Friday, October 24, 2008
Syeikh Abdul Qadir Jilani Sultan Aulia
Sejarah ringkas Syeikh Abdul Qadir Jilani.
Nama beliau dan keturunan sebelah ayah.
Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib, KarramAllahu wajhah.
Keturunan dari sebelah ibunya
Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i (lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al Batul.
Beliau mendapat penggilan Al Jalani daripada Jilan, sebuah wilayah merdeka dari Negara Tabristan juga dikenali sebagai Kilan.
Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 470H dan beliau kembali kerahmatullah pada 671H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 91 tahun. Beliau dimakamkan diserambi madrasahnya. Nasaruddin mengkebumikan beliau pada paginya sambil membacakan Qasidah yang berbunyi “ Kesedihan (merujuk kepada kematian) pada pagi ini merupakan kekalahan Jilani, dimana beliau merupakan sumber makrifah yang terkenal”
Penampilan Abdul Qadir.
Al Imam Muwafik Al Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al Muqaddisi berkata, “Shaykh Al Islam Al Shaykh Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir alJilani r.a. Merupakan seorang yang kurus dan tinggi dan berupa baik dengan bulu keningnya bercantum. Suara beliau nyaring dan beliau berpengetahuan luas.
Rumah yang dimana beliau dibesarkan dikenali sebagai Rumah Kemuliaan dan Pengetahuan. Ini kerana keturunan beliau dari ayah dan ibunya merupakan golongan yang berilmu dan berkedudukan. Penduduk setempat juga menggelarkan rumah tersebut rumah yang mulia.
Tidak salah jika Abd Qadir dibesarkan sejak kecil disitu dan menghafal Al Quran sejak kecil dan sehinggalah pada umur beliau 18 tahun, beliau mula merantau ke Baghdad pada tahun 488H. Pemergian beliau adalah untuk menambahkan ilmu beliau pada jalan Allah seperti yang difimankan Allah dlm surah Nisa ayat 100.
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Abdul Qadir mengikut jejak langkah keturunannya yang juga dikenali sebagai keluarga Ilmuwan dan beiman demi mencapai cita-citanya menjadi seorang yang adil dan mulia disisi Allah dan Umat Islam.
Allah berfirman: Surah At Thur ayat 21:
Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka[1426], dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
Abdul Qadir merupakan seorang insane yang terpelihara oleh Allah. Ini dapat dibuktikan dari cerita masyarakat sekeliling. Semasa muda beliau berkerja sebagai petani. Pada suatu hari, semasa beliau sedang membajak tanah menggunakan seekor lembu, tiba-tiba lembut tersebut memalingkan mukanya kearah beliau dan berkata ”Oh Abdul Qadir, Allah tidak menciptakan kamu untuk kerja ini”
Dari sumber yang lain pula menyatakan, Abdul Qadir memanjat keatas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah, dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah.
Kedua-dua kejadian itu membuatkan beliau berasa takut dan terkejut. Beliau memberitahu pada ibunya dan ibunya berkata “ Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi pengetahuan”
Selepas kejadian tersebut Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.
Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.
Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu, manakala perompak itu memikirkan hal dirinya yang telah sekian lama hidup merompak dan bercanggah dengan Islam.
Firman Allah Surah At Taubah ayat 119:
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.
Abdul Qadir meneruskan perjalannannya dan sampai di Baghdad pada tahun 488H dan memulakan pengajian beliau dengan ulama-ulama dan orang-orang saleh.
Kesimpulannya
Syaikh Abdul Qadir Jilani dibesarkan dengan baik. Beliau merupaka seorang yang alim, jujur, ikhlas dan benar. Kesemua nilai-nilai ini menjadi simbol kepada Tareqat Qadariah yang terus menerus berkembang hasil usaha dari pengesasnya iaitu Syaikh Abdul Qadir Jilani dan tareqat ini berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang Islam, Iman, dan Ihsan. Ini akan mengajar kita tentang Ikhlas, Wara’ , Zuhud, Taqwa, penyerahan diri sendiri, ketabahan, kehambaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan, menghayati kitab syariah, membersihkan hati daripada perkara yang memusnahkannya, membersihkan kata-kata, sentiasa membuat suruhan Allah atas sebab untuk mencari keredhaannya, bersungguh-sungguh dalam menentang kehendak nafsu, dan mengamalkan perbuatan yang mulia.
Kesemua cara ini disuruh oleh Abdul Qadir, dimana beliau adalah pendokong jalan Tasawuf yang bermakna juga beliau merupakan seorang pengajar. Didalam kitabnya, Abdul Qadir menggunakan perubahan dalam menyampaikan perbezaan hamba dan kehendak nafsu.
Makam Syeikh Abdul QadirJilani
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamu'alaikum...
Tolong ditulis juga sulthon auliya selain syekh abdul qadir al jailani, karena sebelum dan sesudah beliau masih banyak sulthan auliya, hingga sekarang ini. biar umat tidak menganggap bahwa sulthan auliya/al ghauts/ wali quthub sekarang ini masih syekh abdul al jailani, karena beliau sekarang sudah tidak menjabat sulthan auliya lagi.
Banyak Sulthan Auliya di muka bumi ini. Dimulai dari sayyidina Hasan ra., trs digantikan sayyidina Husain ra., dan seterusnya sampai dengan Syekh Abdul Qadir al Jailani yang menggantikan sang Guru, ketika syekh Abdul Qadir al Jailani Wafat digantikan oleh putra beliau.
Hingga Zaman ini ada tiga ratus lebih wali Allah yang pernah menjabat sebagai sulthan auliya/Ghauts, termasuk Imam Ghazali ra., Ibnu Atha'illah ra., dan seterusnya sampai dengan sultan auliya di zaman sekarang.
sultan Aulia bukan hanya Sayyidina Syeikh Abdulkadir Aljailaniy, banyak para wali Allah swt yg melebihi derajatnya, demikian jumhur pendapat ulama kita. sultan aulia adalah pemimpin para wali Allah swt, dan mesti ada pada setiap zaman, jika wafat maka digantikan oleh wali Allah swt lainnya, dan AL Imam Abdul Qadir Aljailaniy Quddusullah adalah Sultan Aulia dimasanya, namun kemudian setelah wafat digantikan oleh yg lainnya.
Jadi ketika ada orang yang mengatakan sulthan auliya adalah syekh abdul qadir al jailany, mohon hal tersebut untuk segera diluruskan. karena mungkin dia belum faham tentang hal tsb.
Pertanyaan saya : kenapa ia disebut sebagai sultan aulia
Manusia memang ada maqomnya yang membedakan satu dengan lainnya, manusia memiliki derajat yg berbeda dgn makhluk lainnya.. begitu pula para wali ada tingkatannya, hingga mereka semua mengakui beliaulah sulthan awliya pd zamannya
Post a Comment