Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu telah dilahirkan di kawasan Dandara, Sa’id yang terletak di Mesir.
Beliau adalah antara murid-murid Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid radhiAllahu 'anhu. Selain menerima ijazah Tariqah Ahmadiah daripada guru sufinya iatu Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu, beliau juga mewarisi segala akhlak, ilmu dan rahsia-rahsia gurunya itu.Beliau juga mempunyai keazaman yang tinggi iaitu ingin menyebarkan ajaran Tariqah Ahmadiah tidak hanya di sekitar tanah Arab sahaja malah meliputi daerah daerah yang lebih jauh seperti India, Benua Afrika dan Asia Tenggara.
Sebagaimana pengasas Tariqah Ahmadiah yang lain, Tuan Shaykh Sayyid Muhammad radhiAllahu 'anhu juga adalah orang yang mendapat penghormatan berhimpun secara perhimpunan suri dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam. Beliau telah mendapat beberapa amalan dzikir yang tiada dapat oleh kedua orang gurunya itu. Di antara amalan-amalan tambahan ini adalah mentalqinkan orang yang hendak masuk Tariqah Ahmadiah dengan lafaz “La ilaha ilallahu wallahu akbar” sebanyak 4 kali.Lafaz ini thabit kelebihannya di dalam hadith yang sahih.
Maka dengan itu, tambahlah nisbah tariqah ini dengan nama at-Tariqah al-Ahmadiah ar-Rashidiah al-Dandarawiah mengikut nama pengasas tariqah Al-Qutb Ar-Rais Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dan kedua guru Qutb yang menyusulinya. Dengan Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Dandarawi radhiAllahu 'anhu, tamat-lah kepimpinan asas Tariqah Ahmadiah. Allah yang Maha Benar telah meletakkan tariqah ini di tempat yang tinggi dengan dalil yang teguh di mana boleh dilihat dari segala sudut.
Tidak ada guru yang mursyid bagi orang yang beramal dan mengikut Tariqah Ahmadiah selain daripada Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu walaupun ia sudah wafat. Hal ini sebagaimana telah disebutkan oleh beliau sendiri, “Aku gurumu semasa aku hidup dan mati.” Ini bererti walaupun sudah wafat, namun pertalian di antara guru yang sudah wafat dengan murid-murid yang masih hidup tetap ada.
Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu telah meninggal dunia di al-Madinah al-Munawwarah pada tanggal 29 Muharram tahun 1909 Masihi (1327 H).
wassalam
Showing posts with label ahmadiah idrisiah. Show all posts

Friday, October 24, 2008
Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid – (1813-1874) radhiAllahu 'anhu
Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim Al-Rashid radhiAllahu 'anhu telah dilahirkan pada pertengahan Rejab tahun 1813 Masihi (1228 H) di waliyah Duwaih Sudan. (berhampiran dengan al-Khourtum)
Nama penuh beliau adalah Ibrahim ibn Soleh al-Qahnibi ibn Abdur Rahman Qalubah ibn Muhammad ibn Haj ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Uwais ibn Muhammad ibn Bisyarah ibn Habib ibn Duwaih ibn Sultan ibn Ghulamullah al-Akbar ibn Maqbul ibn ‘Abdul ibn al-Imam al-Hammam Ahmad al-Zaila’I ibn ‘Umar al-Haddad ibn Muslim ibn Saiyidina ‘Aqil ibn Abu Talib (abang kepada Saiyidina ‘Ali ibn Abu Talib) radhiAllahu 'anhu. Gelaran Ar-Rashid itu diberikan kepada beliau kerana beliau telah dikurniakan Allah keistimewaan menjadi ulama dan mengetahui segala ilmu haqaid, padahal umurnya masih muda lagi.
Beliau telah tinggal di Sabya selama 5 tahun dan 5 bulan untuk belajar dan berkhidmat kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu. Beliau merupakan salah satu murid al-Imam Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Idris radhiAllahu 'anhu yang termuda. Hubungan beliau dengan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dikatakan sangat rapat dan istimewa. Dikatakan bahawa Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu wafat dalam keadaan kepalanya terletak di atas lutut Sayyid Ibrahim Ar-Rashid radhiAllahu 'anhu (adapun dikatakan peha atau dada menurut sesetengah riwayat yg lain). Maka setelah wafat Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu, tampil-lah Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid radhiAllahu 'anhu mewarisi tempatnya pengasas Tariqah Ahmadiah. Beliau mempunyai segala kelakuan dan rahsia tariqah ini.
Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu juga mendapat nikmat penghormatan berhimpun dengan Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan itu, Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu telah menerima beberapa amalan dzikir daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam. Maka apa-apa amalan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu yang tidak ada pada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu, adalah merupakan perjalanan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu yang telah menerima amalan-amalan itu daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam tanpa perantaraan. Maka bertambahlah nisbah tariqah ini dengan At-Tariqah Al-Ahmadiah Ar-Rashidiah.
Al-Qutb al-Wahid Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rashid radhiAllahu 'anhu wafat ketika berusia 63 tahun pada hari Ahad selepas ‘Asr pada tanggal 9 Syaaban 1874 Masihi (1291 H). [5] Beliau telah dikebumikan pada malam 10 Syabaan di kawasan perkuburan Ma’la di Makkah setelah disembahyangkan di Masjidil Haram.

Labels:
ahmadiah idrisiah
Subscribe to:
Posts (Atom)