhatian dan galakan serta kawalan daripada "orang-orang bathin" atau "orang-orang dalam."
LAGI SATU KEJADIAN GANJIL.
Lagi satu kejadian ganjil yang berlaku pada Syeikh Suhaimi ketiKa didalam pengembaraannya yang tersebut itu ialah begini oufa:
Pada suatu masa Syeikh Suhaimi berasa sangat "dahaga kerana sudah terlalu jauh berjalan namun tidak berjumpa air sama-sekali, sedang bekalan air yang dibawa olehnya itu sudah lama habis. Kemudian, iapun berjumpalah satu tempat air, tetapi ditepi tempat air itu ada seekor harimau kumbang yang sedang memakan seekor kambing liar. Oleh kerana tidak tahan menunggu maka iapun bertawakal kepada Allah lalu mendekati harimau itu,tetapi harimau itu tidak menghiraukannya. Ia pun merampas kambing itu daripada si-harimau tadi lalu menyeretnya dan mencampakkannya jauh daripada tempat air itu. Si-harimau rupa-rupanya tidak marah kepada Syeikh Suhaimi dan tidak membuat apa-apa kepadanya, hanya harimau itu pergi sahaja mengejar dan mendapatkan kambing yang telah diambil daripadanya itu.
Kejadian ini menunjukkan pula tentang ketabahan hati Syeikh Suhaimi dan keyakinannya bahawa ada perlindungan Allah padanya dengan sebab atau perantaraan amalan-amalannya dan tujuan-tujuannya yang baik dan hak itu.
DITOLONG OLEH IKAN MERAH.
Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) telah menceritakan bahawa pada suatu masa, ketika ia belayar menyembarangi Laut Merah (Red Sea) yang letaknya disebelah barat Tanah Arab maka perahu layar yang dinaikinya itu telah karam dengan sebab ribut. Sedang ia berada didalam air laut itu, tibatiba datanglah seekor ikan merah yang besar menghempet disebelahnya. Tetapi ikan merah itu tidak membuat apa-apa kepadanya. la telah cuba menghalau ikan itu daripadanya, tetapi ikan itu tetap sahaja berada disebelahnya. Syeikh Suhaimi pun fahamlah bahawa ikan itu hendak menolongnya. lapun berpautlah pada belakang ikan itu maka baharulah ikan itu mula bergerak dan berenang pada muka air laut itu menuju ke-pantai sehingga sekira-kira kaki Syeikh Suhaimi jejak ke-tanah dibawah air laut itu.
Setelah Syeikh Suhaimi melepaskan pautannya daripada belakang ikan itu, maka ikan itu enggan bergerak dari situ. Akhirnya Syeikh Suhaimi telah berkata kepada ikan itu bahawa ia berjanji tidak mahu lagi memakan ikan merah, dan juga ia akan melarang anak-cucunya memakan ikan merah.
Pada ketika itu maka baharulah ikan itu berenang daripada situ dan kemudian menyelam dan hilang didalam air laut itu.
Peristiwa yang baharu tersebut itu telah berlaku pada masa Syeikh Suhaimi baharu-baharu memulakan langkah untuk menjalani kehidupan ahli Tarikat dan sedang mencari-cari akan panduan yang hak daripada guru-guru bathin yang terkenal.
MENDAPATKAN GURU KASYSYAF.
Oleh kerana Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) sudah banyak menziarah makam-makam dan kubur-kubur para Rasul-rasul dan Nabi-nabi, dan juga makam-makam para Wali-wali dan orang-orang yang salih, serta sudah banyak pula bertapa dan melakukan riadhah rohani, maka sepatutnya Syeikh Suhaimi sudahlah berasa senang didalam hatinya, tetapi bagaimanapun maka fikirannya masih belum tetap, sebab tanda atau alamat yang nyata dan terang yang menunjukkan dirinya sudah menghasili maksudnya itu belum lagi didapati olehnya, kerana orang-orang yang salih yang betul-betul sudah sampai kepada maksud mereka itu memang sudah mendapat atau memperoleh tanda-tanda atau alamat-alamat yang tertentu dengan nyata dan terang.
Oleh yang demikian maka semakinlah kuat cita-citanya dan azamnya hendak mencari seorang guru yang boleh memandunya supaya lekas berhasil maksudnya yang sangat dicita-citakan olehnya itu. Didalam pengembaraannya di-negeri-negeri Syam, Baghdad, Istanbul, Mesir, Semenanjung Tanah Arab, dan lain-lain lagi, maka Syeikh Suhaimi belum lagi berjumpa dengan seorang guru yang boleh memandunya dan memberinya ilmu yang dimaksudkan olehnya itu. Tetapi akhirnya ia telah mendapat khabar daripada setengah-tengah orang yang salih bahawa guru yang seperti itu ada di-negeri Mesir dan sedang menginap disebuah desa yang tertentu. Mendengar khabar itu iapun berangkatlah menuju ketempat itu dengan seberapa segera selepas bertanya khusus-khusus berkenaan guru itu.
TIBA DI-RUMAH GURU KASYSYAF ITU.
Apabila telah sampai di-negeri Mesir dan telah tiba didesa yang tersebut serta telah berjumpa rumah guru kasysyaf itu maka Syeikh Suhaimi pun memberi salam. Tidak berapa lama kemudian maka keluarlah seorang tua dengan memegang sebatang tongkat yang besar, lalu orang tua itu terus mengangkat tongkat itu hendak memukul Syekh Suhaimi dari atas. Syekh Suhaimi pun segeralah undur dari hadapan orang tua itu, kerana jika ia tidak undur nescaya ia akan kena pukul dengan tongkat yang besar itu.
Syeikh Suhaimi telah berasa bingung dan sangat hairan memikirkan kelakuan orang tua tadi. Hal itu tidak patut serta menyalahi sama-sekali akan ajaran Syari'at, iaitu tetamu wajiblah dihormati, lebih-lebih lagi tetamu yang datang dari jauh, tiba-tiba begini pula kelakuan guru yang dikatakan oleh ramai orang-orang sebagai guru bathin atau guru kasysyaf atau guru untuk memimpin kepada darjat rohani yang tinggi.
Setelah beberapa ketika bertafakkur maka Syeikh Suhaimi pun berpendapat bahawa kelakuan atau perbuatan orang tua yang sangat ganjil itu bukanlah untuk hendak betul-betul memukulnya, tetapi hanyalah untuk hendak menduga atau mencubanya sahaja, kerana memang seorang yang hendak mendapatkan darjat yang tinggi itu tak-dapat-tiada dicuba atau diuji lebih dahulu.
Sesudah difikirkan perkara itu betul-betul oleh Syeikh Suhaimi maka iapun berazam hendak mengadap lagi guru itu. Tetapi baharu sahaja ia sampai dimuka pintu rumah itu tiba-tiba kelihatan guru tadi sudah pun menunjukkan tongkatnya yang besar itu dan menghayunnya, maka Syeikh Suhaimi hampir-hampir kena tongkat itu jika ia tidak cepat mengelak dan menepi daripada situ.
BERSERAH KEPADA ALLAH.
Akhirnya Syeikh Suhaimi telah membuat keputusan hendak berserah sahaja kepada Allah, lalu iapun sekali lagi mendatangi guru itu dengan tidak menghiraukan jika ia dipukul, atau dibunuh sekalipun. Dari itu apabila guru tadi mengangkat tongkatnya hendak memukul Syeikh Suhaimi maka ia tetap sahaja berdiam ditempatnya, tidak undur dan tidak mencuba mengelak, hanya memejamkan matanya sahaja.
Rupa-rupanya henarlah sebagaimana yang disangka oleh Syeikh Suhaimi, kerana guru itu tidak jadi memukulnya, bahkan ia hanya memegang sahaja tangan Syeikh Suhaimi dan mempersilakannya masuk dan duduk. Tetapi setelah Syeikh Suhaimi duduk maka ia tidaklah ditanya apa-apa dan tidak diberi apa-apa minuman atau makanan sebagaimana yang biasa dibuat oleh seorang tuan rumah kepada tetamunya. Bagaimanapun, setelah beberapa ketika maka guru itu memanggillah akan khadamnya dan meminta segelas susu, lalu keluarlah khadamnya itu membawa segelas susu, tetapi bukanlah pula susu itu diberikan kepada tetamunya bahkan diminum oleh dirinya sendiri. Hanya setelah tinggal bakinya sedikit sahaja baharulah dihulurkan kepada Syeikh Suhaimi, dan setelah itu baharulah orang tua itu mula mahu bercakap dengan mengeluarkan perkataan sebagaimana berikut: "Awak kemari ada hajat apa?" Dijawab oleh Syeikh Suhaimi: "Saya hendak memohon ilmu yang ada pada tuan. "
DIKUNCI DIDALAM BILIK.
Syeikh Suhaimi pun disuruhlah masuk kedalam sebuah bilik, lalu pintu bilik itu terus ditutup dan dikunci dari luar. Didalam bilik itu kelihatan ada cukup alat-alat untuk beribadat dan untuk bersuci. Tiap-tiap pagi ia diberi segelas susu dan sebijik roti, tetapi tidak diberi apa-apa lain lagi sepanjang hari dan malam, dan lamanya hal itu ialah empat puluh hari dan empat puluh malam. Tetapi setelah habis masa yang tersebut itu tiba-tiba didapati roti itu masih ada cukup empat puluh bijik, yakni Syeikh Suhaimi hanya minum susu sahaja sebanyak empat puluh gelas sepanjang empat puluh hari dan empat puluh malam itu, sedang roti-roti itu tidak dimakan olehnya barang sedikit pun.
Setelah selesai riadhah rohani selama empat puluh hari itu maka Syeikh Suhaimi telah diizinkan pulang daripada situ, lalu iapun keluarlah daripada biliknya itu dan memohon untuk meninggalkan gurunya tadi. Kemudian iapun singgah disebuah masjid. Tetapi ketika ia masuk kedalam masjid itu tiba-tiba ia telah terperanjat besar dan hairan, kerana ia melihat orang-orang yang sedang berwudhu' atau sedang bersembahyang disitu ada yang kepalanya berupa kera, ada pula yang berupa kambing, bahkan ada pula yang berupa anjing atau babi atau lain-lain binatang lagi, naniun ada juga yang tetap berupa manusia. Lalu terus terfikir dihati Syeikh Suhaimi bahawa orang-orang yang sembahyang pun ada yang "bersifat" seperti binatangbinatang yang tersebut itu, apatah lagi orang-orang yang tidak sembahyang sama-sekali, lalu Syeikh Suhaimi pun membaca : "La haula wala kuatu illa billah. "
Peristiwa yang ganjil ini ialah hasil yang NYATA yang mula didapati dan dialami oleh Syeikh Suhaimi, dan inilah satu daripada contoh ilmu-ilmu bathin atau kasyf yang Syeikh Suhaimi telah memperolehinya.
Maka pemandangan yang ganjil sebagaimana yang baharu tersebut itu boleh dihilangkan dan ditutup ataupun boleh diadakan bila-bila masa dikehendaki.
Kasyf ertinya "mendedahkan" atau "membuka tirai atau penutup" maka "Ilmu Kasyf" ertinya ilmu yang hasilnya ialah seorang boleh melihat atau mengetahui perkara-perkara yang ghaib, iaitu perkara-perkara yang orang-orang kebanyakan tidak boleh melihat atau mengetahuinya.
HADITS QUDSI MENGENAI KARAMAH WALIULLAH.
Tersebut didalam kitab "Hidaayatus-Salikiin" karangan Sheikh Abdus Samad Al-Falimbani (muka surat 11) bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda
Maksudnya : Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda : "Allah Ta'ala berfirman (didalam satu Hadits Qudsi) : Apabila orang-orang menghampirkan diri mereka kepada Aku dengan seperti mengerjakan ibadat-ibadat yang Aku wajibkan keatas mereka, dan hamba Ku itu berkekalan menghampirkan dirinya kepada Aku dengan menambah pula mengerjakan ibadat-ibadat yang sunnat, sehinggalah Aku KASIHKAN dia, maka apabila Aku kasihkan dia nescaya Aku jadilah pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan Aku jadilah penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan Aku jadilah lidahnya yang ia berkata-kata dengannya, dan Aku jadilah tangannya yang ia memukul dengannya, dan Aku jadilah kakinya yang ia berjalan dengannya, dan Aku jadilah hatinya yang ia berfikir dengannya."
Ini ialah satu Hadits Qudsi yang menyatakan bahawa apabila seseorang mengerjakan ibadat-ibadat yang wajib dan ditambah-kan pula dengan ibadatibadat yang sunnat, dan ia terus-menerus mengerjakan ibadat-ibadat itu sehingga Allah Ta'ala kasihkan dia, dan apabila begitu nescaya ia akan mengalami kelebihan-kelebihan yang luar-biasa yang orang-orang kebanyakan tidak dapat mengalaminya, atau dengan lain-lain perkataan, ia sudah menjadi seorang wali-Allah yang mempunyai karamah dan kasyf.
MENGETAHUI ISI GENGGAMAN TANGAN.
Ketika Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) berada di-negeri Syam (Syria) maka kebetulan seorang daripada Padri Keristien yang memang tinggal dinegeri itu telah menyatakan bahawa ia selalu mendengar ada segolongan orang-orang IsIam boleh mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi (yang dinamakan Ahli Kasysyaf). Dia ingin hendak berjumpa dengan mereka didalam satu majlis yang terbuka kepada orang ramai (iaitu orang ramai boleh menyaksikan apa-apa yang berlaku didalam majlis itu). Dan ia berjanji bahawa jika betul ada orang Islam yang seperti itu yang ia boleh saksikan dengan dirinya sendiri maka ia dan keluarganya akan memeluk IsIam.
Majlis itu telah dapat diadakan tidak lama kemudian, dan banyaklah orang-orang yang hadhir didalam majlis yang tersebut itu termasuk beberapa orang ahli Kasysyaf, dan turut hadhir didalam majlis itu ialah juga Syeikh Suhaimi. Padri itupun memulakan majlis itu dengan menerangkan sebabsebab yang mendorongnya untuk mengadakan majlis itu sebagaimana telah tersebut tadi, dan setelah itu iapun tidak lengah lagi mengambil sesuatu yang tidak kelihatan oleh orang-orang yang hadhir disitu lalu ia menggenggamnya, dan iapun menoleh kesekelilingnya sambil meminta kepada sesiapa diantara orang-orang IsIam yang hadhir disitu supaya memberitahu kepadanya apakah barang yang ada didalam tangannya itu. Syeikh Suhaimi lah yang mula-mula menyahut dan menyebutkan nama barang itu kepada orang-ramai. Pelahanlahan Padri itu menganggukkan kepalanya sambii membukakan genggaman tangannya itu lalu semua orang-orang yang hadhir dapat melihat bahawa barang itu betullah sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu.
DIMINTA SEKALI LAGI.
Tetapi Padri itu meminta ma'af dan berkata bahawa ada kemungkinan "tekaan" Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu betulnya ialah dengan kebetulan sahaja, sedangkan pada hakikatnya boleh jadi Syeikh Suhaimi hanya mengagak-agak sahaja. Dari itu ia berharap bahawa Syeikh Suhaimi sanggup akan menyebutkan sekali lagi barang yang kedua yang Padri itu akan genggam didalam tangannya. Kali ini jika Syeikh Suhaimi boleh juga menyatakan dengan tepat barang itu maka ia akan menunaikan janjinya, iaitu ia dan sekeluarganya akan memeluk IsIam.
Sekali lagi Syeikh Suhaimi telah dapat memberitahu apa barang itu dengan tepat. Lalu Padri itu pun menyatakan bahawa ia dan sekeluarganya memeluk Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)